Assalamualaikum wbt.
Selain dari anak-anak antara mereka yang membahagiakan hidup saya ialah pelajar-pelajar.Saya menganggap mereka seperti anak-anak dan adik-adik saya sendiri.Di samping menyampaikan sedikit pengetahuan saya suka memberikan motivasi kepada mereka.Saya bahagia sekiranya mereka berjaya. Di UiTM saya rasa beruntung kerana dapat mengajar pelajar-pelajar daripada berbagai fakulti dengan berbagai latarbelakang . Setiap pelajar mempunyai keistimewaan; kelebihan serta kelemahan masing-masing . Walaupun secara umumnya pelajar UiTM adalah sederhana, namun terdapat ramai juga pelajar-pelajar yang pintar dan pelajar-pelajar yang berusaha gigih untuk mencapai kejayaan.
Contohnya saya tidak pernah lupa kepada seorang pelajar saya bernama Ismail. Saya mengajarnya hampir 20 tahun yang lalu dan ketika itu dia mengambil Diploma in Microbiology. Ismail seorang pelajar pintar dan dia selalu membantu saya di dalam kelas . Di hari terakhir kelas baru saya dapat tahu bahawa Ismail sebenarnya lulusan Undang-undang daripada UIA dan dia menceritakan bahawa dia mengambil bidang Microbiology kerana masih berminat untuk meneruskan pengajian dalam bidang Sains. Suatu hari saya terjumpa Ismail, dia memberitahu ketika itu sedang melanjutkan pengajian di Cyberjaya Medical University. Kali terakhir saya bertemu Ismail di kedai buku beberapa tahun yang lalu dan dia kini telah menjadi pensyarah di fakulti perubatan.
Seorang lagi pelajar yang sempat saya ikuti perkembangan dirinya ialah Saif . Dia pelajar sederhana tapi gigih dan cintakan ilmu. Dia mula masuk universiti mengikuti program peringkat diploma kemudian berterusan belajar sehingga peringkat PhD. Sekarang masih menyiapkan research PhDnya. Ketika datang menemui saya di rumah, suami saya sempat menyindir saya; ”Ini baru betul, 25 tahun dapat PhD.” Saya sedikit pun tidak rasa tergugat . Malah saya tumpang gembira dan bahagia dengan kejayaan mereka .
Pelajar-pelajar yang berjaya cemerlang selalunya pelajar yang gigih. Tidak semestinya mereka dilahirkan genius.Pelajar-pelajar ini juga tahu tujuan dan matlamat mereka belajar. Selalunya mereka tidak suka membuang masa seperti pelajar-pelajar lain. Mereka juga cintakan ilmu dan sentiasa terdorong untuk melakukan perkara-perkara yang berfaedah. Hubungan mereka dengan Allah SWT , ibubapa, guru-guru dan kawan-kawan tiada masalah.Mereka juga dapat mengawal akal, hati dan nafsu dengan baik. Saif yang saya anggap seperti anak sendiri pernah saya tanya. ”Sudah ada Siti Munawwirrah”? Dia menjawab: ”Bila dah habis belajar baru saya nak fikirkan itu semua.”
Semoga mereka ini akan menjadi generasi cemerlang yang akan melakar kembali sejarah gemilang.Siapa tidak suka menjadi orang yang berjaya?! Semua orang impikan kejayaan. Sesungguhnya kejayaan itu dekat dalam minda namun jauh dalam langkah.
Wassalam
FarahDina

No comments:
Post a Comment