Anak yang tidak memiliki identiti utuh akan berhadapan dengan krisis identiti :
Dia kurang keyakinan diri dan tertanya-tanya dimanakah tempatnya di dunia ini.
Dia memerlukan pengiktirafan daripada orang lain untuk merasakan yang dirinya berharga.
Dia sentiasa mengkritik dirinya sendiri.
Dia juga mempunyai harga diri yang rendah dan tidak mampu membuat keputusan sendiri kerana tidak percaya kepada dirinya sendiri.
Dia juga mungkin mempunyai masalah dalam membina hubungan dengan orang lain.
Dia tidak merasa dirinya istimewa atau berharga.
Dia tidak pasti apakah identiti dirinya yang sebenar.
Dirinya terbiar ibarat kepingan-kepingan susun suai gambar yang tercerai !
( Boleh baca buku Ibu Kool Bapa Hebat tulisan Jamilah Samian)
Tidak ada sesiapa pun di dunia ini mampu menjadi manusia sempurna .Namun setiap orang impikan yang terbaik . Sebagaimana amanat Rasulullah SAW, anak-anak adalah ibarat kain putih. Tanggungjawab kitalah untuk mencorakkannya. Dan kita bukan hanya mahu mereka berjaya di dunia sahaja. Kasih sayang juga bukan hanya dengan penuh kemanjaan dan lemah lembut, dan bukan juga dengan kekerasan dan ketegasan sepanjang masa . Sayangi, kasihi dan kasihanilah anak-anak seadanya. Jangan terlebih, terkurang sedikit masih boleh dimaafkan . Allah SWT Yang Maha Pengasih lagi Maha Penyayang akan menambah kasih sayangNya sekiranya hambaNya tidak mampu. Hanya padaNyalah tempat kita memohon.
Wassalam
FarahDina
23 April 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment