22 February 2008

MESRA BERSAMA PAK KUSNO & IBU




Assalamualaikom wr wb!


Semua teman gen77 yang sentiasa diingati.


Kurang lebih jam 9.20 malam, Pak Kusno menalipon. "Ya, cikgu, saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik!" Aku tersesat jalan ketika mencari rumah cikgu di Kelana Jaya.


Selesai solat Maghrib, aku bertolak bersama room mate melalui Lebuhraya Persekutuan. Membelok ke jalan menuju Kelana Jaya. Disebabkan terlalu laju dan tidak berapa cam jalan di situ, aku termasuk ke lorong yang salah dan tidak boleh memasuki jalan yang betul. Lantas terpaksa meneruskan saja dan terpaksa membuat pusingan U dan kembali ke Federal Highway semula. Aku berpatah balik ke jalan menuju ke Shah Alam. Di situ tidak ada peluang untuk membuat pusingan U untuk menuju ke Kelana Jaya semula. Aku menyusur keluar dan mengambil jalan menuju ke Subang. AKu membuat pusingan U sekali lagi sebelum sampai ke lapangan terbang. Selepas susur keluar ke Lebuhraya Utara- Selatan, sebelum sampai ke Federal Highway, aku menyusur ke kiri menuju ke kawasan Kelana Jaya. Aku tersesat lagi dan berpatah balik dan mengambil jalan menuju ke Federal Highway melalui jalan dalam berhampiran Subang Golf Club. Selepas keluar ke Federal Highway, aku kembali mengambil jalan menuju ke Tabung Haji. Apabila sampai di hadapan masjid alhidayah, aku cuba mengingati kawasan rumah cikgu yang pernah aku pergi lebih 15 tahun yang lalu iaitu ketika cikgu menjemput kami menghadiri majlis perkahwinan anaknya. Tetapi aku gagal mengingat di mana rumah cikgu.


Aku menalipon adik cikgu tetapi dia tidak dapat memberitahu nombor rumah dan jalan yang tepat. Lantas aku meneruskan perjalanan dan cuba lagi mencari rumah cikgu. Apabila sampai di persimpangan lampu isyarat, aku mengambil jalan ke kiri. Ternyata jalan itu tidak betul. Sampai di penghujung jalan, aku membuat pusingan U dan berpatah balik ke persimpangan lampu isyarat tadi. Aku mengambil jalan ke arah Federal Highway dan berhenti di hadapan masjid alhidayah. Aku menghubungi cikgu Kusno dan beliau menyuruh aku berpatah balik dan mengambil jalan ke kanan. Aku terlajak lagi, dan berpatah balik sambil memerhati di sebelah kiri jalan mencari rumah cikgu. Sebelum sampai di kawasan lampu isyarat, aku berhenti di tepi jalan. Aku nampak cikgu sudah menunggu aku di depan rumahnya. Cikgu menalipon aku semula apabila ternampak sebuah kereta berhenti tidak jauh dari rumahnya. "Ya, cikgu. Saya nampak cikgu di sana. Nanti saya pusing balik". Itulah jawapanku.


Setelah berpusing balik, aku memasuki jalan menuju ke rumah cikgu Kusno. Berlakulah pertemuan antara kami dalam suasana yang sangat mesra sekali. Terima kasih cikgu kerana sudi menerima kunjungan kami berdua!


Banyak perkara yang kami bualkan. Cikgu mempelawa kami menjamu selera sambil menunggu ketibaan sahabat2 yang lain. Kak Timah menghantar sms meminta no cikgu Tahir. Aku membals sms tersebut kerana tuan hp sibuk sekali berbual dengan cikgu dan isterinya. Tiba2 Kak Timah menghubungi sekali lagi dan aku memberi talipon kepada cikgu. Banyak perkara yang dibualkan oleh mereka berdua. Aku juga menceritakan perkembangan terbaru kawan2 dan aktiviti2 yang kita jalankan. Cikgu memuji usaha2 yang kita lakukan ini dan mengharapkan ianya diperkemaskan secara berterusan. Makanan yang disediakan oleh isteri cikgu memang sedap. Aku meminta izin dari cikgu untuk menambah! Cikgu mempelawa aku minum kopi O dan kopi cendawan. Fulamaak! Terima kasih cikgu. Banyak jenis kueh yang terhidang di atas meja. Semuanya sedap belaka. Tanpa disedari jam sudah melepasi 12 tgh malam. Aku teringat pesanan cikgu Shahrom "Tidur mesti cukup!" Perbualan kami macam tidak ada nokhtahnya. Memang bersambungannnnn. Akhirnya aku meminta izin untuk pulang kerana esok aku terpaksa ke Kuala Lumpur.


Sukan tahunan sekolah akan diadakan mulai jam 7.30 pagi esok sehingga jam 12.30 tgh. Kemudian akan bersambung semula selepas so;at Jumaat. Pertandingan perbarisan antara rumah2 sukan akan mendahului upacara akhir dan penyampaian hadiah dijangka akan selesai pada jam 5.00 ptg.

Selepas selesai sukan, In Sya Allah, aku dan keluarga akan bertolak ke Kuala Trengganu...
Jam sudah melebihi 2 pagi. Selamat malam Cikgu, Selamat malam Pak Kusno, Selamat malam Ibu! Selamat malam sahabat2ku!

Wassalamualaikom!
- genghiz




1 comment:

Anonymous said...

Assalamu 'alaikum wr.wb. Saya dan isteri amat gembira dikunjungi Lah & Nik mlm tadi. Mudah2an `Jejak Kasih' spt ini dpt diteruskan dr semasa ke semasa. Terima kasih - Cikgu Kusno