15 January 2008

Akses Blog ini

Saya perhatikan akses ke Blog ini semakin hari semakin meningkat.

Blog ini diwujudkan pada 23/12/2007, selepas saya berbincang dengan Weldan dan Fuat Azahari dua hari sebelum itu, iaitu 21/12/2007. Weldan datang dari Bentong ke KL untuk bertemu face to face dengan saya.

Selepas saya menulis, Mustafa Mohd Nor merupakan orang kedua menulis. Tulisan beliau keluar pada hari yang sama, 23/12/2007 sebaik-baik sahaja beliau dimaklumkan oleh Ahmad Imran sewaktu Mustafa dalam perjalanan dari Ipoh. Tiba sahaja di rumah, beliau terus menulis. Begitulah terujanya beliau untuk menyambung semula silaturrahim.

Kemudian Fuat Azahari menulis. Selepas itu, Kamilah Kasim muncul dan menulis di sini.

Pada 1/1/2008, kami bertemu secara tidak formal di Tg Malim. Walaupun hanya ada 7 orang,(Fuat, saya, Weldan, Yang Arif, Anson, Naim, Mustafa) ianya amat meriah sekali.

Tidak sampai sebulan selepas blog ini diwujudkan, kita telah dapat bertemu face-to-face di Kelang pada hari Ahad 13/1/2008 yang lalu.

Inilah dia "the power of blog". Di zaman akhir 70'an dulu kita tidak dapat bayangkan ini semua. Gambar-gambar yang kita ambil, dapat dimasukkan dalam blog dan dipaparkan untuk tatapan seluruh dunia dalam masa beberapa jam sahaja. Gambar pertemuan kita di Kelang hari Ahad lalu misalnya, dapat dilihat oleh kawan-kawan kita di seluruh Malaysia pada malam itu juga.

Apa-apa pun, saya amat berbangga kerana kita generasi kelahiran 1959-1960-1961 ini amat cepat menggarap teknologi maklumat terkini, walaupun di usia agak lewat. Sekurang-kurangnya sudah boleh menulis email, walaupun ada lagi yang terkapai-kapai untuk menulis dalam blog ini. Keep it up!

Berikut adalah gambaran perkembangan blog ini untuk sepanjang bulan Januari ini sahaja:

Untuk hari ini 15/1, setakat jam 1.00 tengahari, sudah 25 orang mengakses blog ini. Gambar-gambar yang diletakkan di flickr pula telah diakses 80 kali sejak semalam. Saya difahamkan guru-guru kita juga ada mengakses blog ini. So, please mind our language ok? :).

Ini satu perkembangan yang membanggakan. Insya Allah hasrat kita untuk mengadakan pertemuan seluruh alumni Tingkatan 5 tahun 1977 pada cuti persekolahan bulan Mac nanti akan terlaksana.

Wassalam,

-Asmawi Mohamad

No comments: