04 March 2008

KITA & GURU kita

Pagi Selasa lepas, ketika sedang mengajar saya ’terperasan’ ada pelajar perempuan dalam kelas menulis sesuatu di kertas kecil dan pass pada kawan di sebelahnya. Pantang tok nenek saya perbuatan macam tu. Tapi saya masih boleh control untuk tidak marah. Kalau saya marah pasti mood saya di kelas berkenaan untuk minggu-minggu akan datang turut jadi buruk.Saya berhenti mengajar sejenak , kemudian menyambung; ”Ada kawan2 tengah pas2 mesej, tapi tak pa nanti kat akhirat kita sama2 baca!”. Semua pelajar berpaling ke kiri kanan, saya buat selamba terus mengajar. Habis kelas pelajar berkenaan datang jumpa saya, bersalam dan minta maaf. Sebelum dia memohon maaf saya sebenarnya telah memaafkan dia. Walaupun sebenarnya saya tidak tahu apa yang dia tulis. Malah sebaik saja terkeluar kata-kata teguran saya tadi, rasa seperti telah hilang serta merta perasan marah yang telah datang secara tiba-tiba.

Pernah juga berlaku sekali, bila pelajar sibuk ’passing ’ kertas kecil macam tu, saya minta kertas berkenaan. Pelajar tersebut merah padam mukanya dan seperti ndak menangis, namun dia menyerahkan kertas kecil itu kepada saya. Saya terus simpan dan tidak berhajat untuk membacanya kemudian. Saya sebenarnya acah je. Saya juga tidak ingin mengetahui apa yang mereka tulis dan kata tentang saya. Bila kelas tamat, sebelum saya beredar pelajar berkenaan cepat-cepat datang berjumpa saya. Dia memegang tangan saya dan merayu-rayu, “Puan, tolonglah pulangkan kertas tadi. Saya minta maaf banyak2.” Saya pun buka fail dan terus serahkan kembali kertas kecik tu kepadanya. Dia kelihatan gembira lalu mencium tangan saya. Ntah apa yang ditulis sampai hari ni saya tak tau…

Bila berlaku peristiwa begini saya selalu teringat ceghita Shaarani baca tulisan di tapak tangan ketika Ustazah Fauziah mengajar macam saya ceghita dulu. Saya juga teringat junior KIK, Siti Fátimah Sudin pernah bercerita; cikgunya di sekolah rendah pernah mendenda pelajar yang sedang asyik menunjuk2 ke arah cicak di syiling, supaya terus menuding jari telunjuknya ke syiling bilik darjah sehingga habis waktu belajar. Saya juga pernah mempersilakan pelajar-pelajar yang sedang bercakap-cakap dalam dewan kuliah ketika saya sedang mengajar supaya duduk di hadapan dan teruskan bercakap. Tapi mereka enggan dan habis kelas macam biasa minta ampun dan maaf….

Waktu tingkatan 5 saya masih ingat satu hari Cikgu Md Din menengking saya sebab ketika dia sedang bercakap saya membaca buku lain. Masa tu saya terlalu teruja dengan topik ‘Menggalur Ayat’ dalam matapelajaran Bahasa Malaysia yang baru saja diajar oleh Cikgu Abd Ghafar Laili. Walaupun sedar saya bersalah tapi saya tidak memohon maaf kepada cikgu. Mungkin budaya ketika itu..belum menjadi kebiasaan pelajar memohon maaf dan mencium tangan guru.

Saya pernah bertemu Cikgu Md Din ketika mengajar kelas malam di Jalan Othman, Petaling Jaya tahun 80an. Saya berselisih di muka pintu, kelas cikgu baru berakhir dan saya baru nak mula. Saya nampak cikgu dari awal lagi dan sedang merangka-rangka bagaimana nak menegur cikgu. Ketika itu cikgu tunduk dan dia tak perasan saya….. Akhirnya satu hari yang lain saya ternampak Cikgu Md Din di shopping complex di Subang Jaya. Saya menegur cikgu dan kami berbual. Cikgu Md.Din beberapa kali mengucapkan terima kasih kerana saya menegurnya. Sikap cikgu membuatkan saya semakin rasa bersalah tentang adab saya dengan guru. Saya berharap satu hari nanti saya dapat berjumpa Cikgu Md Din lagi.


Salam Ukhuwwah,

FarahDina

No comments: