06 April 2008

Assalamualaikum Sahabat Gen77,

Semalam saya telah berpeluang menziarahi sahabat kita Siti Norlela Badrulzaman yang sedang menerima rawatan di HTAA Kuantan. Beliau telah selamat menjalani pembedahan pada hari Jumaat (4/4) kerana fibroid. Alhamdulillah beliau kini stabil walaupun nampak lemah menahan kesakitan akibat baru dibedah. Dalam beberapa pertemuan dengan saya sebelum ini , beliau menceritakan pernah mencuba beberapa rawatan alternatif, tetapi akhirnya tiada pilihan, terpaksa juga dibedah. Kelihatan beliau dan keluarga amat tabah dan redha dengan dugaan Allah ini. Beliau telah diberi cuti sakit untuk berehat dan menerima rawatan susulan selama 2 bulan.

Sama-samalah kita berdoa supaya beliau cepat sembuh dan dapat bertugas kembali seperti biasa. Kepada sahabat yang ingin bertanya khabar tentang kesihatan beliau bolehlah menghubungi beliau ditalian 0139168607.

Wassalam

Padzilah

No comments: