10 February 2008

NOSTALGIA KIK PART 9

Akum geng2 Gen77.


Maybe semasa menaip ni beberapa rakan kita dlm perjalanan balik dari TG Corner, kedai CikPah .Apa lah cerita bebudak perak ni.Sama2 kita tunggu.Rasa cukup terkilan gak tak dpt joint.Yang lain2 dlm perjalanan balik dari kg halaman, ie.Mus dari K'tan,Kita berdoa agar semuanyer selamat sampai.Aku tabik kat hero kita, dah bertukar nama jadi Emang manang lak punyer nasihat/pandangan. berterus terang n jujur.Ini lah hasil didikan n product gen77.Cari masa untuk kawan2 yg dah lama tertinggal/dah ilang dari ingatan.Idea nak business pun aku sokong.Maklum ler dah lama bebenor tak jumpa. Jangan jadi mcm aku dan beberapa sahabat. Semasa Arwah Azizan meninggal, aku dan halimon pun tak tahu. Hospital tu cuma dalam 3 km jer dari rumah kami. Kami memang rapat ,dah kenal dan sama sekolah sejak form 1 lagi.Hari tu pula aku di rumah jer, menyambut wedding universary dengan anak2.Wife arwah baru datang dari melaka, tak ada kawan. Kawan yang menghantar arwah ke hospital (pagi)pun tak tahu dah meninggal , cuma rasa tak sedap hati, cuba jengok beliau waktu tengah hari,sebab wife beliau tak ada kenalan masa tu. tetiba dah meninggal,jenazah sedang di uruskan untuk balik ke Melaka. Semuga arwah tergulung dalam org2 yg terpilih. Memang aku penah bercakap over the HP, tapi tak penah gi rumah beliau.Jadi jgn biarkan perkara yang sama berlaku sesama sahabat kita yg lain. Aku bercadang dgn Timah n geng2 dari melaka, semasa majlis di melaka nanti kita minta wife arwah di jemput sama. Nak berkenalan dengan anak2 arwah, dan tengok apa yg bekaitan boleh di bantu. Wak man boleh membantu misi pencarian ini kot.Si Muhabat (hero hindustan)ni masih jet lag lagi . Biar dia berihat sebentar.Kita tunggu cerita 2 hangat dia dari bandung esp. cerita terkini dari cikgu Senoria yg tercinta n byk jasanyer.Wak Man maseh tetap unggul dgn skodengnyer.Hj Mang akan menganjurkan pertemuan di Pantai timur, aku dah kira hampir 50 org. Rasanyer ini pertemuan yg terbesar.Syabas Mang.Tentang Saidi yg minat nak menternak lembu, aku akan cuba bantu(insyaalah). Pengarah JPH Pahang tu(Dr Azhar Idris) kenalan lama dan approachable.Kena tengok skim apa yg sesuai dgn beliau nanti.Felda pun akan buat progrem besaq under ECER juga. Sama2 kita pakat bantu.Sanusi pong dah mula menulis (3x),Farahdina, dll yg sedang dan bakal di cari oleh kawan2 kita.Cik Pah butang baju kat mana ni, ikut sama jet lag ek. Ringan2 kan tangan n ingat2kan kejadian 30 tahun lalu.May be pic. hitam putih ni akan mengingatkan/trigger mind kita kembali hari2 awal kita menjejakan kaki di bumi KIK.(Ada beberapa nama yg dah tak ingat. maaf)insyallah




KLASIK NASIONAL (DARI SEKOLAH GAMBAR)


Pic ni entah mcm mn bleh terjumpa semula.(koleksi Halimon,TQ bebanyak)Lebih lama dari arkib/muzium negara. Hitam putih lak tu.Sori ada kecacatan sikit. Kita perhatikan ragam2 kawan2 kita Gen77 ni. Beberapa hari lepas kita sampai di KIK, minggu orientasi,waktu petang lepas kelas, kita kena acara pakaian beragam, lepas tu main bola sepak.Riuh rendah dan terpekik terlolong suara2 senior kita dari kedua2 blok memberi arahan. Sebenarnyer Depa2(senior) ni saja nak menunjuk macho kat girl2 yg sedang skodeng dari jendela masing2 dari blok A&B sebelah tu jer.Kita semua kena berbaris, atas jln sebelah blok C,akan berarak ke Padang bola. Selepas di make-up oleh senior dan ada gak dgn style sendiri2.Ada gak senior yg sporting bagi pinjam barang2 depa.Apa ler gamaknyer sewaktu kita melintas jln/zebra crossing tu. Nasib baik masa tu kreta tak byk mcm sekarang ni.Tanah sebelah blok tu penuh dgn pokok pisang/dusun. Tak jauh dari situ ler kedai mamak tempat kita semua beli groceries n rokok(yang arif kata). Memang byk spot untuk group ni yg menghisap.Sekarang ni dah terang benderang. mamak tu pun dah pindah mana agaknyer.Cuba amati betapa garangnyer senior2 kita.Yang point tangan,yg pegang rotan pun ada,suara pun tak sama dgn saiz depa.(ingat tak nama Baihaki?).Tapi sporting nyer hal ,kita freshie2 ni, buat2 tak tahu dan ikut jer perintah depa .Patut ler Fatimah kata dia terkejut n terkedu dgn telatah senior2 pempuan.hang ni anak manja kot.



Dr Husni-Pelajar yang jadi kepala keretapi ,Cuba perhatikan gelagat Husni, dgn gaya rambut kerinting sikat tepi, sebiji mcm M.Shariff raja pop ye ye , gaya mcm hero hindustan (Sami kapoor )pun ada. Sun glass sapa ler yg dia pinjam. sebab yg aku tahu ,dia ni tak pakai spec.Seluar pakai ikat jer,butang pun terbuka,singlet kat luar n baju terbalik.He2, Nasib baik dia tak main bola lama2, mana tau getah tu putus,bleh jadi nyaya noh.Kalau terlondeh pun, short kat dlm memang ada.Sporting n cool giler Dr kita ni.Kalau ikutkan geram, La ni, Hang cari depa2 tu, Hang inject depa2 tu,buat local block kat peha depa, mcm cerita Mr Bean (visit a dentist dlm TV), sure tunggang langgang depa2 tu, nak berjln pun tak berapa betoi.Tapi aku nasihat kat hang, pic ni jgn tunjuk kat patient hang, nanti depa2 tak confident nak consult hang.Silap hari bulan, yg sakit terus baik.fully recovered.he2.Sebelah tu (arwah) Puad Awang, mcm lagak pirate of carribean, mata tertutup satu (moshi Dayen pun ada gak),Sanusi (yg tinggi)pun ada, Hj Ramang (mcm budak dari klas tadika),Halimon jer yg tersenyum happy. Maklum ler dia ni merupakan org number 2 dari kg dia yang dpt masuk n belajar di KIK. Zaki golie kita pun ada. Barisan ni terlalu pjg, Nanti sama2 kita guna kanta, kita enlargekan pic ni. Rata2 kita semua ni singsing seluar, pakai tanjak kertas, tie kertas,baju terbalik, selipar etc. Mcm nak gi tandas pun ada juga. Aku tercari2 gambar ali osali, yg berlagak jd ceti, payung dan pakai spec plastik, dgn misai hitam sekali tu. Siapa lak yg jadi ayah pin (kerajaan langit)siap pakai tudung tu ek?Kebanyakan dari kita mcm calun2 yang layak nak gi tg. rambutan atau tampoi gamaknyer. Kalau ada pertandingan aku rasa Ali atau Husni yg memang layak menang.Juri profesional nak bagi berapa bintang?.Cuba teka Hj mang yg mana satu? clue: pakai songkok melintang tu ker(sori mang).




Kelas 4 Sc2



Di sebabkan susah sgt nak cam bebudak kelas aku, may be pakai uniform sekolah jer, ni dia pic berwarna (colourful sikit)lak,belakang lab sc. Bapak angkat Utz Adham,cukup segak dan tampan (Segala pujian dah terima kasih diatas jasa dan tunjuk ajar utz). Mudah2an pjg umor dan sihat selalu.Pic ni di ambil se lepas hari jamuan dan kita buka gerai makan. Comel2 gak girl dari kelas aku ni ek. Mardiah, salahiah,timah (sekadar beberapa nama)etc.......semua dah keluarkan koleksi baju raya depa


bersambung.....................
kita tengok pic moderator kita nanti. he2

Bakry.





No comments: