17 April 2008

LAMA & BARU




WM bersama Hamid Jusuh & Abd.karim Husin sempena persidangan semakan undang2 di IKIM.







WM ke udara setiap pagi jumaat jam 8.15 pagi hingga 9.00 pagi di Melaka FM.
WM sebagai Pengerusi Lembaga Pelawat Sek.Tunas Bakti Sg.Lereh, Melaka. (Sek.budak PER baik2 belaka)




**********************************
Salam sejahtera didoakan semuanya sehat dan sukses bersama keluarga dan kerjaya masing2. WM dah lama tak dapat muncul dalam blog maya ni. WM gembira apabila teman Gen77 semakin ramai dan terdapat teman baru yang telah dapat ditemui. Akhie Hamid Jusuh, Abd.Karim Husin, Kadir Muhammad dan terkini Teman WM Azizan Hasan. Semuga AlLah swt memberkati persahabatan kita semua. Sesungguhnya kehidupan ini menyeronokan namun ianya hanya sementara waktu. Justeru itu persahabatan yang erat perlu dipupuk dan dijalin agar tazkeerah, ingat mengingat, nasihat menasihati dapat diketengahkan dalam kehidupan ini. Tempoh 2 tahun di kampong Jawa Kelang pasti meninggalkan kenangan indah apatah lagi bila ada yang sampai 4 tahun. Dari tukang kebun, tukang masak, Pak Ali, Pak Cik Ramli yang jaga lintasan jalan sampailah ke Pengetua kita semua kenangkan. namun dalam kegembiraan teman2 , WM masih tertanya2 teman2 yang seangkatan dengan WM 1977 yang lain, di mana kau pergi menghilang diri, hidup atau mati, senang atau susah, kahwin atau tak kahwin, kurus ke, gemuk ke? . Kita hendak merasa sama, gembira, sedih, ceria, kenyang dan lapar biarlah sama2 merasakannya. Walau bagaimana pun WM bersyukur atas nikmat dapat bertemu dan bersua muka dengan teman2 Genkik77 hari ini dan juga guru2.


Sukran, WM insan kerdil

WM sempat menziarahi cikgu Shahrom di Batu Pahat kelmarin, turut serta Dr.Izah Ahmad, Umi tersayang n 2 puteri WM. Cikgu Shahrom keluarkan Majalah RESTU untuk kami lihat lebih dekat kenangan lama di KIK.

No comments: