15 May 2008

Guru Cemerlang Negara Terbilang


Salam kepada semua sahabat-sahabat G77 di seluruh Tanah Melayu , Kepulauan Borneo dan Singapore.

Didoakan agar semuanya sentiasa dlm situasi yang memberangsangkan. Alhamdulillah nampaknya sahabat-sahabat semua sihat-sihat belaka. Kalau tak sihat tak kan dapat main bowling, main golf dan berkonvoi kedetinasi-destinasi tertentu dengan tujuan yang murni dan luhur. Saya di sini hanya menumpang kegembiraan yang tuan/puan kecapi secara maya.

Agak lama juga tak masuk ke sini. Nampaknya semakin meriah dan riuh blog kita ini dengan kehadiran ramai anggota baru. Syabas dan tahniah kepada rakan-rakan yang dapat menjejaki ramai ahli baru. Pada kesempatan ini juga saya ingin mengucapkan " Selamat Hari Guru " kepada sahabat-sahabat yang terdiri dari kalangan guru yang berkhidmat di mana sahaja di Malaysia ini. Tak kiralah di mana anda bertugas samada di sekolah rendah, sekolah menengah, Matrikulasi, sekolah asrama penuh, universiti atau sebagai guru biasa, pentadbir dan seumpamanya. Tidak lupa juga kepada semua guru yang telah mengajar saya terutamanya semasa di KIK dahulu.

Minggu lepas, bila buka laman dan emel rakan-rakan, meleleh juga air liur dengan menu nasi bereyani gam dan mee kari johor. Dah lah kempunan tak dapat main bowling, lebih parah lagi kempunan Nasi Beriyani Gam . Insyaallah satu hari mungkin dapat merasa juga.

Saya di sini sekarang ni tak berapa selera makan nasi. Biasanya makan nasi beras siam. Dulu harganya agak murah. Harga sekampit 10kg hanya 16 atau 17 ringgit saja. Yang 25kg dulu 45 @ 46 sahaja. Sekarang ni yg 10kg dah jadi 29 @ 30 dan yg 25kg dah jadi 82-85. Itulah sebabnya tak berapa selera. Harga dah lah mahal, nak dapat pula susah. Tapi dalam tak berapa selera tu boleh lah juga habis 2 pinggan.

OK. Itu sahaja coretan ringkas dari saya.
Mohd Sanusi.

No comments: