Masih ingat cerita Batu Belah Bertangkup? Masa anak-anak di peringkat sekolah Tadika, saya suka melipurkan mereka dengan kisah ini.
Sewaktu saya bercerita kepada generasi pertama anak-anak perempuan saya yang kini meningkat remaja, mereka diam mendengar dengan penuh khusyuk, tanpa menambah sepatah kata pun. Saya rasa mereka menerima cerita ini sebagaimana saya menerimanya bila diceritakan oleh nenek ketika saya kecil.
Apabila saya bercerita pula kepada anak lelaki ketika dia seusia kakaknya, dia memberi respon; “Kalau Faiz dah besar,nak buat macam lif kat pintu gua. Ada butang hijau dan merah . Kalau ada mak-mak yang merajuk masuk dalam gua tu, senanglah...kita tekan je butang hijau....terbukalah pintu gua tu.”
Bila saya bercerita pula kepada anak yang kecil generasi siber ni; komen darinya menyebabkan semua tersentak.”Apa la orang tu, benda kecik macam tu pun nak merajuk. Anak dia kecik lagi mana tau apa-apa. Dia lapar mestila nak makan. Kakak dia pun kasi la, sebab adik dia dah menangis.....kenapa mak dia tu tak sabar sangat.....” Saya biarkan saja kakak-kakak dan abang-abangnya yang turut mendengar siaran ulangan memberi respon terhadap anak ini.....
Tidak kira sama ada Batu Belah Batu Bertangkup cerita benar atau legenda, yang penting adalah pengajarannya. Biasanya saya simpulkan pengajaran untuk anak-anak mengikut respon mereka.
Merajuk dengan membawa diri seperti kisah tauladan ini adalah merugikan semua pihak. Baik anak atau ibu, malah bapa juga. Semuanya tidak sempat bertaubat ! Orang yang mendengar cerita menangis sedih namun tidak dapat berbuat apa-apa untuk membantu.
Anak-anak perlu sentiasa tanamkan dalam diri sifat kasih kepada ibubapa. Siapalah kita tanpa ibu dan bapa. Janganlah biarkan mereka bersedih kerana kita. Janganlah sekali-kali biarkan mereka menghabiskan sisa-sisa hidup di dunia ini dengan asyik berkorban untuk kita. Usah jadi seperti drama Demi Masa dalam TV tu...
Sebagai ibubapa juga , kita mestilah selalu rasional. Tindakan rasional akan lahir jika akal dan emosi terpimpin baik. Akal dan emosi perlukan pimpinan ilmu dan iman. Saya mengingatkan teman-teman dan diri saya sendiri....
Seminggu dua ini adalah musim anak-anak lepasan SPM dan seumpamanya menuggu tawaran untuk sambung belajar . Ada yang sambung ke tingkatan 6, masuk kursus matrikulasi , buat diploma dan macam-macam lagi. Kadang-kadang anak-anak punya pandangan sendiri yang berbeza dengan kita dalam menentukan masa depan. Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas kehidupan, restui dan doakanlah mereka.Jangan biarkan kalimah ‘terkilan’ ada dalam kamus hidup kita. Bila sesuatu perkara itu berlaku, itu adalah yang telah dikehendaki oleh Allah SWT. Yang penting bagi kita ialah berusaha bagi memastikan segalanya berjalan lancar....
Selagi kita masih hidup teruskanlah memberi nasihat dan tunjuk ajar . Ingatkan mereka tentang ikhlas, amanah, tawaddhu’, jangan sombong, jangan ada iri hati, dedikasi , baca dan hayati al-Quran, utamakan solat, hikmah dalam pergaulan.............Andaikata kita sudah tiada lagi di dunia ini mudah-mudahan bekalan yang kita tinggalkan akan dapat mereka gunakan untuk meneruskan kehidupan di dunia yang penuh cabaran ini. Di samping membantu menerangi kehidupan kita sebagai ibubapa di alam abadi...
P/s Hmmm......panjang saya tulis hari ni. Tengahari tadi bila cuba menulis saya nampak seperti ‘diamond’ dan ‘crystal’ ada di mana-mana. Bila buka cerminmata pun masih macam tu....Petang ni bila semuanya dah ok saya tulisla banyak2; takut ntah2 esok saya tak dapat menulis lagi :) :)
Wassalam
FarahDina

No comments:
Post a Comment