04 January 2008

Perihal gambar :)

Salam,

Saya amat menggalakkan kawan-kawan semua meletakkan gambar supaya kita boleh "relate" antara nama dan "rupa". Ye lah setelah 30 tahun tidak berjumpa, for example, I have no idea how Puaad will look like. Kalau ikut mental image dulu, pastinya saya akan gambarkan Puaad berkaca mata hitam, rambut tebal etc. Apa kata kalau sekarang Puaad dah pakai rambut afro, or style kojak macam Naim, dan dah buat laser treatment macam Khir Toyo, so dia dah tak perlu pakai cermin mata tebal lagi. Sure kalau terlanggar bahu kat Imbi Plaza pun saya tak akan kenal.

Kadang-kadang kita ingat nama sahaja, dan tak dapat match antara rupa dengan nama, so bila letak gambar baru la boleh relate antara kedua-duanya.

So jangan segan silu.

By the way, saya dah dapat tengok gambar Che Latifah dan juga Rosidi Ismail, berdasarkan paparan dari website organisasi di mana mereka bekerja. Jangan marah, nanti kena jual :).

Che Latifah Ismail di UITM Arau



-Asmawi Mohamad

P.S.:

-Kamilah: at least last-last Cikgu Sushama kenal juga you dan boleh recall dengan tepat. Kami semua ni, jenuh dia tengok gambar yang ada, satu pun dia tak cam sampai ke sudah :). Apa-apa pun saya tumpang seronok sebab Cikgu Sushama pun sama excited macam kita untuk bertemu semula.

-Yusuf Nawang/Rahiman/Ahmad Imran: Yo boss! bila lagi nak berceloteh sikit kat sini.

-The guy from Parit Buntar, Perak:
Siapakah anda. Janganlah menyepi diri dan baca blog ni diam-diam dari kejauhan. Perkenalkanlah diri anda di sini :).


No comments: