Terima kasih semua
Salam.
Alhamdulillah kenduri dan perjumpaan di rumah Sdr Muhabbad di Alor Gajah Melaka semalam berjalan dengan lancar.
Saya anggarkan hampir 100 orang hadir, termasuk ahli keluarga Gen77 dan jiran-jiran terdekat Muhabbad.
Majlis kali ini agak berlainan dari biasa kerana beberapa faktor, antaranya:
1. Suasana agak 'relax' dan santai kerana tidak ada acara taaruf formal. Yang ada hanya saluran muzik dan lagu2 dendangan Hang Mokhtar, abang Sdr Muhabbad. Suasana santai bersila ini memberi peluang sahabat2 berinteraksi secara dekat dalam kelompok2 kecil dan bertukar cerita secara lebih informal.
2. Ada ceramah oleh Dato Hasan Din Al Hafidz. Sesi yang sepatutnya bercorak tazkirah ringkas 20 minit menjadi sejam setengah. Walaupun agak lama, saya rasa semua sahabat seronok mendengar ceramah beliau, apatah lagi bila membincangkan mengenai faktor2 penyebab masalah dalam pergaulan suami isteri dan rumahtangga. Setelah hampir mencecah 50 seperti kita sekarang, mendengar ceramah seperti itu amat menyegarkan minda, apatah lagi disampaikan dengan setting ceria dan jovial seperti malam tadi.
3. Ada beberapa orang muncul kali pertama, antaranya Kadir Muhamad 5 sastera 4 dan Mokhtar Deraman.
Saya ingin merakamkan ucapan ribuan terima kasih yang semua yang terlibat menjayakan pertemuan semalam wakhususan ila Muhabbad wazaujatihi wa abna-ihi. Juga kepada Bakry dan adik Emma. Fatimah dan Jaliya. Habsah Md Jadi. Nampaknya orang Melaka memang jaguh dalam melayan tetamu .
asmawi
13 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment