25 February 2008

Terima Kasih

Assalamualaikum semua,

Saya dan keluarga ingin merakamkan berbanyak banyak terima kasih kepada semua kawan-kawan di atas keperihatinan mendoakan kesihatan dan kesejahteraan ibu saya semasa beliau sedang sakit, mengucapkan takziah serta menghadiahkan Al fatihah dari jauh setelah mendapat berita kembalinya ke rahmatullah pada pukul 10 malam 22 Feb 08. Almarhumah mendapat rawatan selama 5 hari dihospital akibat stroke dan telah selamat disemadikan di Kuantan.

Walaupun saya tidak dapat bersama kawan-kawan seperti dirancangkan, semangat ukhuwwah sesama Gen77 sangat dirasakan . Tiga orang sahabat Gen77 Siti Norlela Badrulzaman dan Norzilah Hussin yang berada di Kuantan menziarahi kami di hospital manakala Sdr Ahmad Samawee menziarahi kami pada hari jenazah diuruskan. Panggilan telefon dan juga sms mengucapkan takziah juga telah diterima dari kawan kawan setelah berita ini dipostkan ke blog oleh Asmawi.

Sekali lagi, Terima kasih semua.

Wassalam.

No comments: