08 January 2008

30 Tahun Berlalu-Satu Kenangan



Saya memilih satu gambar yang dirakam pada akhir 27 Nov 2007, bersama anak kedua saya di Sekolah Sri Putri Cyber Jaya di saat anak saya bergembira selapas menamatkan peperiksaan SPM.


Tiga puluh tahun dulu, dalam keadaan yang sama ada kalangan classmate saya seusia dengan anak saya di saat gambar ini dirakam, Pn Kamilah Kassim, Pn Afrinah Mohd Ikhsan, Pn Nik Mahizan, Prof. Madya Latifah Ismail (muda setahun),Pn Anson Ismail dll. Di saat seperti ini pada tahun 1977 kita berkemas untuk pulang ke kampong kelahiran kita. Pelajar aliran sains meletakkan sejuta harapan akan terus masuk UM Asasi, UTM, UPM, dan lain-lain. Manakala pelajar aliran sastera meletakkan sejuta harapan untuk kembali semula ke Kolej Islam Kelang untuk meneruskan pengajian dan menyambung suka duka belajar di KIK.


Asmawi, Fuat, Weldan, Anson terpisah terus dengan saya. Manakala Naim, Saarani, Kamilah, Che Latipah, Husin Mat Isa, Ariffin Bakar, Ismail Maon, Abdullah Said, Rahiman Bani, Sazali Tarmizi, Yunus Samad, Puaad Mohamad (gengster Pahang), Ahmad Semawi Hassan, kita berjumpa semula Mei 1978.

Akhir Dec 2007 Asmawi bina blog, dan di penghujung hari pertama 2008, Asmawi, Fuat, Anson, Saarani, Weldan, Naim dan Mustafa berjumpa semula di Tg. Malim (tak semena-mena Tg. Malim jadi popular di kalangan f5kik1977) selepas 30 tahun membawa diri membina kerjaya dan keluarga.


Asmawi memanfaatkan Teknologi (ICT) dan disambut oleh yang lain, lantas kita bersembang dan bercerita serta menghantar diri terkini dalam bentuk gambar. Sepuluh minit pertama di Pejabat saya baca blog kita. Setengah jam sebelum tidur saya luangkan masa menulis cerita dan memanfaatkan ICT dan globalisasi menulis cerita untuk dikongsi. Rakan di Arau, Guar Cempadak, Alor Star, Pendang, Kodiang, Sik, Kota Sarang Semut, Parit Buntar, Trong Taiping, Ipoh, Izzuddin Shah, Sabak Bernam, Tg Karang, Sg Besar, Kelang, Meru, Sepang, Kuala Kelawang, Jasin, Air Pak Abas Melaka, Mela (Pahang) Mentakab, Temerloh, Wakaf Tapai, Kuala Berang, Marang, Ladang, Tok Jiring, Kg Pak Katak, Kuala Trengganu, Besut, Kuala Krai, Pasir Mas, Kota Bharu dan Bachok akan dapat melayari blog ini. (saja sebut bandar dan pekan di atas kerana nak ingat tempat datang pelajar KIK yang menjadi kawan kita berdasarkan alamat dan popularnya tempat kelahiran asal kita).



Itulah kawan-kawan, para guru, ustaz, dan ustazah serta warden yang paling hebat Pak Seneria Sasmita yang menabur bakti, itulah Kolej Islam Kelang satu nostalgia...

-Mustafa Mohd Nor-

No comments: