30 June 2009
Liqa' Sg. Petani, Kedah Darul Aman
Assalamu'alaikum wbt
Didoakan semua teman2 genkik77 bersama family sihat sejahtera. Ramai yang masih sibuk dengan urusan anak2 yang melanjutkan pelajaran ke IPTA. Tahniah diucapkan kepada teman2. WM masih lagi berada di Sungai Petani.
AlhamdulilLah, syukur dapat bertemu teman2 yang hampir 32 tahun tak bertemu. terima kasih kepada Halim yang dapat datang bertemu WM di rumah Ammar, Begitu dengan Arifin, Zubir dan Tok Aad sekeluarga.
Sekali lagi hari ini WM dapat ziarah Us.Yahya Hj.Saad yang diuji. Diharapkan Pak Ya tabah dan bersabar, Kepada ustazah Latifah (isteri Us.Yahya sekeluarga) bersabar atas musibah dan ujian ini.
WM dapat makan Radix Fried Chicken, produk baru yang mendapat sambutan hebat.
Produk kicap Al-Hikmah milik Ammar mendapat pasaran meluas, Tahniah Ammar n family.
Insya AlLah, lain kali WM jumpa teman2 yang lain, liqa' ini semuanya dengan izin AlLah swt. Mana2 teman yang membaca, teruskan membaca blog genkik77 ini dan hubungi teman2 yang lain.
Gambar Ustazah Esah bte Abu .Didoakan terus sihat dalam usaha mendidik anak2 murid di SK Kubu, Melaka.
Teruskan ikatan ukhuwah Islamiah ini melalui wadah genkik77.
Salam ukhuwah
Wakman insan kerdil
Sungai Petani Inn,
Kdedah Darul Aman.
Ziarah Ustaz Yahya
Salam untuk semua,
Alhamdulillah, syukur. WM petang tadi sempat ziarah Us.Yahya Saad, kelas tkt 6 di KIK dulu. Beliau berada di Hospital Sultan Abdul Halim, Sg Petani. . Pak Ya kita kena sakit kencing manis dan kaki sebelah kirinya telah di potong. WM dapat jumpa Ammar dan berterima kasih kepada Zubir yang mengambil WM di Hotel. Kita doakan semuga Pak Ya segera sembuh dan balik kerumah. Teman2 yang berkesempatan ziarah boleh lah datang esok, WM masih ada lagi di Sg.Petani
.
WM tak jumpa Pak Ya hampir 25 tahun, selepas UKM hingga hari ni baru jumpa. Rezeki WM nak jumpa kawan di Sg.Petani, hari pertama dah dapat jumpa Yahya, Ammar dan Zubir.
Minum Radix selepas ziarah Pak Yah.
Makan sotong & ikan goreng di Pantai Terengganu.
WM di Mesjid baru bandar Jertih, Terengganu,
Menarik dan ada kemudahan lif dan dewan serbaguna.
Akhirnya, doa kecemerlangan untuk semua teman2 genkik77 dan keluarga.
Wakman
Sungai Petani, Kedah Darul Aman.
27 June 2009
23 June 2009
22 June 2009
20 June 2009
16 June 2009
MASA YANG BERLALU
Salam untuk semua,
Masa berlalu dengan pantas, rasanya masih baru bertemu, hari ini Naim dah bergelar bapa dan ayahnya bergelar Datuk Muhabbat. Tahniah, didoakan selamat dan bertambah ceria dengan kehadiran insan baru.
Ayuh kita teruskan dan kukuhkan ukhuwah gen77kik. Kenangan liqa' yang lalu terus mengukir seribu kenangan.
Salam ukhuwah
Wakman 5sas2kik77.
DURIAN OH DURIAN
Antara buah durian yang WM bawa dari kebun cikgu Tahir..
Datang Jangan tak Datang,,,,, rugiiiiii
Buah Durian dari kebun Cikgu Tahir,
Balik dari Ofis WM terus buka dan makan .....umh
Assalamu’alaikum wbt.
Apa khabar semua kawan2 didoakan semua ceria dan sehat sejahtera. TAHNIAH DAN SYUKUR diucapkan kepada Datok Muhabbat dan Datin Zainab yang menerima cucu sulung. Al-hamdulillah, syukur nampaknya musim durian dah tiba. Setahun berlalu kini sampai untuk genkik77 bertemu sekali lagi sempena musim durian. Petang tadi WM dah maklumkan kepada Cikgu Hj.Tahir dan beliau setuju untuk teman2 datang.
Sehubungan dengan itu, WM menjemput semua teman2 yang berkelapangan untuk datang keliqa’ Melaka pada 21 Jun 2009 bersamaan 27 J.Akhir 1430H (Hari Ahad).
dicadangkan berkumpul di rumah WM kemudian lepas solat zuhur teman2 pergi ziarah cikgu Hj.Tahir. (Tak jauh dari rumah WM).Selepas tu, kalau sempat bolehlah singgah ke Bukit Nangka, jengah cucu baru gen77kik.
Sekali lagi semua teman2 genkik77 dijemput untuk hadir ke Liqa Melaka dan di atas kesudian teman2 hadir diucapkan ribuan terima kasih.
Sekian, Wassalam.
Wakman insan kerdil.
14 June 2009
TALIAN HAYAT
Pondok kecil tempat Bang Chin merenung mencari idea didepan rumah. Nyaman dan tenang
Assalamu'alaikum wbt.
Apa khabar semua, sehat? ceria? gembira? sedih ke?,
apa-apa pun bersyukurlah kepada Allah swt, kita masih lagi bernafas yakni hidup di bumi ini. Masih lagi mampu menatap PC dan membaca tulisan dalam Maya gen77kik mahupun Blog Alumni Tk5kik1977.
KEHIDUPAN dunia bukanlah kehidupan hakiki dan ia diibaratkan perhentian seorang musafir buat seketika untuk sampai ke tempat tujuannya. Justeru, setiap saat kematian sentiasa menghampiri kita untuk menuju ke alam akhirat.
Sesungguhnya kematian tidak mengenal usia dan tidak mengenal kedudukan. Ia boleh berlaku bila-bila masa dan di mana juga. Oleh itu, kita perlu sentiasa bermuhasabah dan seterusnya mempersiapkan diri dengan bekalan sebelum menghadapi kematian untuk menuju kehidupan hakiki.
Persiapan awal penting bagi setiap Muslim kerana peluang kehidupan di dunia dikurniakan Allah bagi setiap insan hanyalah sekali saja dan tiada lagi peluang kedua. Allah banyak merakamkan kisah penyesalan orang kafir musyrik di alam barzakh dan alam akhirat dalam al-Quran.
Namun, penyesalan mereka itu tiada gunanya kerana mereka sudah diberikan peringatan demi peringatan oleh nabi dan rasul, namun mereka mengingkarinya.
Firman Allah bermaksud: Dan perihal hari orang yang zalim menggigit kedua tangannya sambil berkata: Alangkah baiknya kalau aku mengambil jalan bersama-sama Rasul? Wahai celakanya aku, alangkah baiknya kalau aku tidak mengambil si anu itu menjadi sahabat karib. Sesungguhnya dia sudah menyesatkan aku dari jalan peringatan setelah ia disampaikan kepadaku. Dan adalah syaitan itu sentiasa mengecewakan manusia (yang menjadikan dia sahabat karibnya). Dan berkatalah Rasul: Wahai Tuhanku sesungguhnya kaumku menjadikan al-Quran ini satu perlembagaan yang ditinggalkan, tidak dipakai. (Surah al-Furqan, ayat 27-30)
Perlu diinsafi bahawa antara ciri-ciri Muslim bijaksana ialah Muslim yang sentiasa melakukan muhasabah diri dan membuat persiapan bagi menghadapi kematian.
Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Orang yang paling bijaksana dikalangan kamu ialah orang yang bermuhasabah dirinya dan menyediakan bekalan amal salih sebelum menghadapi kematian. Orang yang tidak bijaksana ialah orang yang terpedaya dengan pujukan hawa nafsunya dan sentiasa berangan-angan kosong terhadap Allah (mengharapkan ganjaran Allah tanpa berusaha). (Hadis riwayat At-Tirmizi dan Ibnu Majah)
Tiga amalan utama yang perlu dilakukan oleh setiap Muslim semasa hidupnya di dunia, sebagai bekalan menuju ke alam akhirat. Amalan pertama ialah sedekah jariah atau membelanjakan harta pada jalan Allah.
{Isteri bang Chin - belah kiri bertudung kuning, Sukran Ustazah menyiapkan Kopi Radix Ori)
Perlu difahami bahawa menafkahkan harta pada jalan Allah bukan terhad kepada membelanjakan harta di jalan jihad fisabilillah, malah ia turut mencakupi amalan berzakat, bersedekah, menderma, mewakaf, perbelanjaan kepada ahli keluarga dan kaum kerabat, serta sumbangan kebajikan untuk maslahah umum.
Amalan kedua ialah menimba ilmu sama ada ilmu duniawi mahupun uhkrawi kerana Islam adalah agama yang mengimbangi antara keperluan dunia dan akhirat. Islam menggalakkan umatnya menuntut ilmu sebanyak mungkin dan Allah mengangkat darjat orang berilmu berbanding dengan orang tidak berilmu.
Hanya dengan ilmu sahajalah seseorang Muslim dapat memantapkan iman dan mempertingkatkan amal salih serta mengikhlaskan niatnya hanya kepada Allah. Baginda Rasulullah SAW pernah menyatakan kelebihan ilmu melalui hadis diriwayatkan at-Tirmizi yang bermaksud: Sesiapa yang berusaha menuntut ilmu, maka Allah permudahkan baginya jalan menuju syurga. Malaikat melebarkan sayapnya sebagai tanda keredaan ke atas penuntut ilmu dan seluruh isi alam langit dan bumi serta ikan di lautan mengucapkan istighfar (memohon keampunan daripada Allah) terhadap orang yang menuntut ilmu. Sesungguhnya kelebihan orang berilmu itu mengatasi orang yang abid (ahli ibadat) adalah seumpama sinaran bulan purnama ke atas gugusan bintang di langit.
WM berada dirumah Hj.Hussien Md Isa.
Amalan ketiga yang pahalanya berterusan sehingga ke alam akhirat ialah doa kebaikan seorang anak yang salih selepas ibu atau bapanya meninggal dunia. Alangkah beruntungnya ibu bapa, yang mampu mendidik anaknya sehingga menjadi anak yang salih dan taat kepada Allah.
Pada masa sama, anak juga diasuh supaya menjadi generasi harapan yang akan menyumbang bakti berguna kepada agama, bangsa dan negara tercinta. Inilah antara ciri anak salih yang memiliki kekuatan rohani dan kehebatan jasmani yang doanya amat bernilai kepada kedua orang tua.
Demikianlah beberapa amalan salih yang perlu diamalkan sebagai persiapan menuju kehidupan hakiki. Sedarilah bahawa kehidupan dunia ini hanyalah sementara dan kehidupan hakiki adalah di akhirat.
{kuih Udang Gulung ........ yang dibeli Che Pah di Pasar Tani)
Justeru, sebelum terlambat bersegeralah kita melakukan sebanyak-banyak kebaikan dan pada masa sama menjauhkan daripada segala kemungkaran serta bersungguh-sungguh mendidik anak supaya menjadi insan benar-benar beriman dan bertakwa.
WM ucapkan selamat belajar dan bersekolah kepada anak-anak yang mula bersekolah pada hari ini dan esok. .
Selamat mengajar juga kepada warga guru dan pendidik. Terima kasih kepadda semua teman-teman yang melayan WM sepanjang WM berada di Perlis dan Kedah sempena Persidangan Tahunan Pemadam ke 34
Salam hurmat untuk semua
Wakman
Putra Palace, Kangar,Perlis.
13 June 2009
AWAS ! ANCAMAN DADAH
Salam hurmat untuk semua teman2,
WM berada di Arau Perlis kerana menghadiri Persidangan Tahunan PEMADAM Kebangsaan ke 34. Isu dadah amat mengerikan sekarang kerana ia menyerang banyak pihak dan semua peringkat terutama kes2 terbaru dadah menyerang anak-anak terpelajar di IPTA / IPTS. Dilampirkan tulisan bertajuk ancaman dadah baru. Teman2 juga disyorkan supaya membantu NGos sperti PEMADAM untuk menghapuskan daadah.
BARU-BARU ini timbul lagi satu ancaman dadah di kalangan remaja kita. Berbeza dengan dadah-dadah lain, kumpulan terbaru ini sengaja dicipta untuk menghasilkan kesan-kesan tertentu.
Umumnya kumpulan ini dipanggil designer drug.
Terdapat dua kelas utama dadah designer ini yang telah dicipta dan digunakan secara meluas.
Iaitu ia terdiri daripada kumpulan feniletilamina dan kumpulan opiod sintetik.
Perkembangan ini merupakan satu gejala baru yang perlu dipandang serius dan dibendung. Sebenarnya banyak perkara lain yang belum diketahui tentang kesemua kesan dadah-dadah ini.
Malah ketulenan dan keseragaman kekuatan dadah yang dihasilkan biasanya tidak menentu.
Penghasilan secara haram oleh ahli kimia yang tidak bertauliah, makmal yang tidak lengkap serta kawalan mutu yang rendah sering menjadikan dadah tersebut lebih berbahaya.
Kesan Penggunaan Fenitilamina
Dadah kumpulan feniletilamina dapat memberikan kesan euforia, peningkatan mood, empati dan perubahan visual.
Keadaan sebenar yang akan dialami oleh seseorang penagih bergantung kepada dos yang digunakan. Pada dos yang rendah, otak akan kurang dirangsang dan penagih akan mengalami peningkatan keamatan warna dan tekstur serta merasakan seolah-olah berada dalam alam fantasi.
Pada dos yang besar atau lebih tinggi, ia menghampiri paras toksik, penagih akan mengalami halusinasi (rasa khayal).
Apabila digunakan pertama kali atau jika dicemari dengan hasil sampingan toksik, pengguna biasanya akan mengalami keadaan depresi (sugul), rasa bersalah dan pemikiran yang tidak menentu.
Kesan fisiologi yang dapat dikesan ialah peningkatan sel darah putih, peningkatan paras gula dalam darah, kemusnahan otot-otot dan peningkatan suhu badan.
Kesan jangka panjang feniletilamina pula biasanya diperhatikan pada penagih yang mempunyai kecenderungan mendapat penyakit psikosis (keadaan tidak siuman) dan mungkin memerlukan rawatan jangka panjang.
Pesakit akan kelihatan mengalami gangguan pemikiran, halusinasi visual dan auditori serta ilusi yang menakutkan.
Kajian pada haiwan menunjukkan kerosakan sel saraf akibat penggunaan jangka panjang.
Terbitan feniletilamina dikenali dengan berbagai nama gelaran seperti yang berikut :-
ICE
ICE atau nama sebenarnya metamfetamina adalah antara dadah designer terbitan feniletilamina yang pertama dicipta.
Terdapat beberapa nama lain yang digunakan untuk metamfetamina oleh penagih dadah.
Antaranya termasuklah Speed, Crack dan Meth.
Metamfetamina hanya perlu dihisap untuk mendapatkan kesannya.
Kaedah ini amat digemari oleh penagih dadah terutamanya setelah menyedari bahawa penggunaan jarum meningkatkan risiko jangkitan AIDS.
Ia mempunyai kesan tindakan yang cepat dan kurang ransangan jantung berbanding Amfetamina.
Apabila dihisap, kesannya terus dirasakan dalam masa yang agak panjang iaitu di antara lapan hingga dua puluh empat jam.
Penagih dadah ICE biasanya mengalami PARANOIA (rasa ketakutan), rasa terdesak dan sanggup mengambil risiko besar melakukan sesuatu yang membahayakan.
Seringkali hasil penbikinannya tercemar dengan kehadiran plumbum dan pembentukan hasil sampingan yang toksik.
Love Drug
Love Drug iaitu MDA (3,4-metilindioksiamfetamina) mula diperkenalkan pada tahun 1967, ia boleh membuat seseorang mengalami euforia serta empati tanpa memberikan kesan halusinasi yang tidak diingini.
Penggunaannya yang meluas telah menyebabkan beberapa kematian yang berkaitan dengan hasil sampingan toksik iaitu HMDA (3,4-metilindioksifenil-3-aminobutane) yang terbentuk dalam proses pembikinan tersebut.
Ecstasy
Dadah jenis ini adalah dari kumpulan feniletilamina yang paling kontroversial sekali. Ia terdiri daripada gabungan MDMA dan MDEA.
KeupayaanMDMA (3,4- metilindioksimefamfetamina) sebenarnya bukanlah dadah designer dan pernah digunakan untuk merawat gangguan psikiatrik pesakit untuk mengenali diri sendiri dengan lebih baik serta meningkatkan keupayaan berkomunikasi.
Di kalangan penagih dadah, ia dikenali dengan nama ecstasy, xtc, dan adam.
Ia bertindak pada saraf-saraf tertentu di dalam otak untuk memberikan kesan yang menyerupai lsd tanpa ciri-ciri halusinogen.
MDEA (3,4- metilindiosietamfetamina) pula adalah terbitan baru feniletilamina yang mempunyai kesan berbeza berbanding dadah jenis halusinogen dan perangsang.
Pada dos yang rendah MDMA dan MDEA berupaya memberikan kesan euforia.
Keinginan untuk memulakan hubungan seks menurun dan pengguna akan mengalami sedikit halusinasi visual.
Selain kesan ini, pengguna juga kehilangan selera makan, tekanan darah yang tinggi, denyutan jantung cepat berpeluh seluruh anggota dan pergerakan yang tidak menentu.
Kesan sampingan MDMA yang dialami oleh penagih terdiri daripada tekanan darah tinggi, denyutan jantung pada kadar yang cepat dan tidak menentu, serangan panik, resah, tidur yang terganggu, gian, rasa ketakutan dan serangan depresi.
Dua masalah yang ketara berikutan penggunaan Ecstasy adalah suhu badan menjadi terlalu tinggi (hipertermia) dan badan kekurangan air serta bahan galian (dehidrasi) oleh badan, banyak berpeluh sehingga menjadi kering.
Apabila ini berlaku suhu badan akan meningkat - ditambah pula dengan pening kepala, keletihan, pengsan gelugat dan muntah-muntah.
Sekiranya suhu badan meningkat 40 degree C, darah mula membuka di saluran darah dan boleh menyebabkan pendarahan yang tidak terkawal di bahagian lain.
Akhirnya boleh menyebabkan maut.
Akibat daripada ini ramai yang cuba meminum air dengan banyaknya, ada hingga 20 liter dalam beberapa jam saja.
Cair
Tetapi ini boleh turut membahayakan kerana bahan-bahan galian yang telah hilang tidak turut digantikan malah boleh menyebabkan darah menjadi cair dan sel-sel (termasuk sel-sel di otak) menjadi kembang dan kemudiannya rosak. Maut akan menyusul.
Pada jangka panjangnya Ecstasy boleh menjahanamkan fungsi otak dengan membunuh sel-sel di dalamnya serta mengganggu perjalanan bahan kimia semulajadi otak.
Selepas menggunakan Ecstasy seseorang itu akan merasa sugul serta merasai semula pengalaman pahit yang silam. Di samping itu ia memberikan beberapa kesan lain seperti tidak siuman dan seakan-akan gila.
Bahan tajuk Ancaman dadah rekaan
Oleh Prof. Dzulkifli Abdul Razak
Pusat Racun Negara, USM
Salam hurmat
Wakman
5sas2kik77
10 June 2009
Hati-hati Memilih Makanan
Gambar di Tok Bali bersama Nu C, Wahab Deris dan Azami.
Assalamu'alaikum wbt.
Didoakan semuanya sehat dan berbahagia disisi keluarga tercinta, masih ramai lagi yang bercuti dan sibuk dengan kenduri kendara anak buah,saudara mara jauh dan dekat. Musim kenduri kena ingat juga soal makan dan minum, Hj.mang dah bagi panduan soal makanan,memang elok untuk dipatuhi. WM lampirkan tulisan berkaitan " hati-hati pilih makanan".
MAKAN dan minum adalah fitrah semula jadi manusia. Sejak di alam janin, seterusnya saat mula mengenal dunia, sehinggalah ke penghujung usianya, rantaian hidup manusia tidak pernah terpisah daripada makan dan minum.
Tetapi sekiranya terkurang atau terlebih ia akan mengundang penyakit, malah apabila tersalah makan dan minum akan mengakibatkan diri merana.
Oleh itu, Islam melihat makan dan minum adalah suatu aspek yang sangat penting dan harus diberikan perhatian sepanjang waktu supaya yang dimakan dan diminum memberikan kesihatan, bukannya penyakit.
"Wahai manusia makanlah daripada apa yang Kami berikan di muka bumi ini yang halal lagi bermutu dan jangan sekali-kali kamu mengikut jejak langkah syaitan kerana syaitan itu musuh yang nyata." (Al-Quran, surah al-Baqarah: ayat 168)
Ayat di atas bersifat perintah terhadap manusia supaya memakan hanya yang halal iaitu makanan yang menepati syarak. Ia juga sebagai satu panduan kepada umat Islam dalam menilai serta memilih makanan dan minuman.
WakMan berceramah diBkt Kluang, Resort Besut.
Kepentingan makanan halal dan baik itu disebut Allah di dalam al-Quran lebih 1,400 tahun lampau, menunjukkan betapa pentingnya konsep pemakanan halal yang sempurna.
Imam Ibnu Kathir dalam Tafsir al-Quran al-Azim, mentafsirkan makanan yang baik sebagai yang sesuai dengan selera di samping tidak mendatangkan kemudaratan kepada badan dan akal.
Dalam Islam, makan dan minum bukan hanya semata-mata bersifat tabiat, bahkan ia sebagai ibadat. Makanan yang halal diredai Allah dan mendapat ganjaran, manakala makanan haram dimurkai dan menjejaskan hubungannya dengan Allah.
Nabi s.a.w menjelaskan: "Seorang lelaki musafir sehingga rambutnya menjadi kusut dan mukanya dipenuhi debu. Dia menadahkan tangannya dan berdoa kepada Allah, sedangkan makanannya haram, minumannya haram, pakaiannya haram dan mulutnya disuap dengan sesuatu yang haram, bagaimana akan diperkenankan permohonannya." (Hadis riwayat Muslim, Ahmad dan Tirmizi)
Daripada peristiwa di atas, dapatlah kita fahami, dengan makanan halal ibadat seseorang akan diterima Allah, sedangkan makanan haram menyebabkan ibadat jadi rosak, malah doanya tidak diperkenankan dan diri dekat dengan azab.
At-Tirmizi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w, bermaksud: "Setiap daging yang tumbuh daripada benda yang haram, api nerakalah yang lebih utama baginya." Sahabat, Abdullah bin Abbas pula berkata: "Tidak diterima solat seseorang yang di dalam tubuh badannya terdapat benda yang haram."
Sekiranya makanan halal disukai Allah, usaha untuk mendapatkannya juga dirahmati dan diberkati. Sabda Nabi s.a.w bermaksud: "Sesiapa berusaha untuk keluarganya daripada harta yang halal, dia berkedudukan seperti seorang yang berjihad pada jalan Allah."
Di negara berbilang kaum dan agama, seperti Malaysia, masyarakat Islam sewajarnya lebih prihatin dengan aspek ini, bahkan memikul tanggungjawab untuk menyebarluaskan konsep pemakanan halal lagi bermutu ini.
Makanan yang haram tidak hanya daripada babi atau anjing dan haiwan mati yang tidak disembelih (bangkai), malah ada lagi beberapa jenis haiwan yang diharamkan seperti haiwan liar bertaring dan burung berkuku mencengkam.
Ini sesuai dengan pesanan Nabi Muhammad s.a.w seperti dilaporkan al-Bukhari, yang melarang (umat Islam) memakan semua haiwan buas yang bertaring dan burung yang memiliki kuku yang mencengkam.
Bukan semua jenis minuman halal, bahkan sesetengahnya diharamkan, seperti arak dan darah. Dalam al-Quran, pada ayat 173 surah al-Baqarah, Allah mengharamkan darah, manakala pada ayat 90 surah al-Maidah turut dijelaskan mengenai arak.
Dalam sesetengah kes pula ada bahan makanan dan minuman yang asalnya harus, tetapi apabila disalah guna, ia menjadi haram. Contoh paling ketara ialah dadah dan ubat batuk, sepatutnya bagi tujuan perubatan, tetapi disalah guna menjadi haram.
Majlis Fatwa Kebangsaan (1982) menjelaskan, sebarang penyalahgunaan termasuk penyalahgunaan dadah, hukumnya haram.
"Dadah hanya boleh digunakan bagi tujuan perubatan yang sah mengikut syarak."
Sheikh Yusuf al-Qardawi, dalam kitab Halal dan Haram dalam Islam, berkata: "Hukum berkenaan haramnya narkotik disepakati oleh kalangan ahli fiqah dan ia dikenali sebelum ini sebagai al-khabaith (suatu bahan yang keji)."
Begitupun, dalam persoalan halal haram makanan dan minuman, beberapa konsep perlu diberikan perhatian:
* Punca makanan seperti daging yang digunakan. Konsep haiwan yang haram dimakan dalam Islam seperti haiwan bertaring serta hidup dua alam dan haiwan yang jijik seperti cicak.
* Kaedah penyembelihan haiwan yang menepati syarak. Lebih menakutkan sekiranya orang bukan Islam menyembelih haiwan yang dijual dipasaran terbuka, sedangkan antara syarat penyembelihan dalam Islam, penyembelih mesti orang Islam.
• Cara pengurusan dan pemprosesan makanan mesti terhindar daripada najis dan tidak bercampur dengan bahan haram di sisi Islam, termasuk dari segi pengangkutan tidak bercampur dengan bahan makanan yang haram.
• Ramuan dalam makanan dipastikan suci, misalnya tidak mengandungi alkohol dan minyak daripada lemak babi.
• Peralatan yang digunakan untuk memasak dan memproses makanan, seperti kuali, periuk dan pisau, tidak pernah digunakan untuk memasak makanan yang haram mengikut syariat Islam.
• Persekitaran yang bersih, terutama di bahagian dapur.
• Sumber untuk mendapatkan makanan juga mestilah halal. Sekiranya makanan dibeli hasil daripada wang rasuah, peras ugut, rompakan dan curi, ia tidak bertepatan dengan konsep halal dalam Islam.
Dalam surah al-Baqarah, ayat 172, menegaskan: "Wahai orang yang beriman! Makanlah dari rezeki yang baik yang telah Kami berikan kepada kamu, dan bersyukurlah kepada Allah, jika betul kamu beribadat kepada-Nya."
OK lah, hari ini WakMan ada liqa' kat MZ Restoran ngan teman2 di KL.
Salam
WaakMan
Kg.Baru KL.
06 June 2009
Dah Terlupa!!!!!
Assalamualaikum semua sahabat gen 77 kik !!!!!
Lama benar bang chin tak mengikuti perkembangan dalam blog alumni kik 77 ni.Rasanya sepanjang 2009 dari jan hingga jun sekali pun tak buka...enth macamna tiba2 tadi(jam 12.20 tengah malam ) teringat semula,,cari semula user name dan p wordnya...dua kali cuba baru betul dan alangkah banyaknya ,beratus2 tulisan dari sahabat2 semua,tk mampu nk baca semuanya malam ini...berangkali terlalu asyik dengan MAYA maka terlupa terus kpd blog,,kebetulan tak ada sapa2 pun yg dok peringat tentang blog,kkdang adalah sekali dua tok lah dalam catatanya minta link dgn blog,kkdang link kalau sempat kkdang tdak,,,
Tadi bang chin cuma buka yg bulan mei dan jun sahaja...banyak cerita2 tntang candat sotong,dicelah2 tu tok lah hantar gambar seekor nyamok pmbawa chikunkunya yg menyerang kg.bang chin tu,,,yg lain2 tentang tazkirah Wak Man,kop.gen77 dll.
lepas ni kena buka blog atleast seminggu sekali,,,rugi rasanya.
Bab haji tu,,insha allah,sama2lah kita doakan agar bang chin dan semua kkwan gen77 yg nk ke tanah suci tahun ni dan semua jamaah dari Malaysia dapat mengerjakan ibadah tersebut dn sempurna insya allah....mungkin dapat kita berjumpa dikelana jaya nnti bagi sahabat2 yg berada di kl dan lembah klang,,insya allah.
Sekian jumpa lagi nnti.
Lama benar bang chin tak mengikuti perkembangan dalam blog alumni kik 77 ni.Rasanya sepanjang 2009 dari jan hingga jun sekali pun tak buka...enth macamna tiba2 tadi(jam 12.20 tengah malam ) teringat semula,,cari semula user name dan p wordnya...dua kali cuba baru betul dan alangkah banyaknya ,beratus2 tulisan dari sahabat2 semua,tk mampu nk baca semuanya malam ini...berangkali terlalu asyik dengan MAYA maka terlupa terus kpd blog,,kebetulan tak ada sapa2 pun yg dok peringat tentang blog,kkdang adalah sekali dua tok lah dalam catatanya minta link dgn blog,kkdang link kalau sempat kkdang tdak,,,
Tadi bang chin cuma buka yg bulan mei dan jun sahaja...banyak cerita2 tntang candat sotong,dicelah2 tu tok lah hantar gambar seekor nyamok pmbawa chikunkunya yg menyerang kg.bang chin tu,,,yg lain2 tentang tazkirah Wak Man,kop.gen77 dll.
lepas ni kena buka blog atleast seminggu sekali,,,rugi rasanya.
Bab haji tu,,insha allah,sama2lah kita doakan agar bang chin dan semua kkwan gen77 yg nk ke tanah suci tahun ni dan semua jamaah dari Malaysia dapat mengerjakan ibadah tersebut dn sempurna insya allah....mungkin dapat kita berjumpa dikelana jaya nnti bagi sahabat2 yg berada di kl dan lembah klang,,insya allah.
Sekian jumpa lagi nnti.
05 June 2009
you
I'm always with you and even if you're far away, your love is in my heart
I'm always with you you're always on my mind and in my heart
I always miss you, even if I'm with you
I'm always longing for you darling
I'm always need you and nobody else
and if I'm surrounded by the whole world,
I still need you my darling
I'm always with youmy heart and my soul is always with you my precious love
ohh my precious love
and no matter if you away from me, you are close my heart
you are life in the future and the present
and the most beautiful of fates
I'm always with you
I'm always longing for you darling
I'm always need you and nobody else
and if I'm surrounded by the whole world,
I still need you my friend...
02 June 2009
MASA SUSAH INGAT, MASA SENANG LUPA
دوام الحال من المحال
حامد المهيري \"من أمن الزمان خانه\" هذا ما لاحظه ابن خلدون \"الدّهر يومان، يوم لك، ويم عليك\" وهذا ما استنتجه علي ابن أبي طالب رضي الله عنه، وأكده الإمام الشافعي في قوله:الدهر يومـان: ذا أمن وذا خـطـروالعيش عيشـان: ذا صفو وذا كـدرولم يتخلف الإمام ابن عرفة عن التعبير عن متناقضات سلوكيات الدهر قائلا:يرفع الـدهـر أنـاسا ** بعـد أن كانوا سـفاله من له في الغيب شيء ** لـم يمت حــتى يـناله هذا كله يتجاوب مع حكمة من التراث \"دوام الحال من المحال\"، إن شئت يا أخي الإنسان، أن تعرف حقيقة، أي من أبناء آدم، هل هو من أهل المعروف أو من أهل المنكر، فاختبره كما نصحك مونتسكيو \"إذا أردت أن تعرف أخلاق رجل من الرجال، فضع في يده مالا، أو سلطة، ثمّ انظر كيف يتصرّف\". والغريب كما قيل \"إن الذي يعرفك عندما يجوع، ينكرك عندما يشبع\" هو ما يشاهد على أرض الواقع. ولهذا صدق ابن المقفع في قوله \"إن تلتمس رضاء جميع الناس تلتمس ما لا يدرك، وكيف يتفق لك رأي المختلفين\"؛ لقد وصف أبو القاسم الشابي تقلب الزمان والناس فقال:الناس لا ينصفون الـحي بيـنهم ** حتى إذا ما توارى عنهم ندموا الويل للناس من أهوائهم أبدا ** يمشي الزمان وريح الشر تحتدموهبنا الله سبحانه عمرا، وجعل له خاتمة ونهاية ولا ريب أن المؤمن الواعي يحسّ في أعماقه، أنه في سباق مع هذه النهاية، يحاول أن يسجل قبلها أكبر قدر من العمل النافع، الذي يحتاج إليه \"يوم تجد كل نفس ما عملت من خير محضرا، وما عملت من سوء تود لو أن بينها وبينه أمدا بعيدا\" (آل عمران 30) فموقف الإنسان يوم الحساب مرتبط بالزمن، فهو يحب أن يقرب الله منه ما عمل من خير، ويتمنى أن يجعل الله بينه وبين السوء أمدا بعيدا، وهيهات إلا بفضل من الله ورحمة.إن الإحساس بالزمن يتفاوت من شخص إلى شخص، كما يختلف من أمة إلى أمة، ولم يعرف التاريخ أمة قدّس دستورها الزمن، وعظم شأن الوقت كهذه الأمة التي ختم بها الرسول محمد صلى الله عليه وسلم، التي حدثها الله سبحانه دائما عن نفسه، وعن خلقه، حديثا مقيسا بكل دقة، وذلك على سبيل التربية كما هو من باب وصف نظام الكون \"ما ترى في خلق الرحمن من تفاوت\" (الملك 3)؛ حدث عن خلق السماوات والأرض في ستة أيام، وعن أمره وإرادته في غير زمان \"إنما أمره إذا أراد شيئا أن يقول له كن فيكون\" (يس 82) فأمره بين الكاف والنون، كما يقولون، وعن علمه سبحانه بالخلق وأحوالهم، وعن تسجيل أعمال الخلائق؛ وحدّثنا عن الزمن الماضي والعمر الضائع، بدقة فائقة.كل إنسان يعمل، فعمله جزء من الزمن قد يتحول إلى ذهب ومن الممكن أن يتحول إلى دخان ينبعث من نرجيلة، أو شخير ينطلق من صدر نائم خامل، أو شهوة خاطفة تمضي وتخلف لصاحبها حسرة العمر، على الضياع والغفلة، وعذاب الضمير، وحساب الآخرة. كم من الساعات والأيام، والسنين، تضيع في حياة الناس، والأمة، على المقاهي، ومواقع الإثم والعصيان، أو النوم والكسل، أو الفوضى والثرثرة داخل البيوت وفي المكاتب والمصانع، والدواوين على حين يسهر أعداء المسلمين، ويكدحون في كل دقيقة، بل في كل ثانية من أجل تحصيل أسباب القوت، وفرض سيطرتهم على مصاير العرب والمسلمين.فعرب ومسلمو هذا العصر يضيعون السنين ولا يحسون بمرورها بينما غيرهم يحاسبون أنفسهم على الثواني مخافة أن تمضي دون إنتاج، لأن الزمن جزء من تقدمهم ونجاحهم كما هو جزء من ضياع العرب والمسلمين وفشلهم، ولغو جدلهم. وهذا مخالف لعقيدة الإسلام التي تأمر بالحفاظ على الوقت وبالعمل على حساب المستقبل.فالمسلمون أمروا بالصلاة خمس مرات في أوقات معلومة، وشرع الله الأذان إعلانا لحلول الوقت، وإيذانا ببدء تكليف جديد، متجدد دائما وحذر من الغفلة، ومن آداب الإسلام ألا يضيع الوقت في لغو الحديث فالمسلمون المؤمنون \"إذا سمعوا اللغو أعرضوا عنه، وقالو لنا أعمالنا ولكم أعمالكم، سلام عليكم لا نبتغي الجاهلين\" (القصص 55). فالإسلام حريص على التسابق في فعل الخيرات مع الزمن. وحذار من الرياء ففي المثل الدنمركي \"كثيرون من الناس كالساعات الدقاقة التي تشير إلى ساعة معينة، وتدق معلنة ساعة آخرى\" وفي المثل الانكيليزي \"الرياء هو النقيصة الوحيدة التي لا تغتفر\".هذا مشهد حي عن تقلب الزمان والناس: لما غضب السلطان على الوزير\"مقلة\" وأمر بقطع يده لما بلغه أنه زور عنه كتابا إلى أعدائه وعزله، لم يأت إليه أحد ممن كان يصحبه، ولا توجع له، ثم إن السلطان تبين له في بقية يومه أنه بريء مما نسب إليه فخلع عليه ورد إليه وظائفه فأنشد قائلا: تحالف الـناس والزمـان ** فحيث كان الزمـان كـانوا عاداني الدهر نصف يـوم ** فانكشف الناس لي وبـانوايا أيها المعرضون عـنا ** عودوا فقد عاد لي الزمان كم من الناس أخلصوا للوطن وقدموا جهدا ثمينا، ولكنهم لم يحظوا بعدل الزمان ونكرهم من زينت لهم سوء أعمالهم فلم ينصفوهم، هؤلاء الناكرون \"زين لهم الشيطان أعمالهم وقال لا غالب لكم اليوم من الناس\" (الأنفال 48) وأيضا \"قست قلوبهم وزين لهم الشيطان ما كانوا يعملون\" ( الأنعام 43)، وهذا من غرائب الزمان \"أفمن زين له سوء عمله فرآه حسنا فإن الله يضل من يشاء ويهدي من يشاء\" (فاطر 8) ويستوجب التساؤل \"أفمن كان على بينة من ربه كمن زين له سوء عمله واتبعوا أهواءهم\" (محمد 14) وأختم مذكرا المستبدين بقول عبد الرحمان الكواكبي \"إن فكرة الاستبداد أصل كل فساد في الأخلاق\".
01 June 2009
Kesan Dosa Dalam Kehidupan
Assalamualaikum wr wb
Petikan karya : Ibnu Qayyim Al Jauziah
Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasi akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah 'keutamaan yang sangat besar (1st priority)', agar hati bisa tunduk dan patuh kepada pencipta alam dan pemilik seluruh hati.
Kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pendedahan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa adalah sangat perlu (essential).
Rasional mesej ini adalah sangat jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia mesti dijaga, dirapi, dipantau, dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia. Segala tindak tanduk nya mengambarkan rupa paras hati. Keiklasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu jika manusia lalai, melazami maksiat dan dosa, wilayah hatinya akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah swt sebagai pencipta (Khalid), melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad saw.
Bahawa sesungguhnya dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal. Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebangan menjadi gunung agam, keras dan membatu.
Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur.
Akibat berdosa ;
1. Membutakan hati
2. Jatuhnya Martabat dan Kedudukan
3. Berkurangnya Fungsi Akal
4. Terputus Ikatan Hamba dengan Allah swt
5. Diri sendiri dikhianati
6. Hilang Nikmat
7. Turunnya Bala
Allah swt dalam firman nya (mafhumnya) : ' Mahukah, aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan - syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap - tiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh - sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan itu), sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta ' (Surah asy -syu'araa, ayat 221 - 223)
Sabda RAW (Riwayat Bukhari)
Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah jasad itu keseluruhannya, apabila daging itu rosak, maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah, daging itu ialah HATI.
wassalam
hj manj
Petikan karya : Ibnu Qayyim Al Jauziah
Hati adalah kerajaan di dalam tubuh manusia. Hati bisa menguasi akal, hati juga bisa menjadi tapak semaian nafsu. Mendidik hati adalah 'keutamaan yang sangat besar (1st priority)', agar hati bisa tunduk dan patuh kepada pencipta alam dan pemilik seluruh hati.
Kesan dosa yang boleh merosakkan hati sekali gus membinasakan peribadi seorang muslim yang menakung sejumlah dosa dan maksiat. Manusia kurang waspada terhadap gejala yang merosakkan kesempurnaan hati. Justeru, pendedahan satu persatu wabak yang akan melanda sebuah wilayah yang terhimpun di lubuknya mutiara iman dan takwa adalah sangat perlu (essential).
Rasional mesej ini adalah sangat jelas. Setiap manusia dibekalkan sekeping hati yang muluk dan khalis. Ia mesti dijaga, dirapi, dipantau, dan tahan uji. Lantaran hati adalah ekspresi peribadi dan akal manusia. Segala tindak tanduk nya mengambarkan rupa paras hati. Keiklasan menekuni ibadah terhantar melalui kejernihan hati. Lantaran itu jika manusia lalai, melazami maksiat dan dosa, wilayah hatinya akan diserang wabak, peribadi manusia semakin bejat sehingga tergamak mencabar kudrat Allah swt sebagai pencipta (Khalid), melupakan berita datangnya kiamat dan melecehkan seruan nabi Muhammad saw.
Bahawa sesungguhnya dosa menjadi penyebab berkurangnya fungsi dan kekuatan akal. Usah meremehkan dosa sekalipun kecil dari pengamatan manusia yang dangkal. Kerana dosa umpama debu yang bertebangan menjadi gunung agam, keras dan membatu.
Setiap dosa yang dilakukan sama ada sedar mahupun tidak, hendaklah diiringi taubat nasuha sebelum hati menjadi keras dan sukar dilentur.
Akibat berdosa ;
1. Membutakan hati
2. Jatuhnya Martabat dan Kedudukan
3. Berkurangnya Fungsi Akal
4. Terputus Ikatan Hamba dengan Allah swt
5. Diri sendiri dikhianati
6. Hilang Nikmat
7. Turunnya Bala
Allah swt dalam firman nya (mafhumnya) : ' Mahukah, aku khabarkan kepada kamu, kepada siapakah syaitan - syaitan itu selalu turun? Mereka selalu turun kepada tiap - tiap pendusta yang berdosa. Yang mendengar bersungguh - sungguh (apa yang disampaikan oleh syaitan itu), sedangkan kebanyakan beritanya adalah dusta ' (Surah asy -syu'araa, ayat 221 - 223)
Sabda RAW (Riwayat Bukhari)
Ingatlah dalam setiap jasad itu ada seketul daging, apabila daging itu baik, maka baiklah jasad itu keseluruhannya, apabila daging itu rosak, maka rosaklah jasad itu keseluruhannya. Ingatlah, daging itu ialah HATI.
wassalam
hj manj
IKATAN PERSAUDARAAN
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa.. hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu Bertemu untuk mematuhi perintah Mu Bersatu memikul beban dakwah Mu Hati-hati ini telah mengikat janji setia.. untuk mendaulat dan menyokong syariatMu
Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini Tunjukkanlah kepada hati-hati ini.. akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini.. dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu Hidup suburkanlah hati-hati ini.. dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu
Jika Engkau mentakdirkan mati Maka matikanlah pemilik hati-hati ini.. sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu Engkau lah sebaik-baik sandaran.. dan sebaik-baik penolong
ya Allah Perkenankanlah permintaan ini Amin ya rabbal A'alamin..
Didoakan semua teman-teman sehat dalam mengharungi perjalanan kehidupan yang semakin mencabar. Kukuhkan ukhuwah demi kekuatan Ummah. Bina jalinan dakwah untuk syiar Islam dihayati dan dirasai oleh semua manusia.
Salam Ukhuwah dari Wakman.
Subscribe to:
Posts (Atom)