01 March 2008

kehilangan

Beberapa minggu lepas kita d kejutkan oleh berita kehilangan seorang pelajar UTM johor yang mendaki gunung tahan. Alhamdulillah beberapa hari lepas beliau telah pun ditemui dan dalam keadaan selamat, sihat walafiat.

Tetapi sepupu aku yang hilang semasa ekpidisi sg gua musang bersama rakan sejawatannya dari petronas masih belum ketemui sehingga sekarang. Peristiwa itu berlaku beberapa tahun yang lalu. Pelbagai cara dan kaedah telah digunakan, tapi semuanya sia-sia saja. Beliau meninggalkan seorang isteri dan 2 orang anak ( anak bekas pengarah HUSM, Wan Kamaruzaman bin Wan Su).

Cebisan kisah ini ditulis sebagai pedoman kepada sahabat-sahabt semua, supaya berhati-hati dalam apa jua aktiviti dan tindakan yang dilakukan.

Bakri
Kenapa la akhir-akhir ini tak ada lagi coretan2 yang mgelikan hati. Merajuk ke? Janganla begitu. aku tau ramai kawan kita nak tatap tulisan kau terutamanya kisah2 silang yang semua oang lain telah hilang dari memorinya. Setelah kau tulis dlm blog kita ini baru ia dapat diingat kembali.

Ke terengganu bila nak mari? dlm sehari dua ini bagus juga, boleh aku bawa kau tempat2 kempen p/raya dan post2 party di sini dan bandingkan dengan suasana kempen di ibu kota. Tentu banyak perbezaannya.

Halimon pun -kena mari selalu cek venue2 pertandingan kerana SUKMA dah dekat dah. harap semaua berjalan lancar dan meriah sekali sempena tahun melawat trg 2008 ni.

Azami

No comments: