Salam Kemerdekaan
Suatu ketika dahulu berlakulah satu kisah : Anak Gabenor Mesir ‘Amru Ibn al-‘As telah mencabar anak-anak remaja sebayanya untuk berlumba lari dengannya. Cabarannya disahut oleh seorang anak orang kebanyakan. Mereka pun berlumbalah…Anak orang kebanyakan telah memecut sekuat tenaga (tanpa sedikit pun memperdulikan communication skill dengan orang-orang atasan , malah sudah tentu dia tidak faham sedikit pun tentang hal itu ) Dan akhirnya anak orang kebanyakan itu telah mengalahkan anak Gabenor Mesir dalam satu perlumbaan lari….
Apa lagi…..anak Gabenor dengan dibantu oleh rakan-rakannya telah membelasah anak orang kebanyakan yang telah menjadi juara itu sehingga lembik !
Akhirnya ayah si anak malang telah membuat aduan kepada Khalifah; iaitu Saidina ‘Umar di Madinah. Baginda kemudian telah memanggil Gabenor; “Amru ibn al-‘As supaya datang mengadap. Khalifah ‘Umar al-Khattab akhirnya berkata kepada Gabenor merangkap ayah kepada anak hebat yang kalah lawan lari : “Sejak bila kamu pandai memperhambakan manusia???”……
Itulah selingkar kisah yang saya dengar lepas subuh tadi.
Setiap manusia dilahirkan merdeka. Tidak ada sesiapa pun yang patut merasa dirinya hina. Dan, tidak ada sesiapa pun yang layak menjadikan orang lain sebagai hamba atau menghinanya…..
Setiap Muslim juga mempunyai hati, jiwa , akal fikiran dan tubuh badan yang merdeka. Allah SWT sendiri yang memberikan keyakinan ini kepada kita : “…sesiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah , maka sesungguhnya dia telah berpegang kepada tali yang amat kuat yang tidak akan putus .”(al-Baqarah 256-257)
Semoga kita tetap jadi orang merdeka
Ser independiente…
Wassalam
FarahDina
No comments:
Post a Comment