19 June 2008
TERUS BERTA'ARUF
Yaakub Rahim (Pengarah JAKIM Serawak) , WM, Cikgu Tahir dan Teman dari JAKIM Serawak.
.....Belia adalah aset penting negara dan bakal pemimpin masa depan, ayuh!, kita bangun untuk terus berjuang.. ..
Assalamu'alaikum wbt.
Kelmarin (17 Jun2008) WM sempat bertemu dengan Yaakub Rahim (5sas2) sekelas dengan WM di Melaka dan kesempatan yang ada WM terus bawa Yaakub Rahim (Pengarah JAKIM Serawak) ke rumah Cikgu Tahir di Kg.Batu Gajah Pasir. Yaakub tak bertemu Cikgu sejak keluar dari KIK, apa lagi berpelok la sakan dan begitu gembira bertemu guru. WM terpaksa tinggalkan Yaakub bersama temannya di rumah Cikgu lebih kurang jam 7.00 malam sebab WM ada ceramah di Tmn Seri Kemendor Jasin.Jam 9 mlm WM ceramah di Program Jatiditi Kesukarelaan nasional 2008 atas tajuk "Belia dan Cabaran Masa kini".Kira2 150 belia terdiri Melayu, China dan India hadir. Pagi Rabu Jam 5 pg WM terus ke ILIM, Bangi dan sebelum tu sempat singgah di office untuk tengok pasangan yang kena tangkap malam tadi. Di ILIM WM maklumkan kehadiran WM kat Bakry dan malam tadi Bakry dan Halimon dapat bersembang kat Kopitiam Bangi hingga jam 12.45 pagi.Bincang tentang Gen77 dan liqa' Luliian 2.Pagi tadi (Khamis)Bengkel Perlaksanaan Waran Tangkap dan Waran Geledah disambung hingga tengahari. Al-hamdulillah, jam 4.30 ptg bertolak dari Bangi ke Melaka. Muhabbatie dan Yaakub Rahim dah tunggu WM di Ayer Keroh. walaupun hujan lebat WM selamat sampai dan Muhabbatie dah sediakan menu istimewa.Terima kasih semua teman yang menemani WM. WM mengalu-alukan teman2 yang akan datang ke Liqa' Luliian 2 nanti
Sebenarnya Muhabbtie pun tak cam Yaakub dan mereka berdua pun tak pernah berjumpa sejak tahun 1977. 31 tahun yang lalu kini dah bertemu dan berta'aruf.
Didoakan sdr Mohd Noor Yaakub akan segera sembuh dan dapat meneruskan tugas dan kepada teman2 diucapkan Selamat Maju Jaya.
.Salam ukhuwah dari WakMan
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment