Duduk Dari Kiri: Pn Rohani Daud (5sas2 77)bersama cucu, Pn Siti Rabiah, Kamariah (Mustafa's Wife) Berdiri belakang : Kenal? baju kotak (biru juga ke tok Aat? nampak tua, dah masuk 48 tahun ni...penat habis gas ...sehari suntuk redah kesesakan jalan traffic jam di negeri Cik Siti Wan Kembang... tak apa...jam tu ertinya makmur...KL jam, London jam, Paris Jam...Tokyo? tok sah cerita.. Anak sulung...asasi UIA. 19 th.
Ini bukan KB, bukan Sri Iskandar, Atau Kuala Kangsar Ipoh, tapi satu jalan kecil 2 hala yang menghubungkan Jalan Pasir Hor dari Jalan Kuala Krai ke Jalan Pasir Puteh di simpang Cica. puun...jam. sempat turun kereta ambil gambar...orang heran surat khabar apa ni...tamil nesan ke?
Tok Aat, Husin, Nasir, Zubir, Amar, Rashidi, dll yang hadir reunion kat Sri Iskandar, saya dapat rasai betapa beraat dan boring serta geramnya tersangkut...spt ni...tapi demi kawan dah sahabat kita sabar dan redah juga....
"lauut ngeeriiiiiii...di buulaaan diiseembeeer...aada kaalanya lebiiih siimpatiii...." di Pantai Irama Bachok Kelantan Jumaat 8.2.08
Assalamuaikum WBT, Para Sahabat, Di Lembah Kelang, Utara, Selatan dan Pantai Timur.
Cuti Tahun baru cina dimanfaatkan untuk balik Kg, di Kelantan 6-10 Feb 08. walaupun jauh ia amat menyeronokkan.
Imran Tahir, maaflah hanya dapat bercakap melalui tel. sebab sdr ada perlawanan tennis...ok next time kita pekena teh tarik kat mana-mana. Jangan lupa janji nak ke KT perjumpaan geng kik77. wilayah timur. Hj Mang, Kahar, Azami, Rosli Abas, Wahab, Sanusi, dll telah berjanji dan menunggu.
Ariffin Hasan, syukur tertunai janji saya kepada sdr Fuat Azahari saya dapat kontek saudara. Utk makluman saya bertukar sms 3,4 kali dengan Tok Aat memaklumkan berita ini. Tapi demo tersalah sebut nama dia...disebut nama ayah dia pula...
Pn Rohani Daud, last saya tengok awak ialah pada tahun 1979. Masa habis Upper Six. Lepas tu tak jumpa hinggalah saya tengok gambar awak yang di kirim oleh Muhabad tempuhari. Terima kasih menerima kami sekeluarga pada petang sabtu 9.2.08. Saya bawa isteri dan anak sekali seperti yang terbaik supaya silaturrahim lebih luas. Terima kasih hidangan petang hari tu... Puan beruntung...anak-anak dah menampakkan kejayaan dan telah ada 2 cucu yang comel. InsyaAllah dengar khabar akan bertambah lagi. Seperti saya kata dalam posting dulu...bilaaalah saya nak dapat menantu...anak sulung baru asasi tapi girl friend dah ada...Saya dah dapat tel ustaz ahmad Ismail dari Dr Zaki Abdul Rahman. InsyaAllah saya akan rancang pertemuan puan dan Ustaz Ahmad Ismail kawan-kawan di KL akan dijemput sama.
Pn Siti Rabiah, Puan seperti dulu...suami puan kawan saya dan Asmawi sejak 1973. Terima kasih kerana hadir sama masa di rumah Rohani. Adik puan pula kawan isteri saya...selepas kik1979 kita pernah jumpa di UM masa konvo adik puan dan isteri saya 1988.
Ariff, masa di KB singkat jadual pack sangat. Dapat bercakap melalui telefon saja. Masa balik kelantan saya tak bercadang nak buat re union. Sebab tu saya tak rancang dari awal. Cuma niat saya paling kurang cari Ariffin Hasan dan nak ziarah dan bertemu Siti Rabiah dan suaminya dan Keluarga Pn Rohani. Syukur ...termakbul doa.
Saudara Naim, kita miss pertemuan kawan di Alor Star dan Sri Iskandar, tapi kita tak miss Tg Malim, Briyani King dan Kolej Islam. Kebetulan 3 pertemuan kita sama-sama satu kereta pergi...kebetulan balik kg tarikh berkenaan maka misslah kita... nanti kita tengok bila lagi re union dan jamuan... yang terdekat dan dekat ialah di Melaka. Asam pedas ikan bakar nasi lemak... dan di Trg... tarikh tu pula clash dengan kerja...
Gengkik77Wilayah Utara, Sdr Fuat, Husin Md Isa, Dato' Dollah, Datin Nik, Zubir, (saya ingat saudara), Amar (Raja Pecut), Nasir (5sc2) Azhan, Rashidi (adik aku ada cerita, hang kerja sama dgn dia IAB, Imran Tahir hang temuduga dia...) Tipah Zul n Suami, Ismail Hassan, dll: Reunion Sri Iskandar, Tabiik di atas kesabaran Husin, keprihatinan Fuat, Nasir, Zubir, Amar, dan Kekentalan semangat Dato' Dollah dan Datin Nik Mahizan n anak setelah membaca posting Husin dan Zubir. Usaha yang baik ada sikit coobaann.
Farahdina, seronok baca cerita puan. Ingat kita sekelas dulu. Awak antara rakan sekelas yang pendiam tapi bila baca cerita ada yang lucu dan ada yang sedih terutama bila spek jatuh dari keretaapi masa balik kg. Dulu saya tak pakai spek sekarang dah rabun jauh...kena pakai spek kalau tidak tak dapat cam kawan apatah lagi selepas 31 tahun tak jumpa.
Email dari Puan Fatimah Omar 5sas3 77, Upper six1 79, pada 5.2.08 saya terima email dari puan, maaf lambat jawab tak sempat dekat nak cuti. Lepas cuti baru balas email dia. Lepas tu diam... ke mana ye? out station kut atau cuti...
Kamilah ...di KL atau Singapore? lama tak menulis...dalam blog atau maya tentu banyak kes nak study kot...kata nak lawat kak Teh (Rohana Mahadi) dah pergi ke??
Yang Ariff, mee celup...ikan keli masak lemak pekat...jangan lupa ajak saya. Saya pun berair mulut ni nak makan...
Afrinah Mohd Ikhsan...5sas3 77, 6a1 79, masih menyepi kenapa ya? kirim salam kat suami U lama tak jumpa dengan dia. Saya jarang meeting dgn JPA sekarang, banyak di DBKL saja. Kalau di kira Afrinah ni orang Meru saja. Dekat tu...mungkin Kamariah Mohd Noh dapat cari.
Jamaiah Omar...Wak Man kata dia di Melaka atau Negeri 9. Jgn lupa ajak dia perjumpaan di Melaka.
Dr Bakri, Halimon,Wak Man: Bolehkah cari Ismail Maon, Dollah Said, Mohd Nor Baba, Hapinah Samah dll.
Sazali Tarmizi... di mana u... saya dah dapat cari Zakiuddin Ahmad dan Yahya Daud serta sabaruddin Hassan...
Apaaalah saya tulis malam ni...
Wassalam ...Amin
-mustafa mohd nor-
No comments:
Post a Comment