15 January 2011

Tahun 2011









Assalamu'alaikum wbt.

Didoakan semua rakan-rakan beroleh kesejahteraan dan ketenangan dalam meneruskan kehidupan di awal tahun 2011. Selamat menyambut tahun baru 2011 dan tahun hijrah 1431 juga telah berlalu digantikan tahun hijrah 1432H. Begitu pantas masa berlalu. Genkik77 juga sudah berusia remaja. Semakin mesra dan terlibur dengan gelagat keremajaan rakan-rakan yang dahulunya terlalu kerdil mengenal erti sebuah kehidupan.
Hasil usaha jerih perit para muallim mengasuh , mendidik dan membimbing hari ini rakan-rakan telah menjadi insan Soleh menyambung usaha perjuangan para guru dan murabbi. Ada di ladang, di gedung besar dan kecil, di Mahkamah, Jabatan kerajaan atau swasta, ramai yang menjadi para pendidik.
Tahun 2010 berlalu dengan berbagai kenangan dan peristiwa samada dalam diri keluarga mahupun dalam ikatan Genkik77. Mereka yang mendahului kita pun sudah boleh dikira angkanya. Al Fatihah untuk sahabat-sahabat kita. Azizian, arif, md noor, esah, mokhtar, abdullah dll. Semuga roh mereka dirahmati dan ditempatkan bersama pasa solihin wa suhadak.
Tempoh rakan-rakan berada di KIK tahun 1976-1977 dan wakman sambung dimtahun 1978-1979 mengajar erti kehidupan dan apabila genkik77 dimeterai dalam jaringan ukhuwah persahabatan semakin berertinya kehadiran semua di kik yang mana kita solat Jumaat dan waktu di Masjid Sultan Sulaiman, Kampong Jawa, Kelang, Selangor.

Blog Alumni Tingkatan 7 KIK 1977 semakin lagu sejak kehadiran maya FB dan email group namun medium inilah yang memulakan pertemuan genkik77. Bacalah tulisan-tulisan awal pertemuan rakan-rakan. Lantaran itulah Wakman terpanggil untuk terus mencoret sedikit tulisan yang mungkin tiada erti dan makna.

Liqa Nasional 2011 telah dirancang dan diharapkan ianya menjadi medan baru untuk rakan-rakan merangka dan menyusun semula genkik77 sebagai satu organisasi membangun Ummah. Ramai tokoh dan pemikir dalam genkik yang mampu digembeling dan di adun bagi menyemarakan lagi konsep Persaudraan Sejagat. Masih ada teman-teman yang belum dikesan dan belum disentuh hati dn jiwanya untuk bersama-sama ikatan ini. Usaha ziarah dan menjenguk juga perlu dilakukan.

Rakan-rakan yang dikasihi.
Kesempatan ini juga wakman ingin mengucapkan jutaan terima kasih dan mendoakan kesehatan dan kesejahteraan kepada semua guru-guru KIK yang telah mendidik kita semua dan kini menyokong ikatan ini,bersama dan aktif membantu genkik77. Mudah-mudahan ikatan ini akan terus bertenaga dan berwawasan yang memacu dan menyemarakan tugas DAie dan Musleh di bumi bertuah.

salam persahabatan,
Salam sukses untuk semua.

Wakman
kik5sas2 1976-1977

No comments: