21 May 2008

Ayam Berkokok


Assalamu'alaikum wbt.

Setiap pagi kokokan ayam akan terus kedengaran, kokokan ayam jantan menandakan waktu siang akan menjelang setelah semua insan-insan merehatkan badan samada di kota mahupun di kampung. Kokokan ayam mengingatkan kita juga tentang peningkatan usia yang akan terus membilang hari-hari mendatang. Pagi ini , bila kita mendengar kokokan ayam menjelang suboh tadi dan ketika pulang dari surau berdetik kuat dalam hati kita tentang manakah teman2 Genkik77 yang masih belum ditemui dan tidak dapat dikesan..................................... detik ini semakin kuat sehingga kita terpanggil mencoret perasaan di blog ini.
"Setiap hari yang datang (semasa fajar telah muncul) hari tersebut akan berseru " Wahai anak Adam, saya adalah makhluk ciptaan (Allah) yang baru tiba, saya akan jadi saksi amal perbuatanmu, Maka persiapkanlah perbekalanmu daripadaku, kerana bila aku telah pergi, aku tidak akan kembali hingga hari kiamat.
Didoakan semua teman beroleh kesejahteraan dan keceriaan.
Salam mesra dari WM

No comments: