Assalamualaikum sahabat-sahabat sekalian.
Cikgu Shahrom Hashim, isteri(Pn. Masnon) dan seorang anaknya(Sofia) berada di Sarawak dari 19 Mac-23 Mac kerana mengahadiri majlis perkahwinan anak sahabat beliau yg tinggal di Kg Sadong Jaya,Asajaya,Sarawak. Pada hari sabtu 22 Mac Cikgu dan keluarga sudi berkunjung ke rumah saya di Kuching.Mereka sampai kira-kira pukul 3 petang..saya buat temujanji berjumpa di Airport kerana rumah saya dekat sangat dengan Airport. Syukur Alhamdulillah.... sangat mudah mengenali Cikgu. Pada sebelah malamnya saya sempat bawa mereka bersiar-siar dan makan2 di Waterfront.
Esoknya kami sempat pula jalan2 sekitar Kuching....ke Muzium, Pasar Satok membeli ikan masin dan ke kedai menjual tikar Sarawak. Sebenarnya kami agak tergesa2 kerana flight Cikgu balik ke JB pukul 4.20 ptg.tu juga.
Terima kasih Cikgu. Saya mohon halalkan segala ilmu yang telah Cikgu curahkan. Saya juga sangat terharu dan berbesar hati di atas kesudian Cikgu sekeluarga berkunjung ke rumah saya. Saya doakan semuga Cikgu sekeluarga sentiasa sihat dan dirahmati Allah selalu.
Sekian, terima kasih
Bersama ini saya sertakan gambar buat tatapan semua.
-Jalilah Mahmood
10 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment