24 June 2008

Syazwan dan Jazli Arief


Salam,

Saya baru bertemu dengan Syazwan, anak arwah kawan kita Mohd Arief Ismail yang belajar di Pusat Asasi UIA. Beliau baru mendaftarkan diri Ahad lalu dan sedang menjalani orientasi di kampus PJ sebelum ditempatkan di kampus Asasi cawangan Nilai mulai petang ini.

Saya telah menyampaikan sumbangan derma RM500 yang diuruskan melalu Muhabbad dua tiga hari yang lepas.

Dari beliau saya dapat tahu bahawa adik beliau, iaitu anak kedua Arief, Jazli namanya, baru melapor diri hari ini di Pusat Asasi UIA di PJ untuk mengikuti pengajian di bidang Allied Health.

Oleh kerana kita hanya mengutip RM500 maka saya beritahu Syazwan supaya wang RM500 itu dibahagikan sama banyak antara mereka berdua. Insya Allah kalau ada rezeki kita akan uruskan bantuan lain pula.

Selepas membuat kutipan derma kilat pada hujung minggu lepas, Muhabbad ada sms kepada saya yang bunyinya:

''Aku salute gen77. Respond cepat . Ambil 8 orang yang awal reply . Yg tak dpt sumbang marah aku .,.. Moga usha kita di berkati Allah.''.

Allahumma Amin. Moga usaha kita semua ini diberkati Allah jua.

Asmawi

No comments: