07 February 2008

JUMPA DI ALOR SETAR

Assalamualaikum semua ,
Banyak hari tak dapat masuk blog ni. Mlam ni tengok gambar kami reunion di Alor Setar. Mesti jelous Asmawi tengok benda ni tambah pula Datok Dolah dan Nik pun hadir sama. Semuanya berlaku dengan pantas sehari sebelumnya Fuad tel bagitau ada perjumpaan lepas tu Husin pula tel. Rasa macam tak sabar nak jumpa. Bertolak dari Baling awal lagi (pukul 4 ptg) terus cari rumah Ammar (tauke kicap cap Al Hikmah beli jangan tak beli kawan kita punya) di Sungai Lalang . Punyalah tak kenal kawan. Ammar pakai kain pelekat turun tanya "mana kilang kicap" dia senyum sahaja nak pekena kawan. Bila dia senyum baru nampak wajah sebenar Ammar. Berpeluk sakan. Maklumlah dah tua boleh tak cam kawan. Terus drive ke rumah Fuad di Bt.17 maghrib disitu. Lega Fuad kata hang tinggai keta di sini naik keta aku. Letih. Bertolak ke Simpang Kuala. Sampai di sana tengok ada orang dok menunjuk ke arah kami. Saya tak cam rupa-rupanya Nik. Tak nampak Dolah. Lepas tu mula berkumpul seorang demi seorang. Ptg tu call ustaz Hamid Tahir nak ajak dia datang. Dia kata sayangnya. Malam ni ada forum Perdana di Canglun. Call ustaaz Abd.Rahman Bakar, tiada jawapan. Perjumpaan kami malam tu diserikan dengan tembakan dan percikan bunga api sempena tahun baru Cina. Memang meriah. Lepas itu Ariffin Melaka yang keja di MRSM Pendang datang dengan famili dia. Sama besar dengan famili saya anak 7 orang. Pukul 12 Dolah pulang ke Sungai Tiang kami terus sambung sampai 12.30. Balik dengan Fuad kemudian terus dengan Ammar ke Sg.Lalang. Ammar turun drive seorang pukul 2 pagi ke Baling meredah hutan belantara. Sampai rumah dekat pukul 3. Memang berbaloi. Lain kali kita buat lagi cari lebih ramai kawan-kawan yang masih tidak dapat dikesan lagi.
Catatan dari ZUBIR

No comments: