21 January 2008

Kpd Husin Md Isa drpd che Latifah

Assalamualaikum,
Husin, lama tak jumpa, sejak kita jumpa tahun 90an dulu di Kangar, kali pertama dan terakhir. Aku tanya juga kawan2, ada yang cakap hang kat Sabah, hilang la pencarian aku... Rupa2nya hang ada kat Changlon ja...isyh2 awat la tak tau...hang dah tau aku kat UiTM ni ja, awatla tak cari..Kamilah yang dok S'pore nu pun jumpa cari aku....tak pa2...now dah dapat berhubung semula kan
Sejak form4 hingga form6 kita sekelas, hang jadi ketu kelas, aku jadi penolong...kawan2kita yang sama sekelas sejak form 4 ke form 6 ialah Mustafa,Ripin n Saidi...sapa lagi ye? Maaf la kawan2, tak ingat,kena rujuk semula gambar2 kita dulu..ni kalau masih kat kelas dulu tentu dah kena marah dengan cikgu sebab tak kenal rakan sekelas kan.. banyak kenangan semasa jadi pelajar sampai tak tau mana satu nak diceritakan.
Terima kasih kerana coretkan kenangan lama..kerana sudi pi rumah aku kat kampong dulu, kampong aku kat Kubur Panjang tu ja, tak pindah ke mana pun, tak jauh pun dari rumah Dollah Hasan tu, tapi dia pun balik ke Sg Tiang tak hubungi kita, so tak dapat jumpa la kan... La ni aku kat Kangar ja, rumah dulu juga. Jemput mai la ke rumah..Fon no dah diberi sebelum ni.
Husin, untuk bercakap dengan aku tak payah sebut nama kat depan tu..Kita semua sekarang ni nak kenang kembali nostalgia dulu2, tak ada apa pada gelaran tu semua, biarlah kita berhubungan sepertimana kita mula2 di alam persekolahan dulu...masa tu kita tak tau pun kita ni nak jadi apa kan. Syukurlah, kita semua dah jadi "orang". Terimakasih kepada cikgu2, ustaz ustazah kita. Hanya Allah dapat membalasnya.
Syukur la Asmawi sediakan blog ni, dapat la berhubung semula kan. Terimakasih Asmawi.
Maaf, kena berundur dulu, ada kuliah. ada kesempatan saya akan menulis lagi walaupun sedikit

No comments: