23 May 2008

Pulau Besar


Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar semua, didoakan semua teman2 beroleh kesehatan. Didoakan cikgu Sahrom dan keluarga selamat pergi dan pulang menunaikan umrah. Muhabbatie bila nak buat Liqa' Umrah gen77kik?, Boleh aturkan dan minta Che Pah jadi pembimbing Umrah. Kita baru pulang dari jejak kasih Pulau Besar. Teman2 yang pergi rombongan ke Pulau Besar tahun 1977/1978 mungkin masih ingat kot nostalgia tu. Mungkin ramai yang pergi Naim, Arifin, Ismail Maon dll. Kaum ibu yang pergi kita tak ingat sebab kita pun tak pergi, dengar kisah dan cerita2 jenaka je. bagus juga nanti jika ada kesempatan kita buat lawatan ke Pulau Besar. Sebenarnya kita buat pemantauan bersama anak2buah, disamping buat latihan dan motivasi. Adalah buat aktiviti2 sampingan menghilangkan tekanan kerja yang memang tidak akan habis selagi manusia ini hidup. Kegiatan pemujaan masih juga berlaku dikalangan masyarakat walaupun kesedaran mengenai larangannya telah dijalankan. Kepercayaan kepada peristiwa karut marut terus berlaku. Lebih menyedihkan bila ada orang bukan Islam yang memuja kubur orang Islam. Walau bagaimana pun sehingga kini, kawasan Pulau Besar telah dapat di kawal jika dibandingkan dengan 30 tahun yang lalu. Kita sentiasa memantau perbuatan pemujaan dari Pulau Besar hingga ke Tanjung Tuan, Port Dickson yang juga masih dibawah kawasan Melaka.


Semasa di Pulau Besar 2 orang teman lama telah dapat dikesan iatu Ct Kittiyah Dakir dan orang kuat KDRM Faridah Aziz. Keduanya tinggal di Johor. Kamilah boleh bawa sekali teman baru ni termasuk Ct Fatimah Omar ke Liqa' Nasional nanti. Muhabbatie!, anta boleh jadikan Pulau Besar untuk program Motivasi atau summer camp anak/cucu jama'ah Umrah masa cuti sekolah, Kelab Rekreasi & Rehlah Genkik77 boleh ditubuhkan. Siapa setuju?..........
Akhir kata, diucapkan selamat bercuti kepada semua teman2 yang menjadi guru dan juga kepada semua anak2 Gen77kik. Datanglah ke Melaka buat rombongan "MELAWAT MELAKA BERERTI MELAWAT MALAYSIA".

Salam Persahabatan dari WM.

No comments: