Ramai genkik77, telah menulis dan menghantar gambar ke blog ini. Corat coret pertemuan dan usaha untuk ke pertemuan dan untuk kembali ke rumah selepas pertemuan memang bukti kesungguhan kita menghadapi sedikit dugaan untuk menghubungkan silturrahim.
1. Cerita Husin Changloon, Zubir, Amar, Nasir, balik dari Sri Iskandar penuh debaran.
2. Fuat dok standby untuk membantu kawan dalam cabaran sangat penting untuk meyakinkan kawan yang sedang menghadapi Cabaran.
3. Terkini. Liqa' Di Rumah Puna Fatimah di Kandang Melaka. Ahad 24.2.08 Hari penamaan calon ada di antara kita kena bertugas jaga dan uruskan penamaan calon 1/222 Parlimen di Malaysia. Saya bertugas di KL.(tempat saya mencari rezeki).Seperti biasa partner saya ke out station adalah Sdr Naim Nordin. Dua tiga hari sebelum ke Melaka kita dah confirmkan. Bersedia. Kami berdua satu kepala. Cuma Naim berani sikit dan kalau ada yang tak kena tibai terus. Saya tukang pujuk untuk seimbangkan keadaan. Tapi kami berdua amat simple.
3.1 selesai kerja pukul 12.00 lebih, balik rumah tinggalkan bag kerja, tak sempat tukar baju, pakai baju pagi tadi, (sdr fuat...saya baju biru juga, dalam hati nanti Fuat perasan lagi bila bergambar nanti dia tanya semua baju saya biru ke? Briyani King Biru, Kenduri di Kelang Biru, Di Kandang Pun Biru. Memang saya suka baju biru...sebab saya dah jelaskan kepada Fuat Azahari...)
3.2 Terus ke rumah Naim di Kota Damansara. Dalam perjalanan terima call misteri. No 019-pangkal 9xxx ini no Kelantan. Ppemanggil nak bercakap tapi suara tak keluar. Sapa ni? hai berat ni...lepas tu terima sms. "kawe batuk berat...demam baru balik dari pekan pahang... suara tak tubik (keluar)lansung...pukul berapa nak bertolak ke Melaka?." Baru saya tahu Asmawi yang call tadi. Saya call tak jawab...macam mana nak jawab suara tak keluar.
3.3 Sampai tol Damansara berhenti kereta jawab sms "saya dalam perjalanan ke rumah Naim nak jemput dia dan terus ke Melaka". Asmawi Jawab "Saya di Klinik. Saya akan usahakan untuk ke Melaka semampu daya" Dalam hati Hai berat ni ...saya sms lagi " Royat (beritau) demo dok di mana. Kawe gi ambil dan kita ke Melaka bersama". Dua kenyataan dan keputusan yang tegas dari dua sahabat yang ingin berjumpa sahabat-sahabat yang terpisah 31 lalu yang telah pun mula berkumpul di Melaka.
3.4 Asmawi sms lagi "kita jumpa di A&W petronas Kota Damansara". Saya jawab "ok" haaa lega. Dapat pergi dengan dua orang kuat...Asmawi dan Naim. Pujukan Isteri supaya tak payah pergilah ke Melaka masa keluar rumah tadi sudah jadi perkara kecil, seba dah dapat bersama dua orang kuat KIK gen77.
3.5 Dalam perjalanan Naim drive.Saya cakap sekali sekala asmawi mecelah...naim fokus memandu. Dai tanya...kereta kau meter 220km. Apamacam kita try 220 km pe hour. cuba kalau dapat sampai dalam masa 15 minit...jangan kawan...saya buat2 takut... spt naim serius. sayanaim pun bergurau. Asmawi tak banyak cakap sebab nak simpan suara bila sampai di Melaka.
3.6 Tiba di Melaka kami si sambut mpenuh mesra oleh tuan rumah dan AJK.
sambung...
-mustafa mohd nor-
27 February 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment