Didoakan semua teman2 beroleh kesejahteraan dan kesehatan di hari Jumaat, penghulu segala hari.Anak2 kita semua juga diberikan kekuatan untuk terus belajar dan mampu mengawal diri dari segala dugaan dan cubaan di zaman yang penuh dengan fitnah dan pancaroba.
Kesempatan Jumaat hari ini WM dapat menghadiri satu "Seminar Pembangunan Orang Kurang Upaya (OKU) 2008" di MITC Melaka. Ianya amat menarik dan menguji hati. Satu ujian dan cabaran bagi teman2 yang mempunyai anak OKU. Sebelum tu jam 8.15 pagi hingga 9.00 pagi WM sempat berceloteh pagi Jumaat di radio Melaka FM (boleh didengari melalui internet), mengajak pendengar membuka minda dan berkongsi idea dalam membenteras permasalahan gejala sosial.Mungkin ramai yang mendengar radio ERA atau Hot FM. Pastikan radio IKIM tetap jadi pilihan teman2. Gen77kik juga perlu membuat tinjauan dan semakan, mana2 teman kita yang ada anak2 yang dikategorikan sebagai istimewa atau OKU. Semuga kita semua dapat juga memberi kasih sayang terhadap OKU.
Bantuan dan kemudahan kepada OKU memang banyak, namun kadangkala ada masyarakat yang tidak mahu mendaftarkan ahli keluarganya sebagai OKU. Ada juga peserta yang menyoal tadi mengenai perlaksanaan DASAR dalam membantu OKU, tidak sama dengan apa yang diperkatakan. Dasar cantik namun perlaksanaanya masih jauh. Justeru marilah kita sama2 menyayangi OKU. Semuga AlLah Swt memberikan kekuatan kepada OKU untuk terus sabar dan redha.
Durian masih banyak lagi di pokok dan menunggu teman2 yang akan datang pada julai nanti, mungkin Bakry boleh aturkan dengan YA untuk Liqa'LULIIAN2.
OK, Sukran.
Salam Sayangi OKU dari WM