04 July 2008
Bertemu Bonda
Assalamualikum sahabat Gen77 semua.
Harapan agar sentiasa berada dalam situasi yang baik serta mendapat limpahan nikmat dan berkat daripada Allah SWT. Kepada yang berkerja, dapat melaksanakan kerja dengan sebaiknya. Yang bercuti hari ini selamat bercuti. Hari yang baik ini penuhilah dengan aktiviti-aktiviti yang bermanfaat kepada diri keluarga dan masyarakat kita. Yang pasti dilakukan ialah menziarahi kedua ibubapa kita yang tersayang andainya mereka masih ada.
Malam tadi saya dan Yahya Daud sangat bertuah ( sempena sambutan 1 Rejab ) kerana telah dapat bertemu dengan Bonda Ustazah Fauziah Sani bersama suaminya serta anak-anak dan menantu mereka di Kota Baharu Bandaraya Islam ( setelah lebih 31 tahun!! ). Bonda datang kesini kerana menziarahi anaknya Dr Afifi yang bertugas di HUSM Kubang Kerian. Sebenarnya telah dua hari mereka di sini dan akan pulang semula ke Perlis pada petang Jumaat.
Saya mendapat maklumat kedatangan Bonda ke sini daripada Sdr Rahimah Husin dan Rohani. Jutaan terima kasih kepada mereka berdua. Keduanya telah datang bertemu Bonda sehari sebelumnya di rumah kediaman Dr Afifi di Lot 1447, Desa Kujid, Panji, KBBRI.
Kami telah bertolak dari rumah jam 08.00 mlm ke KBBRI. Sebelum singgah solat Isyak di Melor, Yahya telah menghubungi Bonda dan di beritahu baru tiba di Restoran AM Tarbush, Langgar. Seorang murid Bonda menjemputnya makan di situ (doktor & suaminya ,rakan kepada Dr Afifi ). Kami tiba di sana kurang lebih jam 09.10 malam. Mereka telah pun selesai makan. Yang paling menghairankan saya ialah semasa kami nak melintas jalan menuju ke restoran tersebut, Bonda telah melihat ke arah kami dan melambai-lambaikan tangan. Menunjukkan Bonda telah kenal dan tahu akan kedatangan kami. Memang kuat ingatan Bonda.
Pertemuan ini bukan melibatkan kami berdua sahaja, malah ramai lagi anak murid Bonda yang lain termasuklah YB MR Abdul Fattah Mahmood, Exco Pembangunan Manusia, Belia, Sukan dan NGO Kelantan.
Sebelum berpisah bonda sempat berpesan agar usaha yang sedang gen77 lakukan sekarang ini diteruskan dengan giat lagi kerana ianya akan mendapat rahmat dari Allah SWT.
Bonda... maafkan kami....moga bertemu lagi.
Wassalam.
Sanusi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment