Teman-teman yang diingati,
Dalam menanti ketibaan Ramadhan, teringat sajak seorang teman yang menzahirkan kebimbangan tika berlalunya Ramadhan tahun lepas.
Entah mengapa terasa sedih
Bukan kerana Ramadan akan berlalu
Bukan kerana Lailatulqadar terlepas
tetapi
Mampukah saya beristiqamah dengan ibadah
selepas ini...
Mampukah saya melangkah ke surau untuk solat isyak
Mampukah saya membaca al-Quran setiap hari
Mampukah saya berpuasa sunat
Mampukah saya bersedekah
Kerana selepas ini
Tiada lagi alunan bacaan quran di corong radio
Tiada lagi Jejak Rasul di TV3
Tiada lagi Qari Mawi dan Qariah Siti Nurhaliza di TV1
Selepas alunan takbir konvo
Cabaran pasti datang bagai tsunami
Bukan syaitan yang dilepaskan dari dasar lautan
Tetapi nafsu dan godaan yang kembali membuka premisnya
Setelah diboikot selama mahasiswa mengaji
Di Universiti Ramadan
Berjanjilah pada diri sendiri
Langkahlah kakimu ke "Surauku Syurgaku ,Bukalah kembali Al-Quran setelah khatam di bulan ini
Berpuasalah sunat bukan nak save duit je
Bersedekah dengan harta, masa, dan tenaga
Kerana skrol Universiti Ramadan hampir dibakar api syaitan
Penganggur terlena sebentar
"SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL MUBARAK"Selamat Maju Jaya
Dari WM
AnCasa Hotel
No comments:
Post a Comment