04 January 2008

Ustaz Ahmad Ismail

Salam,

Ingat tak Ustaz Ahmad Ismail. Semasa kita form five, dia jadi warden dan mengajar Bahasa Arab.

Lepas tu dia pernah jadi Penolong Kanan dan kabarnya pernah jadi Pengetua KIK.

Tadi sewaktu menghadiri pengkebumian seorang tokoh masyarakat di Taman Tun Dr Ismail, saya berjumpa kembali dengan beliau. Rupanya arwah si mati adalah senior beliau semasa di Egypt dulu.

Saya perkenalkan diri saya. Dia dah tak ingat. Untuk mengingatkan kembali beliau, saya sebutlah dua tiga nama yang agak-agak dia boleh ingat. Yang famous-fanous je lah kan! Dia ingat Shaarani Ismail. Dan bila saya sebut Kamilah Kasim, debator, haaaa...terus dia terangguk-angguk tanda ingatan yang masih amat subur. Memang celebrity status la Cik Puan kita ni!

Semasa beredar dari Tanah Perkuburan Bukit Kiara tu, saya sempat ceritakan kepada beliau tentang usaha untuk mengumpulkan kembali pelajar-pelajar Tingkatan 5 tahun 1977 yang sedang kita usahakan. Dia menyatakan persetujuan untuk ikut serta jika diizinkan Tuhan.

Beliau masih sihat walafiat dan sekarang bertugas sebagai Pensyarah di Kolej Universiti Islam Selangor (KUIS) sejak pencen pada tahun 1999.

-Asmawi Mohamad

P.S:

Losidi. Hang kena tulis cepat-cepat sebelum Cikgu Lau Ah Kow cari hang!

No comments: