
16 March 2008
15 March 2008
DATOK MATZIN JUSOH
Dengan berlangsung nya majlis menerima menantu ni nanti kita harap sdr kita ni akan mendapat gelaran Datok Mat Zin pada tahun depan.Bertambah tambah la rezeki dan ahli dari generasi gen77
Selamat menerima menantu
-fuatazahari
14 March 2008
Kenduri kahwin rumah Mat Jeng Dungun esok
Skadar mengingatkan
Majlis ; Kenduri Kahwin anak Md Zin b Jusoh (Mat Jeng Dungun) - 5 sns 1
Tarikh : Sabtu, 15 Mac 2008
Masa : 11 pg - 6 petang
Alamat ; Belakang Sek Men Sains Dungun
tel no : 013 930 9237
Smua dijemput hadir.
mat jeng.
Jemputan
1. Tarikh: Sabtu 29hb Mac
2. Masa: 8 malam.
Maklumat lanjut akan diberikan kemudian.
Terima kasih.
-asmawi mohamad
TERIMA KASIH SEMUA
Salam hormat untuk semua;
Saidi Kadir call minta WM tulis dalam blog Gen77.
"SAIDI SEKELUARGA MENGUCAPKAN JUTAAN TERIMA KASIH KEPADA SEMUA TEMAN-TEMAN GEN77 YANG TELAH MEMBERIKAN SUMBANGAN DAN BANTUAN. HANYA ALLAH SWT SAHAJA YANG MEMBALAS JASABAIK TEMAN-TEMAN SEMUA".Sekian, salam ukhuwah
WM Insan Kerdil
13 March 2008
Triple S
Agak lama tidak menulis untuk blog, mengambil kesempatan hari ini bercuti dan dah lama tidak berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua. Mungkin ada di antara sahabat2 yang masih meriah bercerita pasal pru 12, ada yang dah mula kerja dan ada yang dah susun strategi baru...
Terkilan kerana tidak dapat menyertai liqa' Melaka yang sangat meriah tu terubat apabila kami di Pahang dapat berjumpa Asmawi di Kuantan. Walaupun tak ramai , tetapi ianya sangat bermakna kerana selepas 31 tahun kali petama berjumpa semula dan pelbagai cerita dapat dikongsi bersama. Saya sememangnya menunggu perjumpaan seperti itu kerana telah mengikuti cerita dan gambar2 kemeriahan setiap Liqa bermula di Tanjung Malim, Beriani King , Di KISAS, Melaka dan juga Di Motel Desa, tetapi tidak berkesempatan menyertainya...
Minggu lepas saya dapat menghubungi tiga orang sahabat kita.Salahiah. Saudah .Shidah. Ketiga2 mereka adalah dr kelas 5Sc2 . Kesemua mereka bertugas sebagai pendidik. Salahiah mengajar di Sekolah Menegah Agama Al Irsyad P. Pinang, Saudah mengajar di sekolah Al Amin Temerloh dan seorang lagi Shidah (nama penuh Norsidah Md Din) mengajar di Tangkak Johor. Yang istimewanya suara mereka ni tetap tidak berubah, masih remaja macam 31 tahun lepas.
Salahiah yang saya ingat amat tertib dan berhemah bila bercerita, amat sesuai menjadi seorang guru. Saya , Saudah dan Salahiah adalah roomate waktu tingkatan empat. Bila tingkatan lima seingat saya dua pelajar sains digandingkan dengan dua pelajar sastera ditempatkan sebilik. Saudah masih kekal sebagai roomate sehingga tingkatan lima. Mungkin sebab tu saya agak rapat dengan dia. Walaupun pemalu orangnya Saudah disenangi kawan-kawan kerana dia ada satu kelebihan bersedia mendengar masaalah , orang putih kata good listener . Kami dah berjanji suatu masa diizinkan Allah kalau saya balik kampung boleh jumpa dengan Saudah ni. Dan yang sangat menyentuh saya semasa berbual-bual dia masih mengingati latar belakang keluarga saya, berapa bilangan adik beradik yang saya ada dan lain...begitu tingginya nilai persahabatan.
Mungkin ramai sahabat mengenali Shidah kerana keramahannya esp yang berasal dari Melaka.
Katanya dulu pernah juga dia berhubungan dengan sahabat2 dr Melaka tapi selepas itu terputus begitu sahaja. Mungkin sekarang ni Shidah dah pun mula mengakses blog setelah saya frwdkan alamat blog kita.
Wassalam
Padzilah
Balik Raya di Kelantan
Ingatkan hati dulu nak continue berblog semasa di Kelantan, tetapi apakan daya, langsung tidak sempat. Balik dua hari macam balik dua jam sahaja.
Saya berada di Kota Bharu pada hari Ahad dan Isnin. Isnin malam tu saya sudah bertolak balik ke KL.
Saya bertolak balik ke KB sebaik sahaja selesai mengundi di Taman Melawati, Gombak, tempat kediaman lama saya. Masa mengundi tu pun nampak lain macam sahaja di pondok-pondok parti yang mengambil bahagian. Kemeriahan lain dari yang lain. Sewaktu saya memeriksa nama saya tu, ada satu keluarga India suami isteri, nama dia Balasubramaniam (masih ingat lagi nama), pun check nama di pondok yang sama dengan saya. Ajaib. Ajaib.
Dahla malam sebelum tu, waktu pulang dari KL, sempat jeling di satu ceramah berhampiran rumah di Sg Buluh. Orang-orang India dok tengah seronok Makkal Sakthi dengan calon di kawasan saya.
Jam 7.00 malam si Fuat dah mula sms saya mengupdatekan keputusan di Kedah. Haji Mang pula sibuk dok updatekan saya tentang situasi di Kelantan. Dia mulanya ingatkan saya lebih tahu fasal Kelantan, alih-alih turned out, maklumat dia yang lebih terkini.
Waktu saya keluar rumah dekat-dekat jam 8 tu, agak jelas dah dua tiga negeri akan tumbang. Sempat call Mustafa bertanya kabar. Dia kata dia tengah sibuk mengira undi unti Parlimen Batu.
Sepanjang perjalanan, Fuat dan Haji Mang sibuk dok update saya.
Bila sampai di Gua Musang jam 12.00 malam, Mustafa call saya. Dia kata dia baru habis buat pengumuman calon yang menang. Saya bertukar-tukar maklumat dengan beliau. Rupanya banyak juga yang dia tak tahu. Maklumlah, duduk di dalam dewan sebagai petugas SPR, tentu dia kena fokus kepada tugasnya, tak boleh nak sibuk2 dengan hal ehwal di tempat2 lain.
Dalam perjalanan dari Gua Musang ke Kuala Krai, ada satu kemalangan maut di tengah2 malam tu.
Saya sampai di KB jam 3.00 pagi. Selepas bertukar2 kisah, saya terus masuk bilik dan tidur...oh tidak! Tak jadi tidur. Saya monitor keputusan pilihanraya sampai masuk waktu subuh.
Siangnya saya call Azami. Dia pun masih mamai sebab hari sebelumnya dia bertugas sebagai agen SPR untuk kawasan beliau.
Walau bagaimana pun, petangnya sempat berjumpa dengan Azami Ghani. Dia bersusah payah datang dari Kuala Besut dengan 3 orang anaknya semata-mata nak jumpa saya. Jumpa pun sekejap sahaja sebab tengah2 bersembang dengan beliau, saya dapat call untuk bertemu dengan seorang kawan lain yang akan bertolak ke KL jam 7 petang itu. Seronok juga dapat jumpa beliau setelah 31 tahun. Beliau tidak banyak berubah. Mungkin sebab saya dah tengok gambar beliau dalam perjumpaan di KT tempohari, maka perjumpaan hari ini tidak memberikan kejutan apa-apa. Tak ada apa-apa tsunami :). Ingatkan nak ajak Ahmad Imran dari Bachok join sekali, tetapi beliau ada urusan lain, jadi saya hanya jumpa Azami one to one.
