24 June 2008

NAIK MINYAK vs minyak naik ?



Kelas 5sas2, Masih ramai yang belum muncul

Assalamu’alaikum.Wbt

Apa khabar semua?, WM terpanggil untuk menulis bila melihat blog Gen5kik tidak bermaya beberapa hari, mungkin ramai yang sibok dan hanya mampu menulis melalui email maya form5kik77. WM baru habis mesyuarat dan baru sampai kat office. Baru sekejap WM terima sms dari Tok lah mengenai isu petrol. Semua pening pasal minyak naik, jarak rumah dengan office bukannya dekat, yang paling dekat ialah Tok lah dan Nik.Wak Man menjangkakan ramai teman2 semakin sibuk terutama bila ada anak-anak yang akan mendaftarkan diri di IPTA/IPTS begitu juga anak-anak yang masuk semula ke kampus setelah cuti. Teman2 yang pensyarah dah tentu sibuk dengan minggu orientasi dan kuliah-kuliah. Kos perbelanjaan pun semakin meningkat, tak cukup dengan kenaikan harga minyak ditambah pulak dengan harga barang yang lain.
Yuran pengajian sekolah anak-anak bagi penggal kedua dan yuran pengajian anak-anak sebelum dapat pinjaman. Itu pun kalau dapat. Mengenai Gen5kik nampaknya jumlah ahli semakin bertambah dan ramai yang sering menjengok blog melalui form5kik77.blogspot.com walau pun sesetengah tu tak sempat menulis atau mungkin tak tahu macam mana nak masuk untuk menulis.

Mawi boleh tolong maklumkan macam mana nak sign in ke blog ini. Ok lah Wak Man mengundur diri sebab ada tugas yang nak dibereskan dan masih kat office, umminya kat JB, anak2 ternanti-nanti... bila buyah dia nak balik.......waktu dah senja masih tak kembali lagi....
Kepada TEMAN2 yang baru "SELAMAT BERTEMU DALAM PERSAUDARAAN GEN5kik1977"

Salam Ukhuwah dari Wak Man.

No comments: