and probably the saddest too.
Semalam Farah menulis tentang tajuk di atas.
Hari ini isteri saya menceritakan celoteh seorang anak 6 tahun di tadika Islam Taman Tun tempat anak bongsu saya belajar, sebagaimana diceritakan oleh ustazah tadika itu kepada beliau semalam:
'Ustazah. Semalam ayah saya cium saya. Tangan dia kena gari'.
Ustazah yang mendengar celoteh kanak2 tersebut terpinga-pinga. Bila waktu kanak2 tersebut pulang diambil oleh datuknya, si ustazah pun menceritakan apa yang berlaku kepada si datuknya.
Si datuk pun menjelaskan bahawa kedua ibu dan bapa kanak2 tersebut ditangkap polis kerana kes pengedaran dadah. Setelah dua minggu di dalam lokap, si ibu dibebaskan. Si bapa masih meringkok di dalam penjara menunggu perbicaraan.
Hati saya remuk redam mendengar cerita sedemikian. Bagaimanakah anak2 itu akan membesar dengan si bapa meringkok di dalam penjara. Bagaimanakah kanak2 itu akan terus menempuh hidup sehariannya dengan kesan psikologi dan penderitaan jiwa yang tidak dapat kita ungkapkan.
Hargailah kehidupan kita. Dan nilai diri kita.
-Asmawi Mohamad
15 May 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment