15 May 2014

TERIMA KASIH CIKGU




BERBURU ke padang datar






 Dapat rusa belang kaki
Berguru kepala ajar
Ibarat bunga kembang tak jadi

 Dialah pemberi paling setia
Tiap akar ilmu miliknya
Pelita dan lampu segala
Untuk manusia sebelum jadi dewasa.




Dialah ibu dialah bapa juga sahabat
Alur kesetiaan mengalirkan nasihat
Pemimpin yang ditauliahkan segala umat
Seribu tahun katanya menjadi hikmat.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa;



Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.
Di mana-mana dia berdiri di muka muridnya
Di sebuah sekolah mewah di Ibu Kota
Di bangunan tua sekolah Hulu Terengganu
Dia adalah guru mewakili seribu buku;
Semakin terpencil duduknya di ceruk desa
Semakin bererti tugasnya kepada negara.

Jadilah apa pun pada akhir kehidupanmu, guruku
Budi yang diapungkan di dulangi ilmu
Panggilan keramat “cikgu” kekal terpahat
Menjadi kenangan ke akhir hayat.

USMAN AWANG
1979

jumpa lagi....
wakman

Umur meningkat Ajal mendekat



Apa khabar semua?, muga semuanya diberkati dan dirahmati oleh Allah Swt  Pencipta Alam semesta.
Kehidupan ini hanyalah sementara waktu, masa begitu pantas berlalu.  sepantas kilatan cahaya menyambar. Namun  ramai insan yang lupa dengan  peredaran  masa yang berlalu. Allah Swt  menjelaskan dalam al Quran " Demi Masa Sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh dan mereka pula berpesan dengan kebenaran serta berpesan-pesan dengan kesabaran" [surah al Asr : 1-3].
Dalam ayat di atas, AlLah Swt  menerangkan bahawa manusia sentiasa berada dalam kerugian kecuali mereka yang melakukan empat perkara:
1) Beriman, iaitu memiliki aqidah yang sahih lagi kukuh terhadap Allah Swt  dan apa yang disyari‘atkan oleh AlLah Swt.
2)Melaksanakan amal soleh. Ia bukan sekadar solat, puasa dan zikir, tetapi meliputi semua amalan yang soleh di dalam Islam seperti berbuat baik kepada ibu bapa, menghubungkan silaturahim, cemerlang dalam pembelajaran dan profesional dalam kerjaya.
3) Berpesan-pesan kepada kebenaran, memberi nasihat, tunjuk ajar dan teguran kepada orang lain tentang apa yang benar dan apa yang salah, juga  melaksanaka amar maaruf nahi mungkar.
4) Berpesan-pesan kepada kesabaran. Memberi nasihat kepada orang lain agar sabar dalam menghadapi musibah serta sabar dalam melaksanakan perintah dan meninggalkan  larangan Allah.
Lantaran itu, ayuh kita manfaatkan masa dan tenaga serta  harta yang ada untuk melengkapkan diri supaya sentiasa  memperoleh keuntungan dan kejayaan. Semuga pinjaman umur yang ada tidak disia-siakan.

Sekian,  Jumpa lagi ..........

Wakman