Malam itu, Azami call saya beritahu bahawa dia sampai balik ke Kuala Besut setelah dua jam memandu dari Kota Bharu. Memang bandar Kota Bharu sesak sungguh pada hari Ahad tu. Macam balik raya. Kesian kat dia terpaksa waste so much time.
Hari Isnin, hari kedua di Kota Bharu, saya sempat berjumpa dengan Pn Rohani Daud. Beliau berasal dari Kg Tok Dor, Besut, tapi sekarang bertugas di LHDN KB. Sempat lunch lagi dekat ofis beliau. Agak kekok jugak (hahaha) sebab masa di KIK mana saya pernah kenal beliau. Tahu nama pun secara indirect sahaja, daripada orang lain :). Terima kasih di atas buah tangan yang diberikan Cik Puan!
Ada beberapa orang yang saya dah sematkan dalam hati nak jumpa tapi belum berkesempatan. Mereka adalah Pn Rubiah, isteri Husin Dollah. Both of them are my friends. Ustaz Arif pun tidak sempat jumpa. Insya Allah di lain kesempatan kita ikhtiarkan masa untuk bertemu lagi.
Saya tidak mengambil apa-apa gambar. Apa-apa pun, gambar semua orang yang saya temui itu sudah tersiar di dalam blog ini sebelumnya.
-Asmawi
12 March 2008
TABUNG F5KIK1977
Menyahut seruan moderator sdr asmawi supaya kutipan untuk tabung f5kik1977 diwarwarkan jugak dalam blog ni.Sebelum ni saya ada menulis dalam grup maya dan mungkin ramai diantara kawan2 yang tak dapat mengakses grup maya krn masih tidak mendaftar sebagai ahli
Untuk pengetahuan semua kawan2,TARIKH AKHIR untuk mendepositkan kuipan/derma/yuran berjumlah RM20 tersebut adalah pada 13hbmac2008.Tarikh asal adalah 5hb setiap bulan tetapi oleh kerana kita baru saja mendapat no.Akaun sdra asmawi beliau telah melanjutkan tarikh tersebut sehingga esok 13hb krn pada 14hb beliau akan menyalurkan wang bantuan tersebut kepada penyelaras2 yang berkenaan
Butir2 seperti berikut:
Akaun.......................Asmawi Mohamad
No.Ac RHB .............16227810010942
No.Ac BSN................1410041000049982
pilih Akaun yang mana paling mudah untuk kawan2 depositkan
Diharap mendapat kerjasama dan memudahkan kerja2 moderator kita sdr asmawi
Wassalam
Latok Lollah lalam Berita Hairan

Makluman awal.
Pada petang Isnin 10 Mac yang lepas,telah berlaku secara sengaja dan tak sengaja pertemuan ahli2 gen77kik dari Utara di kediaman rasmi Sdr Fuat Azhari di Bt 17, Padang Lumat, Jln Sungai Petani.
Mereka yang hadir ialah Zubir, Ammar, Bang Chin, Genghiz & isteri, serta tuan rumah.
Setelah bersalam lama kami mengucapkan tahniah sesama kami.
Kami dijamu oleh Puan rumah dgn pelbagai hidangan termasuklah laksa Telok Kecai. Seleraa beb! Terima kasih Puan Rumah!
Sambil makan kami berbincang panjang berkenaan satu liqa' yang sebelum ini ada disebut oleh beberapa sahabat untuk memperkasakan lagi ikatan ukhuwwah dalam kalangan gen77.
Setelah tolak sana, tolak sini, campur sana, tambah sini, darab situ, bahagi sana, maka berikut adalah keputusan yang telah kami persetujui bersama.
Harapan kami supaya perkara ini akan dapat persetujuan semua sahabat dan berjaya dilaksanakan mengikut jadual dan perancangan yang akan dirancang dan diputuskan dari semasa ke semasa.
Tarikh: 2 Jun 2008
Hari: Isnin
Masa: Dari Pagi hingga Malam.
Tempat: Rumah Sdr AMMAR ABD RAHMAN (Sungai Petani, Kedah)
Atur cara: (Berdasarkan program yg akan disertakan kemudian).
Jemputan: 1. Semua bekas guru & staf KIK.
2. Semua gen77(SPM)KIK termasuk isteri, anak2 dan
menantu, cucucicit, ayahbonda2, mertua2 dan bibik2 juga.
Harapan kami semoga sahabat2 dapat memastikan kehadiran beramai-ramai pada tarikh tersebut!
Sekian, terima kasih.
Wassalamualaikom.
- genghiz
Kereta Saidi
Assalamu'alaikum wbt.
Tengahari 11 mac 2008 Saidi dan isteri selamat sampai di Melaka. Terima Kasih kepada Us.Abdullah Said yang mengambil Saidi dan terus bawa ke rumah. Hari ini kereta MyVi Saidi yang kemalangan tempoh hari selepas Liqa' di Melaka telah siap dibaiki. 
Maaf saidi, malam tadi ingat WM nak jumpa tapi tak sempat. Tengahari ni nak jumpa, bila call, rupa-rupanya Saidi dan isteri dah sampai Nilai 3. WM doakan selamat semuanya. Insya-AlLah kita jumpa nanti. Teman-teman yang akan ke Bandung juga diucapkan selamat pergi dan selamat pulang. Salam mulia dan rindu untuk Bapak Soenaria sekeluarga. Cuaca pun dah berubah, daripada panas terik , kini dah mula hujan, hujan rahmat. Tsunami politik melanda, namun Gen kik 77 perlu terus istiqamah ke arah membina wawasan ummatan wahida.
Sekian, wassalam.
WM insan kerdil
10 March 2008
Terima Kasih dan Tahniah

Terima Kasih dan syabas diucapkan kepada semua teman-teman yang telah berkorban untuk menyempurnakan tanggungjawab yang telah diamanahkan oleh SPR dalam PRU ke 12. Tahniah kepada teman-teman yang sanggup kembali ke kawasan masing -masing sekalipun jauh ratusan km. Sekuntum bunga untuk semua . Terima kasih kepada ayah dan bonda juga guru-guru yang mengasuh,
mendidik dan membimbing kita semua hingga berjaya mengenal erti hidup dan mengenang jasa perjuangan. Sesungguhnya amanah mentadbir bumi ini amat berat, tanpa sokongan dan dokongan ikhlas teman-teman rasanya agak sukar juga untuk membina Baldatun Taiyibatun waRobbur Ghafur. 
08 March 2008
Saya dalam perjalanan balik ke Kota Bharu. Sempat berblog sekejap sebab orang rumah yang memandu kereta. Haji Mang dan Fuat dok call bertalu2 mengupdatekan keputusan pilihanraya. Bila ada network Gen77 seluruh Malaysia ni, senang je dapat laporan terkini pilihanraya.
[Posted with hblogger 2.0 http://www.normsoft.com/hblogger/]
Selamat Mengundi
Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat mengundi kepada semua sahabat-sahabat sekelian. Saya yakin di kalangan gen77 ini, kita tidak perlu lagi mengulangi betapa pentingnya kita menunaikan tanggungjawab sebagai warganegara ini. Walaupun hanya satu undi yang boleh kita berikan, ia memberi makna besar kepada sistem demokrasi kita.
Kepada yang memilih untuk mengundi di kampung masing-masing (seperti Yang Arif), saya doakan semoga perjalanan anda semua selamat dan diberkati, pergi dan balik.
Saya akan membuang undi di Taman Melawati di dalam daerah Gombak di sebelah petang nanti. Selepas itu Insya Allah kami sekeluarga akan pulang ke Kota Bharu untuk menziarahi orang tua. Alhamdulillah, kedua orang tua masih hidup, walaupun bapa saya agak uzur. Itulah antara ibu bapa kita yang menghantar kita masuk ke Kolej Islam 32 tahun dulu sebagai seorang "freshie". Agak-agaknya antara ibu bapa Gen77 yang menghantar anak-anaknya masuk ke KIK tahun 1976 dulu, berapa keratkan yang masih hidup.
Sekian. Selamat mengundi. Malam ini kita sama-sama tengok keputusannya. Kepada Sdr Sanusi yang akan datang ke KL malam ini, saya mohon maaf kerana tidak dapat bersama dalam pertemuan yang dirancangkan. Saya akan cuba bertemu kawan-kawan Gen77 Kelantan di Kota Bharu nanti.
Wassalam,
Asmawi
07 March 2008
Pertemuan Normah dan Jaliya
Walaupun pertemuan saya dengan Normah telah hampir dua minggu berlalu,, tetapi sekadar untuk mengisi ruang blog ini sahaja.
Memandangkan Normah Ibrahim (ex 5Sc 1) ada datang berkursus ke Melaka pada 19 hingga 22 Februari 2008, maka saya berjumpalah dengan beliau. Mula-mula pada petang 20/2/2008 saya ambil normah di hotel dan kami berbual-bual di sebuah kafe di Hang Tuah Mall. Kemudian datang Fatimah Hassan... tetapi ia dapat sekejap sahaja kerana kerana sibuk untuk menguruskan beli barang2 untuk Liqa' di Melaka pada 24/2/2008.
Pada esoknya di sebelah malam pula, saya sekeluarga membawa Normah makan dan berjalan2 di Banda Hilir dan kami dapatlah bergambar di Dataran Pahlawan Megamall, Banda Hilir Melaka. Saya dan Normah sungguh gembira dapat bertemu yang telah hampir 30 tahun tidak berjumpa. Normah pula tidak dapat datang ke Liqa' di Melaka pada 24/2/2008.
Gambar-gambar yang kami telah abadikan...


Wassallam dari Jaliya..
"SELAMAT MENGUNDI"

Air Terjun Bukit Tinggi,
"Wahai orang-orang yang beriman, kalau kamu membela (Ugama) AlLah, nescaya AlLah membela kamu (untuk mencapai kemenangan) dan meneguhkan tapak pendirian kamu" Surah Muhammad :7.
06 March 2008
Kenangan di Melaka
Rumah Puan Fatimah Hasan di Kandang, memang luas, amat sesuai untuk pertemuan sebegini. Macam kenduri kahwin, siap dengan bannernya lagi. Terima kasih Fatimah.Dalam pertemuan ini sa
ya telah dapat berjumpa dengan ramai kawan perempuan, ya, pertemuan di Melaka dikuasai oleh Gen77 perempuan. Paling seronok dapat jumpa roomate masa di Blok D dulu, Rabiah Bujang dari Melaka selain Kamilah. Seorang lagi,Fatimah Ali belum ketemu.
X Roomate- Rabiah Bujang, che Pah n Kamilah
Saya juga dapat bertemu dengan Jumaiyah dari Singapura, rakan yang duduk bersebelahan saya semasa di kelas dulu. Kami juga sempat berkumpul bersama pelajar 5 Sastera 1 1977 (Mustafa Md Noor, Che Pah n Jumaiya) dan pelajar 6 Atas 1 1979 yang terdiri dari Gen77 (Naim, WakMan, Mustafa, Kamilah, Afrinah n Che Pah).
Mimpi....
Kata anak saya, kalau di sekolah/ KISAS, ada sorang kawannya letakkan buku Tafsir Mimpi yang tebal atas meja di belakang kelas. Pagi-pagi sebaik saja sampai ke kelas akan ada kawan-kawan yang akan ke belakang membelek kamus mimpi tu…
Masa tingkatan 5 saya ada sepasang baju kurung warna kuning coklat yang ada gambar photo muka budak kecil comel (anak Mat saleh mana tak tau!) dan sekuntum bunga ros yang cantik. Saya sangatlah sayang akan baju itu...Waktu nak beli kain Mak saya dah sebut; “Ada gambaq oghang.” Saya kata pasai gambaq budak comei tu la saya berkenan sangat dan bunga ros pun saya suka.
Akhirnya jadilah saya satu2nya orang di KIK yang pakai baju kurung sepasang ada gambaq manusia.Mungkin kawan-kawan tak perasan pun, cuma saya sendiri terbayang-bayang akan diri saya dengan baju yang amat saya sayangi itu.
Satu hari.... saya telah bermimpi: Saya dikejar oleh ‘seekor’ anak patung kecil dalam 2” tingginya.Saya berlari dan bersembunyi merata tempat tapi budak kecik tu tetap ikut. Saya amat takut memikirkan macam mana nak berkawan dengan budak sekecik itu. Akhirnya saya terjun ke dalam anak sungai yang cetek dan jernih airnya. Budak kenit tu pun terjun juga dan saya jadi bertambah takut bila dia tersangkut di akar pokok dan menjerit-jerit minta saya tolong. Akhirnya, Alhamdulillah...saya terjaga dari mimpi!
Sejak hari itu, saya simpan baju kesayangan saya tu dan bila cuti penggal saya bawa balik ke rumah. Bila terjumpa hadis yang menceritakan tentang larangan membuat patung makhluk bernyawa & Rasulullah saw mengkhabarkan bahawa patung-patung itu di akhirat kelak akan minta nyawa pada orang yang menciptanya, saya teringat akan mimpi itu....
Sebelum melangkah keluar untuk ke tempat kerja pagi tadi, saya sempat menjenguk anak gadis saya yang sedang tersenyum mengadap internet membaca tafsir mimpi. Alhamdulillah, semuanya nampak baik belaka.Bijaksana sungguh orang yang mentafsirkannya...
P/S Kepada Kak Teh ( Rohana Mahadi ) dan Esah di Melaka. Saya doakan semoga kedua-duanya tabah menghadapi dugaan Allah SWT. Lagi besar dugaan yang dihadapi , bertambah besar ganjaran yang telah tersedia.
Kata Dr ‘Aidh Abdullah al-Qarni: Orang berjiwa besar mempunyai pandangan jauh ke hadapan. Dia redha dengan Tuhannya dan Tuhannya redha kepadanya. Dia dicintai oleh keluarga dan sahabat-sahabatnya. Hidupnya penuh bermakna dan dia punya prinsip...
Salam mesra,
FarahDina
04 March 2008
Mesyuarat PK (HEM) SBP - IPOH
Minggu suaikenal....
Kenal tak lagi pada senior-senior kita masa tu.... dia orang buli kita cukup-cukup, tengok yang cekak pinggang pakai seluar pendek.... dia la taikonya (prefect pulak tu) , eksyen betui dia, mentang-mentang la kita ni freshie ..... tapi seronok kan....
Member dari Melaka mesti kenal dia... bekas YB Durian Tunggal Dato' Kadir Daud. Yang tunjuk tangan pada Husni tu saya lupa namanya... cuba-cuba lah cari muka kita dalam gambar ni... agaknya anak-anak kita gelak besar bila tengok...
Hj. Mang, Omar Mamat, Zaki, Amar.......
Bad, kau ingat tak malam kita tidor di Masjid Abu Bakar JB tu... Pak Soenaria asyik nyanyi lagu Julie Remie, antara senikata yang masih diingati... Jauh, jauh, jauh di mata,,, di hati dekat la sayang..... dalam, dalam, dalamnya laut,,, lebih dalam rindu hati ku..... (betul ke senikata tu...)...
Masa tu kita tak berapa faham erti rindu-rindu ni.... tapi bila dah ada keluarga sekarang kita juga rindu bila berjauhan dari keluarga... itu besarnya pengorbanan Pak Soenaria menjadi sebahagian pendidik bagi kita di KIK....Terima kasih banyak-banyak Bapak.....
Ada lagi gambar-gambar dan cerita-cerita....... tapi lain kali la.....
Semoga bahagia selalu....
Tajuddin






