22 May 2008

Bila Larut Malam





Wm baru sampai dirumah, Sepanjang perjalanan bumi Melaka dibasahi hujan selebat-lebatnya. Mungkin juga untuk mencuci dosa-dosa insan yang mencemari kehidupan. Dalam mengharungi jalan yang basah dan air yang bertakung, terlintas juga di hati WM mengenai liqa' nasional pada 31mei 2008 nanti. Urusetia yang diketuai oleh Datok Dolah mungkin sedang rancak menyusun atur persiapan. Tiba-tiba perut meragam dan memaksa mencari masjid, sedih lampu bilik air yang tak berfungsi dan keadaan bilik air yang gelap gelita menyeramkan bulu roma. Hujan terus turun mencurah-curah dan kelihatan dibeberapa lokasi ada penunggu malam {rukun tetangga/skim kawalan sukarelawan} berada di pos-pos kawalan. Sampai di rumah, terlintas untuk melihat blog dan email. Azami kata trafic clear dan dunia maya senyap sepi. Anak bongsu WM terjaga dan terus menyambung tulisan china yang mungkin tak siap lagi. {Umminya tak de sebab kursus di Morib}, Syazwani tertidor dengan pensil masih ditangan, Kak Chik juga terbangun dan bertanya buyah balik pukul berapa ? .....{ buyah minta maaf } kesian anak-anak. Sebentar tadi ada insan telefon mengadu macam mana nak bantu temannya yang dah dapat mengesan suspek di lokasi luar Melaka iaitu di Seremban, nak ditangkapnya kerana disyaki buat maksiat.... kiamat sudah dekat. Petang tadi WM gembira sebab ada teman yang hampir 31 tahun tak berjumpa, menghantar SMS bertanya khabar. Akhie Saidi Kadir pun ada SMS yang menyatakana dia berada di Masjid Tanah, Melaka petang tadi, mungkin ada urusan yang hendak dibuatnya di Melaka. Itulah coretan larut malam yang sunyi sepi. Esok WM akan merantau ke Pulau Besar yang mungkin teman-teman ada nostalgianya masing-masing. Teman-teman kelas 5sas2 yang mempunyai maklumat mengenai teman-teman sekelas sila kemukakan maklumat kepada WM. . Usia kita semakin meningkat dan tiada ubat untuk menghalang tua " Sesungguhnya AlLah Swt tidak menciptakan suatu penyakit melainkan menciptakan ubatnya, kecuali tua" Didoakan semua guru-guru dan teman-teman akan diberikan oleh AlLah Swt kesehatan dan kesejahteraan serta dimurahkan rezeki. Jam dah menunjukkan 3.10 am, udah ngantuk. Selamat Malam.

Sekian, Salam Ukhuwah dari WM.

No comments: