19 January 2008

Abdul Rahman Jusoh menulis lagi


A'kum,
Dulu - dulu semasa di KIK - 1976/77
Masuk KIK dari SMA Marang .Sama2 dari SMA Marang Kamilah,Saidi,Ali Yusof,Ruhaimi Sidek & Hasiah Yaakob..Masa tu budah2 t'ganu fobia masuk kelas sains.Bersama.Saidi,M Zin,Aini (sns1) & Khatijah (sns2), yang lain dah tak ingati.Diberi kakak angkat nama Zawariah ke gitu,abang angkat Khairul Anuar bersama dengan Mona. Syed (sns2) selalu keneng2 kerana nak ngorat Mona.Katanya syed pun dah kawin dengan mona betul ke tu!.
Saiz ana mini S saja pada masa tu,paling kecik selepas Kasri b Mokhtar - senior 1 tahun (sekarang dia buat buiesness dekat pejabat tanah Marang,sapa2 nak urus hal2 tanah boleh cari dia).Selalu kena buli sehingga ' terpaksa' mengaku bende2 yang tak pernah dibuat.Suka main ping-pong.Allahyarham Azizan adalah partner pingpong saya.Anson selalu terambil berat tentang saya - Terima kasih Son! (terperasan kot, itu yang asaya ingat), setakat ni dia paling kerap talipon bila dah dapat contact..Duduk sebelah Fauzi ketua kelas semasa didua2 tingkatan.
Selepas KIK - 1978/1982
Lepas SPM result tak lah sebaik sahabat2 semua,.jadi apprentice & flight Engineer di MAS sehingga end 1982 (sebelum kes terlarang tu he! he!).Duduk Subang Jaya.Keja Motorolla 3 minggu sebelum masuk Petronas
Le'ning
Dec 1982 hingga le'nin (25tahun) keja di Petronas Penapisan.Proses crude & condensate jadi Petroleum Product. 2 kali setahun pergi EDU camp di Tronoh & Sabah/S'rawak pilih budak2 scolar guna result trial dan result sebenar (Asmawi kata tiap2 tahun dia hantar anak dia, tapi dok pernah jumpa).Suka aktif dalam PIBG di KOSPINT Trg (Pengetua Marziah bt Abdullah batch kita juga, sebelum tu A Aziz b Abdullah - senior 2 tahun) & SMS Dungun (ni yang ana pom2 dengan Asmawi, anak dia 5 tahun belajar di SMS Dungun tapi selalu berselisih - dia tak attend mesyuarat PIBG). Anson kata dia accident jalan raya tahun 96/97 dekat kawasan office saya tapi berselisih lagi.Saiz dah besar (boroy tapi pendek 80Kg).Anak 2 pasang saja.yang sulong masih di U, yang bongsu 9 tahu.Isteri kerja UiTM Dungun orang Banggol Peradon k Trg. Sepanjang tahun round M'sia ke OPU Petronas , nanti saya call bila sampai negeri sahabat2 masing2..Tak sibuk sangat time boleh manage.
Terbaru
Bila Fatimah Hassan start call pada petang rabu lepas, happy tak terkira - tak boleh digambarkan dengan perkataan, sampai la ni terima banyak call & e-mail sokmo2 dari sahabat2 (famous jugak saya ni he2 - termasuk secret admire - ye ke perasan kot!).Macam2 ada.nak mintak service stesen la, scolar la, nak jadi vendor dengan Petronas la, nak kursus keselamatan petronas la, nak mintak keja dll (pada mereka2 tu hantar mail yang lain lah ke saya ye! nanti kita tengok).
Nanti esok saya cari Md Zin, Mustafa & Hasim (kawasan Dungun), hari khamis nak gi cari Aini, Kamal Daril - katanya ada kat K Trg. kalau ada lagi kawasan K Trg , pls call saya nanti saya pergi cari.
Lepas ni sapa2 saja yang melintas dari Kemaman ke K Trg tak call saya.kira tak aci.Tak sanggup lagi missed you all macam 30 tahun lepas.Saya tinggal dekat Masjid Intan Zaharah Dungun, kalau sapa datang duduk & makan free dijamin.Ada jugak jadi Pengerusi sek swasta di Dungun sekolah Rendah Islam Al Amin. kalau ada anak2 nak masuk sekolah Imtiaz (objective jadi Ullul Albab), masuk sekolah saya dulu. kami ada colabration dengan kerajaan Negeri.
Dok tengah adjust nak pergi kenduri rumah Nik Mahizan 2 feb nanti.
saya attached gambat main badminton, gambar lain belum scan - paling boroy.
nanti saya tulis lagi.
Hj Abdul Rahman b Hj Jusoh (ARJ)
Refinery Production Department
Petronas Penapisan (Terengganu) Sdn Bhd
24300 Kerteh, Terengganu.
09 828 3723, 019 915 0007

No comments: