
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa.. hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong
ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
Didoakan semua teman-teman sehat dalam mengharungi perjalanan kehidupan yang semakin mencabar. Kukuhkan ukhuwah demi kekuatan Ummah. Bina jalinan dakwah untuk syiar Islam dihayati dan dirasai oleh semua manusia.
Salam Ukhuwah dari Wakman.

No comments:
Post a Comment