19 January 2008

Naim Lupa Nak Sign Dan Tulis Nama

Assalamualikum WBT,

Saya baca satu post pagi ni (sabtu) siapa tulis...hati tertanya tanya. Sebab dia tak sign...3,4 kali baca... baru boleh interface Naim...sebab dia yang ingat nama cikgu Mat Salleh tu... Mrs Lammond...lepas tu kisah anak dia kerja kat mara kedah, saudara dah tak ramai kat kedah... dia ingat Zakiudin Ahmad (selangor, songkok tinggi) dan Mariam Melaka... Muhabat dan Wan Cik Wan Taha, Melaka.

Saidi Kadir...
Sedih juga dengar kisah kawan-kawan yang sakit...seperti Saudara Saidi Kadir... kita boleh jumpa tu dan ziarah. Kalau tak dapat semua pun tak apa. 2,3 orang pun ok maklumlah masa nak satukan kawan perlu penyelarasan rapi.

Abdul Rahman Jusoh...
Inilah seorang kawan yang kecik masa form4 masa mula masuk selain dari Omar Mamat, dan Razali Sidek. Saya pun kecik juga tapi dia kecik lagi...sekarang dah besar kut...bila saya lihat gambar 5sc177 terus saya teringat dia...tapi tak tahu siapa. Bila Asmawi dan Kamilah respon baru ingat.

Rahiman Bani...
Dia ada postkan gambar baru ni ...tak berubah... Maaf Man masa awak tel. saya tengah meeting... nanti kita kontack lagi... Husin minta HP you. Saya dah beri.

Afrinah Mohd Ikhsan 5sas3...
Suami dia (peg. kjaan di johor) kawan satu kursus di Intan tahun 90an. Lepas tu 3,4 kali jumpa suami dia dalam urusan rasmi. Tugas kerja hampir sama sebab tu jumpa dalam meeting. Tapi dia tak respon lagi dalam blog. Munkin Siti Kittiah Dakir dapat cari sebab dia satu negeri dan kedua-dua masih mengajar di Johor.

Kenduri Anak Abdullah Hassan dan Nik Mahizan...
Tempat Kolej Islam Kelang... 2. Feb 2007 kalau free dan tak clash dengan kenduri lain kita ramai-ramai boleh pergi. Kawan di Lembah Kelang, Melaka, Perak Selatan boleh kot... yang beri komitment setakat ini:
1 Mustafa Mohd Nor
2Naim Nordin
yang lain ramai lagi...

Orang Bandar Tun Razak Kot...
Bakal menantu Ust Dolah Hassan orang Bandar Tun Razak kot... sebab kenduri buat di Pusat Belia Antara bangsa, Bandar Tun Razak.

OK dulu wassalam
-mustafa mohd nor-

No comments: