Saya rasa dalam ramai-ramai yang datang baru ni, ada beberapa individu yang saya kena mention secara khas, antaranya:
Saidi Kadir:
Saya rasa pertemuan kali ini memberi makna besar antaranya kerana Sdr Saidi Kadir dapat kita temui dan kemudian berjaya membawanya ke KIK bertemu dengan kawan-kawan yang lain. Meskipun tidak sihat dan terpaksa memakai tongkat, Saidi tetap ceria macam dolu2. Saya cukup seronok melihat beliau dengan keceriaan sebegitu. Beliau melupakan segala batasan-batasan fizikal yang ada pada beliau demi untuk bersama-sama meraikan kawan-kawan dan guru-guru yang lain. Saya tidak berkesempatan untuk berbual panjang dengan beliau (ye lah, saya rasa semua orang komplen sebab tidak mempunyai peluang yang cukup untuk bersembang dengan rakan-rakan secara lebih dekat setelah puluhan tahun tidak bertemu. Lain kali kita kena stay overnight baru boleh bercerita sampai pagi.). Kalau kita lihat pada raut wajah dan keceriaan beliau di luaran, kita tidak akan mengetahui kesusahan hidup dan batasan fizikal yang beliau terpaksa lalui seawal usia 22 tahun lagi! Masya Allah!
Naim Nordin:
This guy has never failed to show up every time we meet. Sejak dari Tanjung Malim, Kelang, hinggalah di KIK, beliau datang dengan setia. Sebab itulah bila Husin sms saya dua tiga hari lepas sebab dia kata dia tak nampak Naim dalam gambar, saya rasa sangsi. Macam mana boleh tak nampak si Naim even masa kat masjid lagi. Rupa-rupanya Husin tidak browse semua gambar-gambar tu sampai habis. Bagi saya, kalau kita ada pingat SETIA yang boleh dianugerahkan, maka si Naim layak berada di barisan depan dalam senarai penerima anugerah SETIA itu. Tabik Naim!!
Muhabbad:
Azhan Azmi:
Saya mesti menulis untuk menyatakan penghargaan kepada Sdr Azhan Azmi di atas kesungguhan beliau datang ke KIK tempohari, walaupun dengan "short notice". Kabarnya beliau bertolak dari Taiping jam 5.30pagi, dan beliau adalah antara yang terawal sampai di KIK. Walaupun beliau kena "temberang" kering-kering dengan si Fuat, he took it in a stride. Kalau lah dia buat "tak nak layan" bila si Fuat call banyak kali tu, tak tahulah apa akan jadi.
Orang-orang lain yang datang: Anson, Kamilah, Mohd Nor, Yunus Samed, Wak Man, Puaad, Bakry, Yang Arif, Rodziah Radzi, semuanya menambahkan seri majlis dan hingar bingar dengan cara mereka yang unik dan tersendiri. Anson patut diberi pingat atas kecemerlangan beliau menjadi "murai tercabut ekor". Tak tahulah aku apa akan jadi kalau suatu kali nanti Anson somehow tidak dapat datang. Mati kutu kita semua dibuatnya. Ada orang tu, ehem ehem, dia kata dia nak datang nak bawa anak perempuan dia. Aku pun teruja jugaklah, mana tahu ada rezeki boleh berbesan ke. Tup tup dia datang sorang je. Mohd Nor masih maintain "the look of 1977" kecuali dengan misai yang agak tebal sikit. Yang lain sama sahaja. Cuma yang saya terkilannya satu sahaja: Sudah sebulan lebih blog kita wujud, dan sudah lebih dari 200 coretan terpapar di sini, beliau masih belum dapat menjejakkan kaki sulung beliau ke Blog kita ini! Tak boleh jadi ni. Tapi saya juga kena tabik kepada beliau atas kesungguhan datang ke Kelang dulu, dan ke KIK kali ini, walaupun jadual beliau agak padat. Yunus Samed kelentong aku kow kow, aku ingatkan dia memang datang "all the way" dari Sabah untuk menyerikan majlis kenduri kahwin anak Dato dan Datin. Terkedu saya tak terperi. Rupanya dia datang "en route" ke Jakarta untuk bermain golf. Lahabau kau! Wak Man pun sekarang sudah semakin kerap melakukan aktiviti mempertautkan ikatan persahabatan antara kita. Dalam selang masa dua minggu, sudah dua kali saya bertemu beliau. Saya baru dapat tau rupanya dia sekarang pakai 3G dan maxis data service, jadi dia boleh berblog secara mobile dari mana sahaja. Masa dia di Shah Alam pun dia sempat menulis blog. Tabik la kat Wak di atas usaha gigih menggarap teknologi maklumat untuk menghidupkan kembali silaturrahim. Malam-malam lepas tangkap orang, dia tangkap lentuk dengan blog pula!!! Cayaklah Wak! Puaad Muhammad juga adalah antara komited. Malam sebelum tu, dia dah datang bertemu Haji Dramang dan Saidi hingga jam 2 pagi. Esok harinya, dia datang on time macam orang lain jugak, walaupun dia terpaksa memulakan perjalanan jauh lebih awal sebab beliau pergi ambil Yunus di LCCT. Si Puaad ni pun canggih jugak. Dalam ramai-ramai Gen77 ni, saya rasa hanya dua orang yang pakai Blackberry: Kamilah dan Puaad. Sebab tu mereka boleh hantar email on the fly walaupun masa di dalam tandas. Tak gitu Puaad?? Bakry? hmmm..this guy is still pretty much in his rejuvenation mode. Stay tuned and don't go away. I am sure many more interesting and fun things will come up, and can be seen, from him, as he undergoes his rejuvenation process. Nanti bolehlah aku berguru :). Yang Arif? hahaha. Kali ini dia datang dengan Menteri Dalam Negeri. Padan muka hang! (gurau je). Baik semacam je dia hari tu. Dan kebetulan si Fuat pun tak datang, kalau si Fuat datang, saya yakin Yang Arif akan tetap jadi Yang Arif, regardless of the presence of YB Menteri or not. Dan saya musti merakamkan terima kasih kepada Rodziah Radzi kerana berupaya datang dari jauh di Putrajaya untuk memeriahkan majlis Dato dan Datin. Bukan senang nak dapat visa tu!
Saya perhatikan ramai juga yang datang di pertemuan di Nasi King Beriyani Kelang tempohari, tidak dapat datang kali ini kerana sebab-sebab tertentu. Cikgu Sushama yang dikasihi tidak dapat datang kerana ada trip menjejak kasih di India, selepas 42 tahun. Namun begitu, beliau berusaha menyediakan kepada kita hidangan makan di kantin KIK tempohari. Ustaz Hasan tidak dapat datang kerana kabarnya tidak berapa sihat. Ustaz Ahmad Ismail juga tidak datang, namun beliau mewakilkan isterinya untuk datang. Sdr Zaki Abdul Rahman ada clash program. Sdr Saidi Ismail juga tidak dapat datang. Puan Jaliya dari Melaka menghantar sms kepada saya kerana tidak dapat datang. Begitu juga Arpi. Weldan masih berada di Mekah untuk menunaikan Umrah. Radziah Hamzah juga tidak ada.
To conclude, it was such an awesome event. Cuma seperti biasa, masa selalunya tidak berpihak dengan kita semua. Dalam hujan yang lebat saya terpaksa bergegas kembali ke masjid untuk solat asar, dan lepas tu, terpaksa bergegas ke Kajang untuk "qadha" kenduri kahwin di waktu siang yang tidak dapat saya hadiri sebab berada di KIK, meskipun hati amat berat untuk balik dari KIK, kerana Saidi dan Haji Deramang masih ada di situ, dan saya tidak punya banyak peluang untuk bercerita semula, recoup the loss years- dengan mereka berdua.
Walau bagaimana pun, saya dapat bonus sebab keesokan harinya dapat pula breakfast di Shah Alam dengan Cikgu Shahrom, Yang Arif, dan Dato/Datin. Dato yang bayarkan. ehem!!! padahal saya yang ajak! Makanan di situ pun sedap-sedap. Lain kali kita boleh datang lagi, maye in small groups for a quick, protocol-less breakfast!
Wassalam.
-Asmawi Mohamad
No comments:
Post a Comment