Memang jealous!!!
Dengan kehadiran orang kuat kita Dato dan Datin dari Kelang, dan Fuat di Kedah, dalam sekelip mata (not really la, dalam dua hari kot), satu perjumpaan antara kawan-kawan kita di Kedah telah dapat diadakan malam tadi. Saya kena tabik hormat kepada Zubir dan Amar, yang memandu berjam-jam (altogether, pergi, hadir di perjumpaan, dan kemudian balik ke Baling, mengambil masa hampir 12 jam, meredah hutan belantara malam-malam buta). Saya rasa Husin pun lebih kurang macam tu jugaklah. Changloon tu bukannya dekat. Itulah dia komitmen terhadap persahabatan namanya. Dan semua itu kita lakukan fillah, kerana ikatan yang telah kita bina sejak di KIK.
Bila melihat gambar yang Genghiz Khan letakkan di blog kita ini, saya tidak cam hampir kesemua mereka, kecuali Nasir Lok dan Roshidi sahaja. Zubir, Amar, Nek, Zaki dan Husin semuanya saya tak cam. Saya sempat bercakap dengan Amar malam tadi. Suara dia tak banyak berubah dari dulu.
Malam tadi juga Muhabbad dan pengapit-pengapit beliau telah berjaya bertemu dengan Bapak Soenaria yang kita hormati di Bandung. Muhabbad bersusah payah menelefon saya dari Bandung untuk membolehkan saya bercakap dengan Bapak di depan beliau sendiri. Siap la bil telefon kau bulan ni Bad. Bulan lepas pun dah kow kow! Saya merasa amat terharu, dan sekaligus gembira dan teruja, akhirnya kita dapat bertaut kembali dengan Bapak di Bandung sana. Agak-agaknya, dalam banyak-banyak generasi KIK, Gen77 ni lah satu-satunya generasi yang agresif mempertemukan bukan sahaja sesama pelajar, bahkan pelajar dengan guru, dan guru dengan guru! Kita tunggu apa laporan Muhabbad nanti bila dia pulang ke Malaysia nanti. Kau jangan buat tak nak pulang pulak ke Malaya ni Bad, walaupun cewek-cewek Bandung semuanya mulus-mulus dan anggun-anggun.
-Asmawi Mohamad (menunggu banyak lagi gambar2 dari Dato Dollah dan Husin, dan dari Muhabbad dan pengiring-pengiring beliau!)
07 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment