26 October 2008

Ucapan terima kasih

Salam,

Saya sekeluarga ingin merakamkan ucapan terima kasih yang tidak terhingga di atas kesudian sahabat2 dan suku sakat Gen77 datang ke teratak buruk kami bagi meraikan majlis sambutan hari raya eidul fitri kami.

Ucapan setingginya ditujukan kepada Al Fadhil Al Adib Ustaz Ahmad Ismail yang sudi hadir meskipun agak lewat setelah pulang dari menghadiri satu majlis lain di Banting sebelumnya. Ustaz tiba lebih kurang jam 8.30 malam dengan disambut oleh ramai bekas2 murid Gen77 yang sanggup menunggu kedatangan beliau meskipun mereka datang agak awal.

Rodziah dan suami menjadi orang paling awal tiba, kemudian diikuti oleh Puaad, dan tidak lama kemudian Yang Arif tiba tanpa ditemani oleh pemegang Visa Besar DiRaja. Terkejut besar saya kerana tiba-tiba YA tercegat di depan pagar rumah saya tanpa menelefon tentang ketibaan beliau terlebih dahulu, tidak seperti ramai sahabat2 lain yang terpaksa menelefon dulu untuk mendapatkan arahtuju, maklumlah ini kedatangan kali pertama.

Berikut ialah beberapa gambar yang sempat kami rakamkan. Rodziah ada mengambil beberapa gambar sebelum itu menggunakan kamera beliau. Insya Allah sebaik sahaja beliau hantar gambar tersebut kepada saya, saya akan masukkan di dalam blog ini.

tidak pasti apa yang dibincangkan, tapi yang pasti nampak serious. Hamid Jusuh, Syed Abu Hussin, Shaarani dan Naim
Suasana sayu macam masa di KIK. Syed ambil giliran iqamat sebelum solat maghrib berjemaah

Tok Bad, Naim, YA, Weldan, Asmawi, Mokhtar (tersorok), Mus dan Zaatil Syifa Asmawi
YA yang datang tanpa pemegang Visa Besar DiRaja, Weldan, Wan Ahmad (PTPTN-senior setahun), Hamid Jusuh, Mokhtar Deraman, Mus. Sesuatu yang amat menggelikan hati tentunya. Nak tahu kena tanya YA.
YA, Naim yang sihat dan ceria, Tok bad, Wan Ahmad dan Mus
YA, Naim, Tok Bad, Mus dan Zaki
Zainal (JAWI-senior setahun) dengan Ustaz Hamid (membelakangi kamera), Mus, Wan Ahmad dan Tok Bad
Ustaz Ahmad Ismail yang sihat dan ceria. Hamid sedang menceritakan sesuatu kepada Kak Mah isteri Ustaz Ahmad, dan Tok Bad sedang tersenyum. Naim tidak pasti tengah bersilat dengan siapa
Santai menunggu ketibaan Ustaz.
Zaki dan Hj Abdul Rahim (abang ipar Asmawi)
Mokhtar, YA, Naim, Tok Bad dan Wan Ahmad
UsUstaz Hamid sedang memperkatakan sesuatu kepada Kak Norani Mohamed, Weldan bersembang dengan Naim, Tok Bad sedang menjamu selera second round (or third?). Mus sedang bercakap dengan seseorang didengari oleh Mokhtar
Entah apa yang ditunjukkan oleh Mokhtar
Kak Mah (isteri ustaz Ahmad), Kak Norani dan Siti Junaidah (KIK 82)
Berdiri: Zaki, Wan Ahmad, Welda, Mokhtar, YA, Naim, Tok Bad, Mus
Duduk: Liza, Kak Norani, Junaidah, Kak Mah, Ustaz Ahmad, Hamid, Zainal Abidin dan Asmawi




25 October 2008

EKSPEDISI KINABALU


Salam semua!

Persiapan setakat ini dari segi latihan fizikal, kelengkapan, penginapan di Laban Rata dsbnya sudah beres. Malam nanti kami akan berangkat ke KK. Awal pagi esok akan ke kaki gunung Kinabalu. Selepas selesai urusan permit, insuran dan penunjuk arah, barulah dapat memanjat. Saya akan bermalam di Laban Rata. Tempahan tempat telah dibuat tiga bulan yg lepas. Memang sukar utk mendapat tempat bermalam di sana kerana pelancong luar terlalu ramai. Biasanya mereka datang secara berkumpulan dan tempahan dibuat lebih awal. In Sya Allah, selepas ekspedisi ini, kita akan uruskan pula utk ekspedisi tahun 2009! Harapan saya ramai gen77 yg mahu ikut serta! In Sya Allah. Doa kalian, kekuatan saya!

Wassalamualaikom wr wb!

SALAM EIDULFITRI & SELAMAT MENJAMU SELERA!

ASSALAMUALAIKOM!
KEPADA MOD MAWI, MA'AFKAN SAYA SEKELUARGA KERANA TIDAK DAPAT BERSAMA KE MAJLIS RUMAH TERBUKA 26 OKT. BEGITU JUGA KEPADA SDR YUSOF WAN NAWANG!
MA'AF LUAR DAN DALAM!
KULLU A'AMIN WA ANTUM BI KHAIR!
JGN LUPA TEMA KOSTUM!

copy n paste dari blog kekanda Mod Mawi (Abd Hadi) - mohon izin!

Sunday, October 19, 2008
DALAM KENANGAN: Pemergian Ustaz Husein b Unang Ke Rahmatullah.

Pagi ini Ahad 20 Syawal 1429H bersamaan 20 Okt 2008, jam 6.54 a.m tadi saya menerima SMS dari adik di Sg. Buloh, Asmawi Muhamad begini bunyinya:

"....Assalamualaikum.Untuk makluman Ustaz Husein b. Unang telah kembali ke rahmatullah. Solat jenazah 11.30 pagi di surau seksyen 6 Shah Alam (20.10.2008). Alfatihah."



Saya terus menyebut 'Innalillahi wa inna ilaihi raji'uun' dan membaca surah Al-Fatihah dengan niat pahala bacaan buat al-marhum Ustaz Husein yang kami mulia dan hormati itu, juga dengan doa semoga ruh beliau ditempatkan bersama para solihiin. Segera pula saya forwardkan berita SMS itu kepada beberapa orang sahabat seangkatan / sekolej dahulu memeritahu berita kewafatan itu, antaranya ialah sdr Hj Ariffin Mohd Amin KS Japim JPN Selangor, sdr Sujaidi Dasuki Penulis/wartawan , sdr Ismail Yusoff SPR Pahang, sdr Hj Nik Mohd Azmi N Abd Rahman KL, sdr Hj Razali Mamat Ibu Pejabat MARA KL, sdr Hj Johan Abd Rahman seorang Guru Besar, sdr Hj Che Ku Razak Ku Mohamed mantan Pengetua SMKA Sheikh Abd Malik, sdr Hj Tuan Mamat Tuan Ngah dan Ustaz Ibrahim Tahir Kuala Terengganu.



Juga saya SMSkan berita ini kepada Pn Hjh Halimaton Mohd Abu dan sdr Us Hj Shamsuddin Mohd Noor ( Tok Wan) guru di Kedah sdr Us Hj Abd Aziz Abd Rahman Politeknik Kok Lanas Kelantan, sdr Us Hj Ibrahim Daud mantan Pengetua SMK Kubang Kerian 2 dan beberapa orang lagi rakan yang saya miliki no Hp mereka. Harapan saya semoga rakan-rakan tadi pula akan menyebarkan berita syahdu ini kepada rakan-rakan yang lain.



Mengenali almarhum bermula di Kota Bharu lebih kurang Januari 1970. Beliau mengendali temuduga untuk memasuki Kolej Islam Kelang bersama Cikgu Mokhtar.
Kami diterima masuk kolej yang terkenal itu mengisi tingkatan 4. Almarhum adalah tenaga pengajar bagi mata pelajaran Bahasa Arab yang hebat dengan suaranya yang jelas dan pengajaran yang mudah difahami. Selaku warden asrama KIK beliau sering mengimami solat jemaah di musalla. Bila membaca ayat-ayat di dalam solat, saya masih ingat akan suaranya yang jelas dengan lagunya yang merdu. Sewaktu melawat atau memeriksa bilik-bilik asrama atau dorm-dorm, selalunya almarhum amat bertegas tentang kekemasan, kebersihan dan menekankan disiplin asrama.



Beliau suka menegur kesilapan kami selaku pelajar/penghuni asrama serta membimbing kami dengan begitu bersungguh-sungguh kadang-kadang kami berasa kecut perut dan kadang-kadang melucukan. Kami masih ingat itu semua apatah lagi bagi kami yang pernah menghuni Asrama Koboi tepi pagar kolej yang misteri tu. Bila siap asrama baru, kami dipindahkan dan masih berimamkan almarhum dalam solat jemaah di musalla. Almarhum tidak mengajar kami di tingkatan 6, namun beliau sering memberi tazkirah atau kuliah subuh di musalla.



Selama empat tahun kami belajar di KIK sekolah asrama penuh itu hingga berjaya dalam peperiksaan STP dan masuk universiti. Sebahagian dari kami ada yang berjaya baik dalam peperiksaan SPM telah lebih dahulu meninggalkan kolej menyambung pelajaran di institusi lain, namun hubungan kami tidaklah putus. Dengan STP banyak di kalangan kami yang memasuki Fakulti Pengajian Islam UKM.



Dalam tahun 1976 sewaktu di Tahun 2 UKM, kami bersama almarhum semula, tetapi beliau waktu itu selaku seorang mahasiswa pula; beliau menyambung pengajian di Jabatan Bahasa Arab dan Tamaddun Islam melalui Sijil Tertinggi Kolej Islam Malaya yang melayakkan beliau terus menduduki Tahun 2 di FPIUKM. Kami sama-sama berkuliahan di Bangi. Setelah berpisah di UKM 1979, kabarnya beliau meneruskan pengajian pada peringkat Sarjana dalam bidang Bahasa Arab. Saya kemudiannya berkhidmat di Kuantan dan kemudiannya kembali bertugas di Kelantan 1986 hingga sekarang.



Sejak meninggalkan KIK, saya acapkali ke kolej tersebut kerana adik-adik saya juga berada menuntut di sana. Norani Muhamad kini guru di sebuah sekolah menengah di Putrajaya, Asmawi Muhamad bertugas di sebuah syarikat di KL, Mohamad Dani pensyarah di UITM Shah Alam, Ahmad Kailani Muhamad juga bertugas dengan syarikat di KL, Siti Junaidah Muhamad pensyarah UIAM; mereka adalah lepasan KIK sudah tentu pernah belajar dengan almarhum Ustaz Husein b Unang.



Sudah tentulah sejak meninggalkan KIK dahulu hingga kini sudah ramai kalangan guru KIK (kini KISAS) yang telah meninggal dunia. Beberapa orang yang sempat tiba berita kematian mereka ke pengetahuan saya ialah Pengetua yang kami kasihi Us Hj Nik Mahyuddin Musa, Us Shafei Mohd Zain, Us Megat Abdullah b Megat Yaman (pernah bertugas dengan Yayasan Islam Kelantan, pengetua Maahad Muhammadi Lilbanat) , Cikgu Osman dan Cikgu Mohd Isa warden asrama (dua-dua guru sujek Kimia, orang Melaka). Mungkin ada ramai lagi yang telah mendahului kita mengadap Yang Maha Pencipta. Semoga Allah cucuri rahmat ke atas arwah mereka.



Hari demi hari berlalu kita semakin beransur tua, makin ramai kalangan guru malah rakan-rakan kita juga yang telah mendahului dan meninggalkan kita ke alam barzakh. Yang tinggal bersama kita ialah nostalgia, kenangan bersama mereka dan ilmu mereka kepada kita. Mungkinkah ada kalangan kita yang telah berdosa terhadap mereka; ada salah laku atau silap pertuturan selama mengenali dan bergaul dengan yang telah pergi itu? Atau pernah menyinggung perasaan guru-guru kita itu? Maka ada sangat baiknya kita baca Al-fatihah menghadiah pahala kepada mereka yang banyak berjasa itu, mohon keampunan Allah kepada mereka, doakan Allah merahmati mereka serta menempatkan mereka bersama golongan orang-orang yang muttaqiin.


Allahummaghfirlahum warhamhum. Amin.
Posted by Abdul Hadi at 6:44 PM

24 October 2008

ZIARAH KUBUR



Didoakan semua teman2 beroleh kesehatan. WM baru sampai di rumah setelah 3 hari di Kuala Lumpur, sejak hari Rabu hinggalah Jumaat. Petang Rabu WM sempat singgah di pejabat syeikh Muhabbat yang sedang sibuk dengan urusan walimatul urus anaknya. Lepas dapat secawan teh O WM terus ke seksyen 6 Shah Alam mencari rumah Allahyarham Us.Hj.Hussien Unang, sunyi sepi nampaknya dan WM terus mencari tanah perkuburan seksyen 21 setelah call Datok Dolah dan YA. AlhamdulilLah, akhirnya WM sampai juga ke tanah perkuburan Islam Seksyen 21 Shah Alam.
Hampir maghrib WM ke surau seksyen 6 dan YA siap menunggu dan cadangnya nak ziarah MNY, tetapi tidak kesampaian dan akhirnya WM dan YA solat maghrib di surau seksyen 6. Sukran kepada YA yang belanja makan roti nan dan tandori.
Pada pagi selasa 21 Okt 2008, WM pun sebenarnya menziarahi kubur2 lama di Kg.Batang Melaka disebabkan kubur2 tersebut terlibat dengan projek landasan KTM. Hampir 70 buah kubur terlibat termasuk kubur2 lama.


Sebenarnya kehidupan didunia adalah sementara, justeru itu ingatan kepada kematian dan ziarah kubur memotivasikan kita semua untuk terus berjuang dan mengeratkan lagi hubungan silaturrahim dikalangan kita semua khususnya Gen77kik.
Ada cadangan juga WM nak call teman2 di KL dan di Bangi tetapi masa tidak mengizinkan. WM ada bengkel di Seri Cempaka ,Menara PGRM.Insya-AlLah WM ada di Shah Alam pada 29 hingga 31 Okt 2008.


OK lah, WM berhenti setakat ini, selamat maju jaya dan kepada teman2 yang masih ada undangan untuk jamuan Hari Raya diucapkan

Wassalam. WakMan.

pertemuan dalam perpisahan













MAJLIS PERKAHWINAN PUTERA TOK BAD

MAJLIS PERKAHWINAN

ATAS LIMPAH RAHMAT ALLAH TA’ALA,
Hj Muhabad Bin Ab Latiff dan Hjh Zainab Binti Ngah

Dengan rasa penuh kesyukuran kehadrat Allah SWT dengan sukacitanya kami sekeluarga mempersilakan

SEMUA SAHABAT GEN77KIK DAN KELUARGA

Ke majlis perkahwinan putera kami

Na’im Bin Muhabad
Dengan pilihan hatinya
Norhaslin Binti Md Noor

HARI : SABTU
TARIKH: 08 NOVEMBER 2008
bersamaan
10 ZULKAEDAH 1429H

ALAMAT:
LOT 439, BUKIT NANGKA,
78000 ALOR GAJAH,
MELAKA
****
SEMUA SAHABAT GEN77KIK ADALAH JUGA AMAT DIJEMPUT KE
Majlis KHAS GEN77KIK PADA 7 NOV 2008, MULAI JAM 07.00 MLM, DI LOKASI YG SAMA.
SATU TAZKIRAH AKAN DISAMPAIKAN OLEH US ABD HAMID JUSOH (UIA)

SEBARANG PERTANYAAN DAN PENGINAPAN SILA DAIL NO TEL:

MUHABAD AB LATIFF :
012-6350046

PELAN LOKASI




20 October 2008

LA ILAHA ILLALLAH!

'INNA LILLAHI WA INNA ILAIHI ROJI'UUN'
Jenazah Almarhum Us Hussin Unang disolat di surau seksyen 6, tepat jam 11 tgh diimamkan oleh anak lelakinya. Ramai kawan2 dan anak2 didik almarhum sempat solat bersama. Ramai juga yg tidak sempat kerana terlewat sampai. Gen77 meraqamkan berbanyak takziah kepada keluarga almarhum. Didoakan semoga segala amalan almarhum dihisab sebagai amalan2 kebaikan dan almarhum dimasukkan ke dalam golongan assolihiin! Kepada keluarga almarhum kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan walaupun almarhum telah kembali ke rahmatuLLah!
Keluarga almarhum menjemput kita utk bertahlil (yg ada kesempatan utk datang) selama tiga malam, bermula dari hari ini (Isnin) selepas solat Isyak bertempat di kediaman mereka di 32 jln merbah, seksyen 6, Shah Alam.
Sekian, Wassalamualaikom!




Allahyarham Ustaz Husin Unang

Innalillahi Wainnailaihi Raajiuun

Kita semua datang dari Allah, kepadaNya kita akan dikembalikan.
Cuma detik ketikanya belum tahu, tapi ianya pasti

Dalam kemeriahan kita bertamu ke sana sini,
Allah ingatkan kita dengan berita sebegini.

Semoga Allah merahmati dan menempatkan roh ayahanda bersama hambaNya para syuhada dan solihin
Semoga kita semua yang juga akan mengikuti jejaknya berada dalam kerahmatan dan keberkatan, serta hubungan persaudaraan yang berkekalan, Amin

CP di Arau.

ALFATIHAH

Assalamualaikom wr wb!
Sahabat2ku gen77KIK,
Dengan penuh sayu dimaklumkan bahawa ayahanda Tuan Guru Al Fadhil Al Ustaz Hj Hussin Bin Unang telah kembali ke RahmatuLLah pada jam 5 pagi ini, 20 Syawal 1429.
Semoga Allah Taala menempatkan beliau bersama hamba2Nya yang Muttaqin Solihiin! Aaamien.
Solat jenazah akan diadakan pada jam 11 pagi ini di surau Seksyen 6, Shah Alam.
Wassalamualaikom

ALMARHUM US HUSSIN UNANG - ALFATIHAH

19 October 2008

Jemputan Majlis Hari Raya


Saya sekeluarga menjemput semua sahabat handai Gen77 dan yang sewaktu dengannya untuk menghadiri dan memeriahkan majlis sambutan Hari raya Eidul Fitri 2008 seperti berikut:
 
  • Tarikh: Ahad 26/10/2008
  • Masa: Dari jam 4.00 petang hingga 12.00 malam (Gen77 disyorkan datang di waktu malam)
  • Tempat: Lot 1644-2 Jalan Gajah 10, Kg Kubu Gajah, 47000 Sungai Buluh, Selangor.
Kehadiran semua sahabat handai sekelian amat dihargai dan didahului dengan ucapan ribuan terima kasih.
 
p.s.:
bersama-sama ini disertakan peta-peta dari Google Maps untuk memudahkan perjalanan nanti.
1) Map besar: perspektif untuk seluruh kawasan Lembah Kelang
2) Map kecil: panduan untuk setelah anda memasuki kawasan Sg Buluh
3) Map paling kecil: panduan setelah memasuki kawasan Paya Jaras, Kubu Gajah




-Asmawi Mohamad

jangan begini genku!

BERSAMA HANG ZALI DATARAN TUPAI

Sahabat kita ni memang berbakat besar, punya peluang cerah utk jadi pemimpin! Semalam dia jemput kita, tapi dia sangat jaga peghot! Kami yg pulon makan, macam2 ada. Dia kata tuan rumah tak payah makan. Tapi aku tak yakin, mungkin sebelum majlis dia dah sebat! Aku sebat PATIN masak tempoyak sepinggan. Yg pelik tu, patin tu dimakan bersama soto! Hantam sajaaa.
Terima kasuh Zali! Mem hang bukan main sibuk melayan tetamu. Hang pulak sikit2 YB tuh! Ada peluang masa depan!


gambag d rumah YA

Semoga ikatan ukhuwwah semakin kukuh dan berpanjangan!

Mohon maaf kepada Tn Syed dan Muna kerana gambar diambil selepas pasangan sejoli itu telah beredar awal ke destinasi yg lain. Terlupa nak ambil awal kerana asyik berbual.


Mem YA, Pn Ramlah sangat ceria orangnya. Jutaan terima kasih kerana sudi menjemput Gen77 dengan juadah yg sangat sedap. Nak balik pun jadi segan. Tapi apakan daya, masing2 ada tugasan. Selepas pulang, kami ke rumah MNY. Kelihatan bertambah kuat semangat beliau. Di doakan semoga MNY cepat sembuh! In Sya Allah.



Wassalamualaikom!

- Genghiz

15 October 2008

Gambar Ziarah Ust Husin Unang



ALFADHIL USTAZ TN GURU HJ HUSSIN UNANG

Assalamualaikom sahabat2 anak didik bumi waqafan 77.
AlhamdulilLah, semalam gen77 telah berkunjung ke rumah Tn Guru Al Fadhil Al Ustaz Al Karim Hj Hussin Unang.
Bersama kita berdoa agar Al Ustaz cepat sembuh.
Al Ustaz hanya mampu melihat. Namun tetap bersemangat utk bercakap! Beruntung Al Ustaz kerana mempunyai isteri dan keluarga yang sangat mengambil berat dengan keadaan beliau.
Terima kasih YA, Ya DAud, Mawi, Mus kerana meruangkan masa utk melawat ustaz kita yg sangat banyak mencurahkan ilmu dan mendidik generasi bumi waqafan tanpa jemu2!
Semoga Allah Taala memberi kesihatan yang terbaik dan Al Ustaz segera sembuh seperti biasa! Aaaamieeen, Ya Rabbal Aalamin!
Sekali lagi, ziarahlah Ustaz kita!!!!!
Wassalamualaikom

12 October 2008

LIQA' EIDULFITRI 1429 GEN77KIK

TAHUN DEPAN....@#%!&*@*#$%!
PENGGONCANG DUNIA
ANAK2 BUMI WAQAFAN 77
KAKI RADIX
SENYUM MAK!
TETAP CERIA WALAU PENAT
ANAK CUCU BUMI WAQAFAN
SANGGUP TINGGALKAN TEROWONG!
KETURUNAN MUALLAF
IH, BILA LAGI NII?

SYOK BAWA VISA BERSAMA!