Perbincangan sahabat-sahabat kita di Utara semalam telah membuat cadangan supaya Liqa' Nasional 2008 yang asalnya dicadangkan di Sg Petani, Kedah, dipindahkan ke Kolej Islam Sultan Alam Shah, Kelang, dengan sedikit pindaan pada tarikhnya. Alasan utama pertukaran tempat ini ialah untuk memudahkan urusan-urusan logistik suku sakat kita yang akan datang nanti.
Dengan terpilihnya Kisas sebagai tuan rumah, ertinya tempat penginapan untuk sahabat-sahabat yang datang dari luar KL dapat diuruskan oleh Ustaz Abdullah Hasan dengan mudah.
Tarikh asal pada Isnin 2/6/2008 sekarang diawalkan kepada Sabtu 31/5/2008.
Tujuan saya menulis ini ada dua:
1) Tarikh 31/5/2008 adalah tarikh yang belum dimuktamadkan lagi. Jika ada cadangan-cadangan lain, sila kemukakan cadangan alternatif anda kepada sahabat-sahabat semua. Kita akan gunakan konsensus untuk memilih tarikh yang paling sesuai bagi kebanyakan orang, termasuk dari Pantai Timur dan Utara.
2) Kita perlu menggiatkan lagi usaha menjejak hampir 50% lagi dari bekas-bekas pelajar Tingkatan Lima Kolej Islam Kelang 1977. Saya berharap sahabat-sahabt yang sudah bertaut di sini dapat mewarwarkan kepada sesiapa sahaja yang ditemui di kalangan bekas pelajat KIK, mudah-mudahan dengan tersebarnya "word of mouth" ini, hajat kita untuk mempertemukan seramai mungkin kawan-kawan seangkatan kita dulu akan terlaksana dengan jayanya.
Untuk melaksanakan tujuan ini, saya pohon kerjasama Sdr Fuat untuk berganding bahu dengan Fatimah Hasan dan Padzilah Said bagi menjejak semua bekas-bekas pelajar yang belum ditemui. Saya rasa kalau kita peruntukkan beberapa hari khas untuk setiap kelas, kita akan dapat mengumpulkan kesemua bekas-bekas pelajar ini dalam masa sebulan.
Cadangan ringkasnya adalah seperti di bawah:
Minggu 28/4- 4/5: Tingkatan 5 SC 2 dan 5 Sastera 1
Minggu 5/5 - 11/5: Tingkatan 5 Sastera 2 dan 5 Sastera 3
Minggu 12/5 - 18/5: Tingkatan 5 Sastera 4 dan 5 Sastera 5
Insya Allah, dengan sedikit plus and minus, kita akan dapat selesaikan tugas menjejak kawan-kawan lama ini di sepanjang bulan Mei nanti, supaya usaha menghubungi mereka dapat dilakukan secepat mungkin.
Senarai nama semua pelajar telah discan oleh Genghiz tidak lama dulu, dan boleh diperolehi dengan klik di sini.
Kita gunakan senarai nama tersebut dan mula menjejak mereka satu persatu sehingga semuanya dapat dijumpai.
Good luck.
-Asmawi Mohamad
27 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment