Assalamualikum Semua Sahabat Gen77
Agak lama tidak menulis untuk blog, mengambil kesempatan hari ini bercuti dan dah lama tidak berkongsi cerita dengan kawan-kawan semua. Mungkin ada di antara sahabat2 yang masih meriah bercerita pasal pru 12, ada yang dah mula kerja dan ada yang dah susun strategi baru...
Terkilan kerana tidak dapat menyertai liqa' Melaka yang sangat meriah tu terubat apabila kami di Pahang dapat berjumpa Asmawi di Kuantan. Walaupun tak ramai , tetapi ianya sangat bermakna kerana selepas 31 tahun kali petama berjumpa semula dan pelbagai cerita dapat dikongsi bersama. Saya sememangnya menunggu perjumpaan seperti itu kerana telah mengikuti cerita dan gambar2 kemeriahan setiap Liqa bermula di Tanjung Malim, Beriani King , Di KISAS, Melaka dan juga Di Motel Desa, tetapi tidak berkesempatan menyertainya...
Minggu lepas saya dapat menghubungi tiga orang sahabat kita.Salahiah. Saudah .Shidah. Ketiga2 mereka adalah dr kelas 5Sc2 . Kesemua mereka bertugas sebagai pendidik. Salahiah mengajar di Sekolah Menegah Agama Al Irsyad P. Pinang, Saudah mengajar di sekolah Al Amin Temerloh dan seorang lagi Shidah (nama penuh Norsidah Md Din) mengajar di Tangkak Johor. Yang istimewanya suara mereka ni tetap tidak berubah, masih remaja macam 31 tahun lepas.
Salahiah yang saya ingat amat tertib dan berhemah bila bercerita, amat sesuai menjadi seorang guru. Saya , Saudah dan Salahiah adalah roomate waktu tingkatan empat. Bila tingkatan lima seingat saya dua pelajar sains digandingkan dengan dua pelajar sastera ditempatkan sebilik. Saudah masih kekal sebagai roomate sehingga tingkatan lima. Mungkin sebab tu saya agak rapat dengan dia. Walaupun pemalu orangnya Saudah disenangi kawan-kawan kerana dia ada satu kelebihan bersedia mendengar masaalah , orang putih kata good listener . Kami dah berjanji suatu masa diizinkan Allah kalau saya balik kampung boleh jumpa dengan Saudah ni. Dan yang sangat menyentuh saya semasa berbual-bual dia masih mengingati latar belakang keluarga saya, berapa bilangan adik beradik yang saya ada dan lain...begitu tingginya nilai persahabatan.
Mungkin ramai sahabat mengenali Shidah kerana keramahannya esp yang berasal dari Melaka.
Katanya dulu pernah juga dia berhubungan dengan sahabat2 dr Melaka tapi selepas itu terputus begitu sahaja. Mungkin sekarang ni Shidah dah pun mula mengakses blog setelah saya frwdkan alamat blog kita.
Wassalam
Padzilah
13 March 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment