04 January 2008

Dari Mustafa Mohd Nor

Assalamualaikum WBT, Syukur kepada Allah telah bertambah seorang lagi kawan aktif menulis iaitu Fuad Mohamad (gengster) ha...ha ha,

Kamilah tetap hebat dan confident. Orang lain tak berani nak masukkan gambar terkini. Yang berani masukkan gambar gethering kat Tg Malim 1.1.08 itu pun semua orang dah tak dikenali kecuali Saarani. Hebat juga Aura Saarani. Maklumlah Yang Ariff...

Malam tadi Saarani sms, dia kata Prof Madya Cik Latifah tak kenal lelaki baju gelap dalam gambar masa di Tg Malim. Hai berat... akau rasa aku awet muda, tak berubah... sebab rambut masih ok cuma botak sikit tapi masih hitam... ini maknanya kita saja yang perasan... sebenarnya perubahan besar ialah saiz dan berat badan. Masa di form 5 77, berat badan sekitar 45 kg, sekarang 72 kg berapa kg bertambah tu ... mana orang nak kenal. Masa jumpa di Tg Malim kawan yang saya rasa berat badannya bertambah 20kg dari masa dikik 77 dulu adalah saya dan Sdr Fuat Azahari. Tak apalah 20 Kg dalam masa 30 tahun tak sampai 1 KG setahun. hahaha

Saya akan cuba masukkan gambar saya dan akan-anak untuk makluman semua kawan lepas ni. Asmawi ajak ziarah Cikgu Sushama, maaf tak dapat kerana bertugas di luar KL hujung minggu ni... lain kali no problem Insya Allah.

Cari Cikgu kita....
1 Ustazah Fauziah Sani...
2. Pn Norsiah Ariffin
3. Pn Siti Hasmah
4.Pn Maimoon Hussin
5. Pn Ramli Khamis
6. Cikgu Zaharah

Yusof Nawang...come and joint us, Ahmad Imran Tahir aku tahu kau pendiam dan malas menulis... tulislah sikit...

Mustafa Mohd Nor

No comments: