Salam,
Gen77 KIK akan mengadakan dinner tidak rasmi malam ini jam 8pm di Restoran Anuar Kg Bharu bagi meraikan kawan kita Sdr Yunus Samed yang datang dari negeri Bawah Angin dan akan pulang besok (Ya la, kalau kita tak belanja dia masa dia datang ke KL, nanti lain kali kita pergi KK, dia buat tak layan, tak ke susah kita nak beli udang murah tu!)
Tetamu yang sudah mengesahkan kehadiran: Dato dan Datin, Bakry, Halimon (first timer), Zaki Abd Rahman, Yang Arif (kalau dapat visa), Anson, Mustafa, Asmawi (visa belum apply nih, tapi Insya Allah dapat. Kalau tak dapat kita cross ikut laut). Cikgu Sushama tidak dapat datang kerana pertembungan jadual dengan majlis harijadi.
Meeting point: Kg Baru Medical Centre, depan masjid Kg Baru.
Semua geng2 Gen77 amat dialu-alukan. Suami/Isteri dijemput dua-dua sekali.
Ongkos belakang kira! Kalau tak dapat bayar, kita sama-sama basuh pinggan.
p.s:
Che Tipah: kau jangan la jeles. Kami tak jeles pun kau dapat dok sebilik dengan Datin Nik malam tadi. Dato Dollah aku tak tahu la. Nanti malam ni lepas makan kami call kau, kami akan "sendawa" (Burp) kuat-kuat supaya kau boleh dengar betapa kenyangnya kami nanti.
Yunus: Kamilah dah suruh aku passkan bil kat kau malam ni. Bersiapsiagalah anda ya!
Halimon: This will be your maiden appearance. Silap-silap kau kena denda nanti!
-Asmawi
15 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment