22 June 2008

TANGGUNGJAWAB BERSAMA


Assalamu’alaikum wbt.
Maksud sebuah hadis RasululLah Saw yang bermaksud “Gambaran kehidupan orang yang beriman dari segi kasih sayang, saling bersimpati dan saling mencintai samalah seperti anggota tubuh yang jika salah satu daripadanya mengadu kesakitan, ia melibatkan seluruh anggota lain yang tidak tidur malam dan deman."
Hadis riwayat Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Sebuah Hadis lain menyebutkan “ Kaitan antara seseorang beriman dengan yang lainnya adalah sama seperti sebuah binaan yang menguatkan antara satu sama lain”
Juga diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari dan Imam Muslim.
Kita juga diperintahkan supaya melaksanakan kerja-kerja ta’awun terutama dalam kerja-kerja kebaikan dan ketaqwaan.
Tugas Amar Maaruf Nahi Mungkar telah dipertanggungjawabkan kepada umat Islam “ Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain, mereka menyuruh berbuat kebaikan dan melarang daripada berbuat kejahatan dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat serta taat kepada AlLah dan RasulNya, Mereka itu akan diberi rahmat oleh AlLah, sesungguhnya AlLah Maha Kuasa lagi Maha Bijaksana” {Surah At-taubah :71}

Seorang teman baru ditemui sdr Abu Hasan Asha'ari (5sas2)dan seorang teman kita telah meninggal dunia (Allahyarham Arief Ismail).AL-FATIHAH. Inilah dunia yang sementara waktu, dunia yang semakin berada dipenghujungnya. WM doakan semua teman2 beroleh kesejahteraan dan kebahagian bersama keluarga.


SALAM UKHUWAH DARI wAKmAN

1 comment:

Anonymous said...

Assalamu’alaikum.

Apa khabar semua, WM terpanggil untuk menulis bila melihat blog Gen5kik tidak bermaya beberapa hari, mungkin ramai yang sibok dan hanya mampu menulis memlalui email maya form5kik77. WM baru habis mesyuarat dan baru sampai kat office. Baru sekejap WM terima sms dari Tok lah mengenai isu petrol. Semua pening pasal minyak naik, jarak rumah dengan office bukannya dekat, yang paling dekat ialah Tok lah dan Nik.Wak Man menjangkakan ramai teman2 semakin sibuk terutama bila ada anak-anak yang akan mendaftarkan diri di IPTA/IPTS begitu juga anak-anak yang masuk semula ke kampus setelah cuti. Teman2 yang pensyarah dah tentu sibuk dengan minggu orientasi dan kuliah-kuliah. Kos perbelanjaan pun semakin meningkat, tak cukup dengan kenaikan harga minyak ditambah pulak dengan harga barang yang lain. Yuran pengajian sekolah anak-anak bagi penggal kedua dan yuran pengajian anak-anak sebelum dapat pinjaman. Itu pun kalau dapat. Mengenai Gen5kik nampaknya jumlah ahli semakin bertambah dan ramai yang sering menjengok blog melalui form5kik77.blogspot.com walau pun sesetengah tu tak sempat menulis atau mungkin tak tahu macam mana nak masuk untuk menulis. Mawi boleh tolong maklumkan macam mana nak sign in ke blog ini. Ok lah Wak Man mengundur diri sebab ada tugas yang nak dibereskan dan waktu pun dah nak maghrib, masih kat office, umminya kat JB, anak2 ternanti-nanti... bila buyah dia nak balik.......waktu dah senja masih tak kembali lagi....