Assalamu'alaikum wbt.
Syukur dan tahniah Datok Lah dan warga pendidik KISAS yang telah berjaya menjayakan majlis anugerah Hari Kecemerlangan KIK 2008.WM tumpang bergembira apabila ada teman-teman Gen77 yang telah turun padang untuk melihat dan membantu anak-anak yang sedang menuntut di KISAS. Bagi teman-teman yang belum mampu menyumbang , marilah kita menghimpunkan doa keikhlasan kepada AlLah swt semuga anak-anak kita di KISAS dan dimana-mana sekolah dan pengajian, agar mereka beroleh keselamatan, kejayaan dan keluhuran budi pekerti akhlak mulia. Sesunguhnya dorongan serta motivasi berteraskan ISLAM amat perlu dalam membina kekuatan generasi gemilang masakini. Kita mengharapkan anak-anak kita akan mampu mengembalikan kegemilangan intelektual, ilmuan zaman lampau meskipun mereka dahulu berhadapan dengan pelbagai mehnah dan tribulasi dalam mencari ilmu.
WM baru balik dari ceramah maulidur Rasul dan akan terus menjalankan tugas di malam minggu, Dunia ini sempit bukan kerana ramainya manusia, tetapi dunia ini sempit kerana perangai dan tingkah laku manusia yang sudah rosak. Mungkin teman-teman akan bertanya, nak cari menantu pun susah. Remaja semakin khayal dengan dengan hiburan dan budaya keseronokan. Mereka perlu bimbingan dan marilah kita semua menghulur tangan kasih sayang untuk membina ikatan ukhuwah dikalangan anak-anak kita.{ Anak kita anak orang, anak orang anak kita.}
Ungkapan "Membina Ummah Gemilang" sering dipaparkan, namun kita semua perlu membina kekuatan dan memperkukuhkan iltizam kepada penghayatan Islam yang sebenar. Cernakan ungkapan khairil ummah. "Kamu adalah sebaik-baik umat yang dilahirkan bagai (faedah) umat manusia( Kerana) kamu menyturuh berbuat segala perkara yang baik dan melarang daripada segala perkara yang salah (buruk dan keji) serta kamu pula beriman kepada AlLah Swt (dengan sebenar-benar iman)."
surah Ali-"Imran ayat 110.
Sukran, WM
No comments:
Post a Comment