Saya sekeluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian sahabat2 dan suku sakat Gen77 datang ke teratak buruk kami bagi meraikan majlis sambutan hari raya eidul fitri kami.
Ucapan setingginya ditujukan kepada Al Fadhil Al Adib Ustaz Ahmad Ismail yang sudi hadir meskipun agak lewat setelah pulang dari menghadiri satu majlis lain di Banting sebelumnya. Ustaz tiba lebih kurang jam 8.30 malam dengan disambut oleh ramai bekas2 murid Gen77 yang sanggup menunggu kedatangan beliau meskipun mereka datang agak awal.
Rodziah dan suami menjadi orang paling awal tiba, kemudian diikuti oleh Puaad, dan tidak lama kemudian Yang Arif tiba tanpa ditemani oleh pemegang Visa Besar DiRaja. Terkejut besar saya kerana tiba-tiba YA tercegat di depan pagar rumah saya tanpa menelefon tentang ketibaan beliau terlebih dahulu, tidak seperti ramai sahabat2 lain yang terpaksa menelefon dulu untuk mendapatkan arahtuju, maklumlah ini kedatangan kali pertama.
Berikut ialah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan. Rodziah ada mengambil beberapa gambar sebelum itu menggunakan kamera beliau. Insya Allah sebaik sahaja beliau hantar gambar tersebut kepada saya, saya akan masukkan di dalam blog ini.
tidak pasti apa yang dibincangkan, tapi yang pasti nampak serious. Hamid Jusuh, Syed Abu Hussin, Shaarani dan Naim
Suasana sayu macam masa di KIK. Syed ambil giliran iqamat sebelum solat maghrib berjemaah
YA yang datang tanpa pemegang Visa Besar DiRaja, Weldan, Wan Ahmad (PTPTN-senior setahun), Hamid Jusuh, Mokhtar Deraman, Mus. Sesuatu yang amat menggelikan hati tentunya. Nak tahu kena tanya YA.

Us

1 comment:
Salam kepada semua Genkik 77 kerana tidak dapat bersama-sama dalam majlisaidil fitri rumah Moderator Mawi. Bukannya apa, hari Sabtu dan Ahad balik Ipoh ada hal mustahak. Kebetulan sudah lama tak buka blok, jadi tak tahu maklumat terkini tentang Genkik77. Selalunya ada mesej SMS jika ada event yang penting,tapi kali ni tak de la pulak! Kalau dapat mesej SMS, Insya Allah datang. Ini pun dapat tahu bila ziarah rumah Yusuf Nawang semalam. Nak pergi dah lewat rasanya. Kebetulan pula nak ziarah anak saudara yang baru menjalani pembedahan mata di Subang Jaya. Jadi sekali lagi minta maaf ya Mawi.
Post a Comment