12 January 2008

Rodziah Radzi dan Siti Rabiah

Antara ramai kawan-kawan yang paling rapat dengan saya di KIK dulu ialah saudari Rodziah Radzi. Kira-kiranya best friends la. Kami sangat rapat masa form 5 dulu sebab saya selalu ikut Rodzi balik Tg Malim, tiap-tiap minggu sampai kena ban. There were many "virtous" reasons kenapa saya suka ikut Rodzi, and of course the main one was sebab nak makan sedap. I cringe apabila terkenang kembali makanan di asrama dulu.....torture nak makan, ikan keras macam batu, sayur mesti ada ulat!!!Mak Rodzi suka dan sangat pandai masak, jadi getting away from the asrama foods for real foods then was worth all the troubles travelling to Tg Malim. I sometimes resorted to not so virtuous means and including bribing Rodzi to let me follow her...:) Also highlight of Tg Malim trip was going to see chinese movies (the scary ones - cerita hantu china yang kelakar).

Jadi saya selalu bertanyakan pasal Rodzi dengan Asmawi. Pagi tadi Asmawi bagi nombor telefon Rodzi . 5 jam kemudian Rodzi sampai ke rumah saya. Pujuk suami beliau memandu all the way from Putrajaya to KL. Melompat-lompat gembira dapat jumpa balik (yep Asmawi, I was jumping literally:)). Selepas 2 jam Rodzi kena balik sebab takut husband dia, (sangat sporting - dia tak nak masuk dalam rumah sebab nak beri privasi kepada kami bersembang pasal cerita-cerita lama) tunggu lama sangat. Lagi pun besuk akan jumpa lagi.

Rodzi macam dulu juga, masih kecil molek. tak banyak berubah. Ada tiga orang anak. 1 lelaki dan 2 perempuan. Rodzi mengajar di Putrajaya. Siapa-siapa yang nak no telefon Rodzi, silalah berhubung dengan saya atau Asmawi.

Pagi tadi saya juga sempat bercakap dengan Siti Rabiah. Suara Siti langsung tak berubah, masih macam suara budak umur 16 tahun. Sangat lemah lembut, maklumlah orang kelantan, tak macam suara saya dan Anson, macam petir:) Siti mengajar di kelantan dan ada 5 orang anak. Masa tingkatan 6 atas, Siti patutnya jadi headgirl, tetapi olehkerana saya terlampau nakal, di lantik jadi headgirl, supaya berubah perangai. Terlampau nakal, Ustazah Fauziah kata dia berdoa panjang lebar supaya saya stop jadi nakal. Jadi headgirl pun tidak mengubah tabiat saya. I was miserable kerana diberi tanggungjawab, dimana saya tak boleh ponteng prep dan sebagainya, lagipun Siti would have made a brilliant headgirl. Having said that, the were few things i did as the headgirl that i was so proud until today:-

1) Budak-budak perempuan berpindah ke asrama 4 bilik dan budak-budak lelaki pergi ke asrama sardin.
2) Budak-budak perempuan pergi prep dalam kelas dan budak lelaki prep dikantin banyak nyamuk.
3) Seluruh sekolah boikot makanan asrama selama seminggu. walaupun kena warning kami tak beranjak. Lepas tu dapat ikan dan roti yang lebih lembut dan sayur tak ada ulat lagi.

What can I say, i was such a persuasive force that the school had to cave in to the demand. Agaknya budak-budak lelaki sangat bengang dengan saya sampai hari ini.

Saya berjanji dengan Rodzi dan Siti untuk selalu berhubung.

Kepada yang akan berjumpa di Klang besuk.....really look forward to seeing you people!!!!!

No comments: